>

Thursday, February 28, 2008

Nur Jumaat Giving Ceremony


Suasana di sekitar chalet suram. Awan mendung berarak ibarat kapal yg hanyut tanpa dikemudi. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, mendinginkan suasana malam yang sayu ini. Hujan rintik-rintik turun membasahi bumi ciptaan Ilahi ini.


Pada pukul 9.46 malam, saudara Fadzhly, iaitu Religious Exco Sapphire bertandang ke chaletku. Pelajar tajaan KPM ini begitu bersemangat untuk mengambil risalah Nur Jumaat yang terakhir yang akan dipublish olehku. Maklumlah, aku akan menyerahkan jawatan ini (x tau kepada sape, sesape yg berminat, sile contact aku) kepada generasi seterusnya. Dan upacara penyerahan Nur Jumaat diadakan dengan penuh syahdu, diselangi dengan tangisan dan ucapan maaf yg bertubi-tubi (exaggerated). Setelah bersalam-salaman, Fadzhly dikurniakan anugerah

Religious Exco yg paling komited


Sekitar pukul 10.12 malam, saudara Famy, iaitu Religious Exco kampung Diamond pula bertandang ke chaletku. Ritual yg sama diadakan. Kami bersalam-salaman dan bertukar-tukar kisah tentang cabaran yg dihadapi sepanjang setahun kami bekerja bersama. Segala onak, ranjau dan duri kami tempuhi dengan sabar dan tabah, semata-mata untuk menyebarkan risalah dakwah di bumi KYUEM ini. Famy dikurniakan anugerah

Religious Exco Legend

Kenapa legend? Sebab beliau adalah satu2nye religious exco yg berjaya membuat kompilasi Nur Jumaat selama 3 minggu berturut2.


Pukul 10.28 malam, Saudara Hisham mengetuk tingkap bilikku. Ku ajak beliau masuk. Untuk pengetahuan semua, saudara Hisham merupakan pemangku Religious Exco Garnet, kerap kali menggantikan saudara Mu'adz yg begitu sibuk. Namun, beliau x pernah merungut, walau sepatah, sebab aku yakin, beliau tahu yg tugas menyebarkan risalah dakwah ini akan dibalas dengan ganjaran Allah S.W.T. Hisyam diberi anugerah:

Pengganti Religious Exco Yang Baik

Kenapa baik? Sebab beliau tersenarai antara 3 calon Mr Nice.

Dan terakhir sekali, Religious Exco Topaz, saudara Fendi. Pelajar tajaan FELDA ni diberi anugerah:

Religious Exco yg Misteri

Kenapa misteri? Sebab aku pun x tahu nape. Misteri giler.

Apa2 pun, aku nak ucapkan TQ sebanyak-banyaknya atas kesudian korg menolong aku men'distribute'kan Nur Jumaat ke seluruh pelosok bumi KYUEM ni. Tanpa korang, x mungkin aku dapat menyebarkannya sendirian. Dan selama setahun kiter bekerja bersama, ku harap korg dpt maafkan aku, andai aku ade memaksa, menengking (ade ke?) atau sebagainya. Walaupun kerja ni xde gaji pun, tapi korg tetap buat gak. Moga pulangan yg korg dapat adalah dalam bentuk saham di akhirat kelak. InsyaAllah.

TQ again for the sweet one year. Hope that we can work together again sometime, somewhere, somehow. (Tu pun klu korg sanggup bekerja ngan aku)

Wassalam



Photobucket

No comments: