>

Friday, February 22, 2008

MUSCOM Manifesto

Musolla Community

Langkah kedua untuk peralihan kuasa telah berlalu, iaitu MUSCOM Manifesto Night. Berbandin ngan SC nye manifesto, calon (or peserta, ibarat kate Jimah) x menaburkan janji. Dan xde poster pun dinaikkan oleh para calon.

Dengan host rancangan, Jimah atau nama sebenarnya, Abdul Azim, seorang pelajar tajaan PNB, majlis dimulakan. Selang seli antara Muslimin dan Muslimah. Dan keje aku, macam baser, ambik gambar, tapi untuk muslimin je, takut ade muslimah yg sensitif klu muslimin amik gambar diorg. Gambar Muslimah diuruskan oleh Syumul (F).

Aslam menjadi nama yg dipajak oleh sekurang-kurangnya 2 calon. Memang famous bdak tajaan YT, merangkap bekas rakan sekolah rendahku.

Semoga yg terbaik akan dipilih untuk menerajui perjuangan MUSCOM akan datang. Jangan rasa terbeban jika dipilih, tapi jadilah bersemangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi KYUEM ni.

Mengikut perkiraan matematik, kami, MUSCOM lame hanya tinggal seminggu lebih je sebelum menyerahkan mandat kepada adik-adik (padahal sama umur ngan aku) ataupun lebih sesuai aku panggil rakan2 sekalian. Inilah masa utk kami muhasabah balik, apakah yg kami dah buat. Minta maaf jika kami x dapat memenuhi expectation banyak pihak. Moga junior akan dapat meneruskan usaha kami, malah lebih baik lagi.

Wallahuálam.

Photobucket