>

Sunday, February 17, 2008

Dikir Barat Interhouse

Malam ni, berlangsungnya pertandingan dizkir barat interhouse. Aku hanya pegi ke GH selepas solat Isyak. Tu pun lepas aku, Yahya, Kerul n Afiq ke kafe dulu. Berbekalkan sebungkus roti coklat, kami bergerak ke Great Hall.

Sewaktu kami tiba di Great Hall, pasukan Diamond sedang membuat persembahan. Aku tertanya-tanya. Topaz da abis ke. Aku bertanya kpd Epi, dan die pun mengatakan yg Topaz da abis wat performance. Pasukan Diamond amat menghiburkan. Nampak sgt diorg x bersedia n keras giler pergerakan diorg. Tapi, agak terhibur ngan telatah Vellu. Aku suke tgk keharmonian antara kaum ni.

Then, pasukan Garnet plak punye turn. Yg aku suke psl persembahan Garnet, ialah semangat Tukang Karut kedua, iaitu si Isa. Gelagat die yg pelik, serta gaya selamba menghangatkan suasana. Ayat pun siap campur2 ngan English. Dengan menari di depan org.

Judge untuk pertandingan ni adalah dari UPSI (kalau x silap). Aku tertanya-tanya. Malunye... sebab diorg ni professional, nak mengadili persembahan yg entah ape2. Dengan x serius, bahasa rojak yg kronik, dan pelbagai lagi. Apakah yg mungkin diperkatakan oleh judge2 ini?

Ketika persembahan kumpulan Sapphire, aku bingkas bangun dan meninggalkan Great Hall. Dalam perjalanan balik, aku singgah ke kafe untuk membeli skit bekalan masa hadapan berupa makanan dan air teh ais.

Di chaler, beberapa minit kemudian, aku mendapat berita yg Topaz menang dikir barat.

Photobucket

No comments: