>

Wednesday, February 13, 2008

My Blogging History

Sebelum ni, aku langsung x tau berblogging.
Ade gak member2 aku yg dah ade blog,
namun, aku x mengerti apakah fungsi dan kelebihan ade blog..

semuanya bermula selepas aku masok ke kolej Yayasan UEM,
x penah terpikir pun pada mulanya untuk berblog,
aku juz bukak internet untuk tgk email dan bukak frenster,
namun, perancangan Allah memang amat tersusun dan x dijangka,
aku dilantik menjadi Syu'bah Multimedia Musolla Community,
sebuah badan Islam di Kolej Yayasan UEM.
antara portfolio aku, salah satunya ialah update blog,
aik, MUSCOM ade blog ke?
penah jugak aku bukak blog MUSCOM sebelum ni,
tapi, sebab x update, aku pun x bace dah....

bermulanya hari aku selaku Syumul MUSCOM...
untuk menjalankan amanah yg diberikan oleh Syumul sebelumku, Syakirin,
aku try untuk sign in ke dalam akaun yg diwarisi dari Syak.
setelah berjaya masuk ke dashboard, aku buntu...
nak start dari mane???
Camne nak letak new post???
Camne nak ubah template???
aku try tekan button template...
pastu, keluarlah kod HTML yang panjang lebar...
(blogspot zaman dulu x semudah sekarang, xleh main drag2)
aku pening, camnela nak ubah background image, itulah fokus utama aku..
tanpa sebarang guide (segan nak tny syumul sebelum ni),
aku menggunakan prinsip Cuba Jaya...
stelah mencuba beberapa kali,
Alhamdulillah, berjaya mengubah...
namun, tulisan dlm blog x jelas...itulah komen rakan2 MUSCOM yg lain,
akhirnya, aku letak wallpaper berwarna coklat yg ade khat di atasnya...
dan template ini bertahan agak lama...

langkah kedua, mempelajari untuk tambah bende di sideboard..
manela aku tahu....
namun, ditakdirkan Allah,
aku diberi detikan hati untuk tengok blog2 org lain...
hasilnya, aku tambah jam, dan benda2 lain...
aku juga dapat belajar kod2 warna html,
command2 html...dan macam2 lagi...
aku terima ini sebagai suatu cabaran...
dan x lama lpas tu, blog MUSCOM bertukar template lg...
tapi template ini idea partner ku...
template ni bertemakan warna biru,
dengan background titisan air...cool gak mata memandang...
dan template ini kekal sehingga hari ni...

pastu, muncullah blog2 KYUEMians ibarat cendawan...
dan ini memberi momentum kepada aku untuk membuat blog sendiri,
berbekalkan ilmu dan pengalaman menguruskan blog muscom,
aku start buat blog sendiri...
aku gunekan alternatethunder sebagai start address blog...
name tu name chat aku lame dulu..
sebab da xde idea nak letak ape..huhuhu..
template baru ni amat memudahkan..
boleh drag ke sana sini...x macam blog MUSCOM...

itulah sedikit sebanyak sejarah permulaan kehidupan aku sebagai seorang BLOGGER

Photobucket

1 comment: