Azrai menjemput kami ke rumahnya untuk kenduri doa selamat. Maklumlah, org da nak fly. Selaku seorg Islam, dah menjadi tanggungjawab aku untuk memenuhi jemputan saudara Islamku. Jadi, aku, Apen dan Afiq plan untuk pergi bersama-sama ke rumah Azrai.
Ikut plan, Afiq mencadangkan untuk mai ke rumah Azrai pada pukul 3.30 petang. Afiq nak balik ke kampung pada sebelah malamnya. Tulah sebabnye, kami cadang nak pegi awal, balik awal. Namun, perancangan Allah itu lebih baik. Komuter yg Afiq naiki mengalami kerosakan. Delayed. Baserla...KTM...dan pada pukul 3.30, Afiq mengSMS mengatakan die sudah berada di Miharja. Aku lantas mengambil kunci kereta kancil, dan setelah bersalaman ngan mak abah, aku berlepas ke stesen STAR LRT Ampang utk fetch Afiq.
Alhamdulillah, sesampainye aku di Stesen, Afiq dahpun sampai dan menunggu aku. Tanpa membuang masa, kami terus berlepas ke rumah Apen di International Hill (bukit Antarabangsa). Dan selepas fetch Apen, aku memandu menuju ke Pandan Indah.
Kusangkakan Apen tahu rumah Azrai, tapi malangnya, Apen hanya mengetahui alamat Azrai. Dan kesannya, kami tersesat dan tidak berjaya menemui rumah yg ingin dituju. X gune Apen. Kitorg ambik keputusan utk solat Asar dulu. Maybe x berkat kut. Lepas solat, kami menunggu Azrai di depan masjid. Lama gak menunggu, sampai Apen da x sabar. Akhirnya, penantian kami berakhir apabila Azrai sampai juge dgn kereta Wira merahnya. Kami juga menemui Izu dan Kid dan sama2 bergerak ke rumah Azrai.
Wah, meriahnya!!!Itulah ungkapan yg mampu ku ucapkan sesudah masuk ke rumah Azrai. Ayah Pin, Aslam, Serap, Syuk, Hisyam, Azri, Famy, Masrizan, Fiqry dan amat banyak lg, sampai aku x terkata. Memang meriah dgn gelak ketawa kami semua. Maklumlah, dah lama x jumpe Azrai. Gathering camni kengkadang best gak. Dan Syarif menjadi wakil tuan rumah apabila menjemput para hadirin untuk menjamu selera.
Makanan, memang menyelerakan. Makan nasi campur, lauk Melayu beserta Ulam. Sungguh menyelerakan. Lepas makan, kami berbual-bual dan beramah mesra. Masing2 ucap tahniah kat Azrai. Moga2 ko berjaya dalam apa jua yg ko lakukan...
Menjelang pkol 6.45 petang, Aku, Adif dan Apen mula bergerak pulang. Afiq naik kereta Azrai untuk dihantar ke stesen STAR berdekatan. Aku membawa kereta dgn mantap dan Alhamdulillah, selamat menghantar Apen, Adif dan pulang ke rumah.
Letih...Baju x gosok lagi....
4 years ago
No comments:
Post a Comment