>

Wednesday, February 27, 2008

Experiment Yang GAGAL

Dalam Block 1, kami menunggu Miss Shree di luar CL 2. Maklumlah, nak buat experiment. Rindu gile masuk Lab. Dah beberapa bulan x masuk ke lab Chemistry. Rindu bau Ethanoic Acid dan chemicals2 lain. Rindu gak memegang beaker, burette, pipette, dan test tube. Lab coatku pun dah berabuk, disebabkan lame dah x pakai.

Kitorg buat experiment yg bertajuk,

The effect of enzyme concentration on reaction rate.

Aku duk satu grup ngan Mas, Najib n Syarif. Yup, geng2 Sarawak dah buat alumni. (aku patut tukar tempat ngan Ee Yun, baru cukup satu korum). Jangan ambik hati ye Sarawakians? Kami membahagikan tugas dengan mantap. Masing2 buat 2 experiment, sebab total ade 8 experiment. Masing2 cekap melaksanakan tugas mencampur triacetin, water, Sodium Carbonate n distilled water dengan proportion tertentu. X sampai 10 minit, kami dah melangkah ke fasa seterusnya, iaitu mencampurkan ngan enzyme Lipase dan diletakkan di dalam automated water bath of temperature around 40 Celcius.

The Apparatus

Menunggu reaction yg lame gile

Menunggu punya menunggu, x juga kelihatan result yg diharapkan. Ku jenguk stopwatch, dah 15 minit. Disebabkan kerisauan yg melanda jiwa, ku tanya Miss Shree. Pastu, die cakap,

My other seniors also take about 30 minutes to see reaction

Syafiq ngan We yg buat2 sibuk
(action sewaktu kamera di depan mata)


30 MINUTES??? Aku terkesima sejenak. AKu bersabar. Nampaknya dah halfway dah aku nih. Disebabkan kebuhsanan menunggu, ku Lay Park (bahasa Melayu = Lepak) di meja Syauqi. Dan Miss Shree memberikan semangat kpd diorg. Miss Shree cakap,

Aqtar also failed to get any result

Lantas diorg bersemangat. Aqtar pun gagal....huhuhu. Memang korg ni senang nak dipujuk. Tapi memang melecehkan. Ku berjalan lagi ke meja lain, dan dapati warna biru je, x nampak pun warna kuning. Ku senyum. Nampaknya, bukan grup aku je yg gagal.

Ntahla, x tau ape sebab kegagalan kami. Ni antara masalah apabila gune Biological Catalysts. Maybe enzyme ni dah dicemari or wuteva sebab yg aku x leh nak explain. Kami hanya mampu bersabar. Next week nak wat paper Chromatography, harap2 jadik ler.....

Photobucket

4 comments:

Yolar said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

Meor@Maru said...

jangan buka link dalam comment nie!! akan membawa anda ke link yg bukan2...

Meor@Maru said...

Pasal experiment tuh... even kelas aku pun gagal... tapi ade gak yg increases the volume of lipase... so dapat jugak la kaler kuning tuh...

Pastu Mz Shree ade jugak ckp yg die nak buat balik dan bagi results kat kitorang...

Tapi.. kalau kita x dapat, x kan la die boleh dapat...

kalau die dapat pon... ape yg menyebabkan die boleh dapat?

I smell something fishy... and it smells distinctively like 'manipulation of data'... hehe

x pun, mungkin sebab experience die lebih kot...

Yokora said...

See HERE