>

Monday, June 2, 2008

Sabarlah

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika malam semalam, bilik kami semua dalam kegelapan dan Acipz tido dgn awal, namun, segala-galanya berubah selepas Subuh ni. Bilik kami bertiga gelap tetapi bilik Acipz terang benderang, nervous agaknya nak berperang dgn BIG Boss pagi ni.

Owh, bercakap pasal pagi ni, saudara Hisham jadik imam dan memberikan tazkirah pasal sabar yg dipetik daripada buku Life is an Open Secret karangan Sis Zabrina. Namun, Hisham agak terlupa cerita sebenar dan mule mereka cerita sendiri. Apa2 pun, tahniah Hisham kerana berjaya jugak mereka cerita yg mudah difahami. Bolehla tulis buku motivasi lpas ni....

Hisham (gambar sumbangan ikhlas Muadz)

Aku xnak fokuskan post aku kali ni pasal tazkirah pagi tadi, sebab aku yakin, pihak Shumuri akan melakukan demikian. Cume aku nak sampaikan ucapan All da Best to all further Math students. Mulakanlah dengan Bismillah, dan buatlah dengan tenang. 3 jam ini bakal menentukan masa depan anda, maka, bersabarlah menghadapinya.

Maaf, andai kimia aku bleyh letak akronim:

Kimia
Itu
Mudah
InsyaAllah
A

Tapi, x dapat fikir plak akronim untuk further math, bagi sesape yg ade idea, sile bgtau la yer!!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Ali-Imran: 200)

Wallahualam. Selamat Menjawab!!!
Photobucket

No comments: