>

Sunday, June 29, 2008

ESQ: Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini merupakan kesinambungan daripada sesi semalam. Seperti semalam, seawal pagi, jam 7.30 pagi, aku smpi ke Flamingo, terus sahaja aku makan di ruang makan yg disediakan. Makan butter cake sahaja dan minum sedikit air teh susu. Memang x selera sangat makan pepagi ni.

Masa berlalu

Terus sahaja aku nak ceritakan ape yg menarik berlaku masa ESQ. Sewaktu break untuk lunch, tetibe, ade pengumuman yg dibuat saudara Qobin. Beliau berkata:

Kepada nama-nama berikut, sile tunggu selepas ni

Ditakdirkan Allah, nama aku turut disebut. Jadi, aku menunggu di kala org lain bergerak untuk lunch. Cepatla skit, perut aku da lapar ni, aku berfikir. Kemudian, saudara Qobin bgtau:

Anda semua dipilih untuk makan bersama trainer, jadi pergila solat dulu, kemudian, 15 minit lagi, berkumpul kembali dalam dewan ni.

Lega aku, x terbuang masa makan aku. Aku pergi menghala ke ruang solat di tingkat atas. Selesai solat, kami berkumpul di pintu masuk dan check samada nama kami betul x? Lupe nak cakap, super senior aku, Firdaus Rahim turut ada namanya. Setelah semua da ade, kami masuk ke dewan. Kami dibawa ke backstage di mana meja dengan hidangan telah tersedia.

Nyum2, kami makan sambil bermesra bersama trainer. Turut dihidangkan, keropok yg dibawa khas dari Indonesia. Sedap gak. Kami memasing makan dengan sopan menggunakan sudu dan garfu.

Setelah lunch, program bersambung sampaila abis masa maghrib. Dan dengan ini, aku officially telah menjadi Alumni ESQ Mahasiswa Batch ke-3!!!!

Sijil dan Kad Alumni

Pengumuman: Tadi aku menerima SMS daripada Acipz, mengatakan mak sahabat kiter, saudara ShahRidwan a.k.a Pin telah kembali ke Rahmatullah. Sama2 kiter sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Photobucket

No comments: