>

Sunday, June 1, 2008

Light Off!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam chalet P-02 ni, hanya ade seorang jer yg mengambil subjek Further Mathematics, iaitu saudara Hasif a.k.a. Acipz. Acipz nampaknya begitu bersungguh-sungguh membuat ulangkaji saat akhir. Dan, setelah berhempas pulas study, pada pukul 11 malam, Acipz berkeputusan untuk tidur, mungkin untuk mendapatkan cukup tenaga untuk berperang selama 3 jam esok.

Maka, kami amat memahami kehendak Acipz. Ketua chalet, iaitu saudara Shuib (Shu), mengarahkan agar semua lampu chalet ditutup bagi menghormati Acipz yg nak tido. Maka, aku menyahut seruan beliau. Walaupun niat di hati masih nak study, tapi, memikirkan tentang seorang sahabat yg nak bertarung esok membuatkan aku berkorban dan menutup lampu bilik tidurku (Alasan nak tido).

Ahli chalet yang saling memahami...

Dan, walaupun dah tutup lampu dan di dalam separa kegelapan, kami masih x dapat tido. Kami bertiga kecuali Acipz berborak sebentar, tapi dalam keadaan berbisik, maklumlah, xnak kejutkan Acipz. Letih gak nak mengawal suara nih.

Nak kongsi sedikit doa:

Doa Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu

Doa Sewaktu Lupa Masa Menjawab

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

All da best to all further students esok. Moga apa yg aku tulis memalam buter ni bermanfaat bukan sahaja kpd pelajar2 further, tetapi kepada sesaper pun yg bakal amik exam!!!

Nite, light off, nak tido (cakap sambil berbisik)

Photobucket

No comments: