>

Sunday, June 22, 2008

Kerinduan

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam, pada jam 9.39 malam, aku menerima mesej daripada Firdaus YT (Pidah) yg berbunyi:

Salam.. Td ms brenti mkn kat hntian tmrloh, nmpk ada org jual samosa.. So, tringat kat ko

Agak terkedu aku membaca mesej beliau. Agak sedih dan rasa rindu kepada rakan2. Baru beberapa jam tinggalkan kolej. Perasaan rindu makin menjadik-jadik. Terlalu banyak kenangan di kolej tu. Isk. Harini hari Ahad. Routine hari ni di kolej basernya makan breakfast nasi lemak di Dining Hall. Tapi, x dapat aku mengulangi rutin itu lagi, lebih2 bersama rakan2.


Teringat juge saat ketika Ramadhan. Aku dan Shuib bangun pada jam 4.30 pagi. Kami basernya menjadi orang pertama tiba di Dining Hall untuk bersahur. Berjalan dalam gelap, di mana xde org bangun lg. Kemudian, saat bersolat tarawikh dan menguruskan moreh. Bersama-sama ke dining hall untuk mengangkut air dan makanan. Bersama-sama membasuh segala peralatan selepas moreh.

Eh, rindu gile kat kolej, kat life kat sane.

Kepada rakan2 batch ke sembilan, jumpe masa MOC. Well, kecuali bebudak PNB ygakan kebuhsanan tgk muke aku selama 25 hari. Moga ukhuwah berkekalan.

الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(Az-Zukhruf: 67)

Photobucket

No comments: