>

Friday, June 27, 2008

Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru balik daripada Solat Jumaat. Berpeluh aku, walaupun berada di dalam air-cond kereta. Sesak betul jalan. Maklumlah, semua baru balik dari solat Jumaat. 30 minit aku perlukan nak kluar dari Taman Kosas. Ditambah ngan budak nak pegi sekolah. Letih aku memutar stereng kereta tu. Namun, di kala sesak begini, jati diri seorang Islam x patut dilupakan. Hormat-menghormati, kesabaran, patut diamalkan, lelagi baru balik dari semayang kan?

http://www.dmaslayang.com/masjid.jpg

Aku sampai ke masjid Fatimah Az-Zahra awal, iaitu pada jam 1 petang. Dalam aku nak berjalan memasuki perkarangan masjid, kedengaran suara orang bercakap.

Aik, da start khutbah ke? Masuk waktu pun belum nih?

Lepas ambik wudhu', aku masuk ke dewan semayang utama. Kelihatan sorg ustaz tgh berceramah. Oooo, bkan khutbah, ceramah rupenya. Dan aku duduk mengambil tempat dan mendengar dengan teliti isi ceramah ustaz itu. Perkataannya tegas, dan bersemangat memang x tido aku. Aku nak petik 2 kisah yg diceritakan ustaz ni dalam ceramah beliau:

Kisah pertama, tentang sorg sahabat Nabi yang cacat. Apabila seruan jihad kerana perang dilaungkan, beliau dikecualikan daripada pergi berperang kerana kecacatan beliau. Namun, isteri beliau telah memberikan semangat kepada suami beliau ni untuk berjuang di jalan Allah. Berkat dorongan isteri, beliau bersemangat untuk berjihad dan berdoa agar mati di medan perang. Allah memakbulkan doa beliau dengan syahid di medan perang tersebut.

Pengajaran daripada cerita ni? Ustaz tu x cakap, tapi aku yg extract sendiri. Cerita ni menceritakan ciri2 isteri pilihanku. Beliau tidaklah mengkehendaki si suami berada di rumah sepanjang masa menemankannya, tetapi mendorong suami untuk keluar meninggalkannya demi menyahut seruan agama. Beliau amat memahami agama Islam dan tidak sesekali mementingkan diri demi kepentingan agama. Berapa ramaikah wanita yg sebegini hari ini? Berapa ramai yg sanggup melepaskan suami untuk suami menjalankan tugas agama? Hurmm, aku terpikir. Moga isteriku nanti memahami hal ini dan tidak sesekali menghalangku menjalankan tugas dakwah. Moga apabila aku tidak bersemangat, beliau akan membrikan dorongan kepadaku.

Kisah kedua, berkenaan seorang lagi sahabat Nabi yg cacat. Apabila seruan jihad dilaungkan, ramailah umat Islam yang menyerahkan harta untuk jalan Allah. Abu Bakar menyerahkan segala harta beliau. Umar beri separuh harta beliau. Usman beri 2/3 harta beliau. Namun, sahabat yang cacat ni adalah seorang miskin yg tidak berharta. Walau demikian, beliau masih ade keinginan untuk menyumbang ke jalan Allah. Jadi, beliau minta untuk bekerja di sebuah ladang tamar seorang Yahudi. Kerjanya, menyiram pohon tamar. Dengan kecacatan beliau, diriwayatkan beliau menggunakan gigi untuk mengangkat air dari perigi dan kemudian disiram ke setiap pohon tamar. Gaji beliau melakukan kerja separuh mati tu, hanyalah beberapa biji tamar. Namun, beliau serahkan juga kepada Rasulullah. Dan Nabi meletakkan tamarnya itu di atas semua harta2 sedekah yg lain.

Ape pengajarannya? Kiter dapat tgk kan, kegigihan sahabat Nabi ni, meskipun beliau x berkemampuan. Tgk balik diri kiter, kerdil sangat nak dibandingkan dengan sahabat ni. Nak derma di masjid bukan main susah (especially diriku), apatah lagi nak buat benda2 lain? Moga kisah ni dapat menyuntik semangat kiter untuk bersungguh-sungguh berusaha untuk berbakti kepada agama yg suci ini.

Tu je, moga bermanfaat.
Photobucket

No comments: