>

Monday, June 23, 2008

Amanah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari kedua bercuti. Tepat seminggu lagi, aku akan menghadiri kem OBS anjuran PNB. Kem yg juge dikenali sebagai Survival Camp ini bertempat di Lumut dan akan mengambil masa selama 25 hari. Yer, jgn x percaya, kem 25 hari. Suatu jangka masa yg x pernah dibuat pihak lain, melainkan PNB. Tarikhnya ialah 1-25 July 2008. Maka, kemungkinan BESAR aku x boleh mengupdate blog dalam tempoh tu. tapi, mungkin gak aku update, tapi x sefrequent selalu.

Jadi, bagaimana cuti anda bebudak KYUEM dan ex-KYUEM? Produktif dan inovatif? Ataupun sekadar membuat lemak dan tahi mata? Aku dah start program membuat tahi mata apabila tidur dgn banyaknya. Cume, pagi tadi, agak kurang tahi mata terhasil apabila selepas Subuh, aku menggunting 120 nametags untuk Muslim Overseas Camp. Yerla, kalau x buat skarang, bile lagi nak buat? Lepas ni dah kena penjara.


Terima kasih kepada ex-schoolmate, Aslam kerana sempat menolongku menggunting 30 keping di kolej sebelum cuti dahulu. Kurang skit rasa beban ni. InsyaAllah, petang ni akan drive ke Taman Kosas untuk beli tali dan laminate nametag tersebut. Harap dapat siap b4 OBS, baru boleh pergi berjuang di Lumut dgn aman. Terima kasih juge kepada Treasurer, Izzat Hanafi yg allocate duit lebih dari mencukupi untuk aku membuat nametag ni.

TQ kepada Aslam yg menolongku memotong

Nametag bukanlah sesuatu yg penting pun. Klu xde nametag, still program boleh berjalan kan? Aku terfikir begini pada mulanya. Dan aku terfikir untuk give up the nametag thingy. Rasa xnak buat. Perasaan malas mule menghantui diri. Bukannye ape pun klu xde nametag kan? Tapi Alhamdulillah, Allah memberikan peringatan melalui hambaNya. Seseorang berkata kepadaku:

Ini amanah yg org dah beri, x kesah la benda tu penting ke x, tapi tu tetap amanah

Aku terdiam. Amat benar kata-katanya. Lagipun, dah buat separuh jalan, xkan nak berenti camtu je? Aku berfikir lagi. Terbaca pula firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Anfaal: 27)

Kepada rakan-rakan, pembaca blog mahupun sesape saje, andai aku terlupa, terleka dan terlalai daripada menjalankan tanggungjawab, atau andai aku melakukan sesuatu yg salah di sisi agama, maka, tegurlah aku.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى
Oleh itu berilah peringatan kalau-kalau peringatan itu berguna
(Al-A'ala: 9)

Wallahu'alam. Doakan aku x cepat mengalah
Photobucket

No comments: