>

Thursday, June 12, 2008

Today

بسم الله الرحمن الرحيم

Mencabar sungguh rasanya apabila xde langsung kelas atau peperiksaan. Rasa kosong hidup ni. Huhuhu. Busan giler. Breakfast kuey teow ngan chaletmates. Di kala tgh breakfast, kelihatan beberapa cameraman mengambil video kami menyapu mentega ke atas roti. Kemudian, orang tu turut mengekori kami dan mengambil video kami makan. Isy, merepek betul, x senang aku nak makan. Bukan main cover lagi kesopanan dan kesusilaan.

Mungkin video ni untuk sambutan ke-10 ulangtahun kolej yg besar-besaran. Kelihatan juga khemah besar tersergam indah di depan great hall. Maklumlah, ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Najib akan datang pada Hari Anugerah 21 hb ni. Of course UEM nak menjaga nama baik kan?

Jadi, kehidupan aku diteruskan seperti biase. Owh, xdela biasa sgt, sbab kebiasaannye akan study, ini luar biasa, sbab xde benda nak study, kueh3. Jadi, selepas kecewa tiada internet awal2 pagi nih, aku merebahkan diri ke atas katil. Tanpa disedari, aku tertidur sehingga bangun semula pada pukul 10 pagi, itupun sebab Firdaus YT datang ke chalet.

Jadi, terpaksalah aku melayan beliau. Nampaknya beliau kebuhsanan sebab xde internet, maka, beliau bertandang ke chaletku untuk meminta game. Disebabkan aku ni bukanlah banyak sgt game, maka, aku hanya mampu memberi beliau game Final Fantasy 9. Moga terhibur, tapi jgnlah lalai.

Lebih kurang pukul 10, kedengaran satu jeritan dari luar bilikku,

I'm A Free Man!!!

Ku jenguk ke luar. Owh, seperti dijangka, sape lagi yg menjerit sebegitu kalau bukan Hazman, seorang bakal doktor tajaan MARA. Baru aku sedar, rupenya, da abis da kertas 1 Kimia. Puas hati muke mereka, maybe dapat dijawab. Alhamdulillah.

Masa berlalu, aku still kebuhsanan. Terasa masa berlalu dgn pantas, pejam celik pejam celik, dah masuk Zuhur. Maka, aku pun dengan pantas menyiapkan diri dan berjalan ke surau As-Saad yg terbentang indah. Ketika aku melangkah masuk ke surau, mata tertumpu ke atas sebuah jasad berpakaian belang hitam berjenama Adidas. Setelah ku amati, baru ku sedari, beliau ialah saudara Rahmad Haidzar, pelajar tajan JPA yang kini belajar di University of Newcastle Upon Tyne. Baju yg beliau pakai, sudah tentu baju Newcastle FC, cume yg menjadi persoalan, samada ori atau tidak bajunya. Aku dan Firdaus YT berkata,

Baju ori la tu kut...


Aku mendekati Rahmad. Kitorg ade la gak beberapa kali chatting, so xdelah aku pelik sangat ngan kehadiran berliau. Tangan dihulur tanda ingin bersalaman. Beliau membalas salaman disertai dengan secangkir senyuman.

Apa khabar? tanya beliau,

Alhamdulillah, sihat, jawab aku, ringkas dan padat.

Ko da abis exam kan? tanya beliau lagi,

Dah, jawabku, sekali lagi, short n precise.

Kelihatan juga ramai rerakanku yg akan mengambil peperiksaan kertas 1 fizik petang ini. Kelihatan bersungguh-sungguh muke mereka. Maklumlah, majoriti akan mengabiskan exam dengan paper 1 ini. Selepas ini, pasti mereka akan mengisytiharkan kemerdekaan. Moga dipermudahkan menjawab. Ibarat kata Fitri,

Jawapan dah ada, tinggal nak bulat jer....

Selamat menjawab....

Photobucket

No comments: