بسم الله الرحمن الرحيم
Kepada Firdaus YT, Pn Rog nak berjumpe selepas ni
Riuh rendah dewan. Memasing buat assumptions yang x baik. Firdaus pun kelihatan gundah gulana sepanjang talk dijalankan. Bibit2 kerisauan jelas terpancar pada wajahnya. Aku menenangkannya. Namun, selepas sahaja abis talk, terus beliau bergegas balik ke chalet untuk menyalin pakaian Acad, untuk bertemu dgn PUAN ROG.
Kemudian, aku pulang ke chalet. Dah hampir pukul 12. Disebabkan keletihan, aku merebahkan diri ke atas katil yg telah setahun aku gunekan. Nyenyak gak aku tidur, sehinggalah kedengaran azan dilaungkan. Aku bersiap untuk ke Acad sbab dah berjanji ngan Ustaz untuk menyerahkan gambar Bakti Kenyalang. Namub, ustaz ada kelas sehinggalah jam 2.50 petang. Sesambil menunggu waktu itu tiba, aku lepak2 di RC untuk membaca surat khabar. Kemudian, aku mule bergerak berjumpe Pn Thohiroh untuk menandatangani borang clearance. Kemudian, pergi pulak ke IT Centre untuk bertemu IT Executive yg baru, iaitu Pn Khairiah yang amat mesra. Siap tny umah aku kat mane.
Kemudian, berjumpe ustaz di tempatnya. Setelah duduk di situ hampir 15 minit, dan setelah menjawab beberapa persoalan ustaz, aku bergerak ke surau kerana dijadualkan akan mengadakan mesyuarat Kem Luar Negara Muslim (MOC) pada jam 3 petang. Alhamdulillah, sempat aku smpi on time. Maka, perbincangan dimulakan. Aku tertanya, adakah tugas kami, Multimedia untuk menyiapkan information booklet akan terlaksana? Ini sume bergantung kepada kecekapan hicom menyelesaikan perkara2 tertunggak. Aku hanya berdoa moga tanggungjawabku ini dapat dilaksanakan dgn jayanya supaya tidaklah aku dipersoalkan di akhirat kelak.
Mesyuarat berlanjutan sehinggalah azan Asar berkumandang. Aku amat letih harini. Xde tenaga. Dalam meeting pun malas nak cakap. Selesai je solat Asar dan mendengar tazkirah, aku balik ke chalet dan telah berjanji ngan Syafiq Diamond untuk pergi berjoging mengelilingi kolej yg indah permai ni. Sesambil berjoging, aku menambil gambar di sekitar kolej untuk kenangan. Hanya beberapa hari je untuk aku lihat pemandangan ni. Kemudian aku ternampak tangki air. Aku berkata kpd Syafiq
Klu kat skola dulu, mesti aku akan naik tangki air tu
Maka, hati kami tergerak untuk menaiki tangki air itu. Langkah diatur dengan berhati-hati. Selepas dapat naik ke puncak tangki, wahh, sungguh indah pemandangan kawasan kolej. Aku ape lagi, tersu ambil gambar menggunakan kamera nikon ku. Kemudian, perjalanan diteruskan sehingga kami mengelilingi kolej. Sungguh letih.
Kami singgah sebentar di Dewan Serbaguna untuk melihat orang bermain badminton dan ping pong. Hati x tertahan, aku dan Syafiq mengambil set pingpong lalu bermain sehingga jam menunjukkan jam 7 petang. Alhamdulillah, agak terisi dengan baik hari aku harini. Moga esok begini juger...
No comments:
Post a Comment