>

Thursday, June 19, 2008

Strike, Spare and Split

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yg telah diplan sekian lama, projek terbesar yg pernah dihandle oleh Syauqi telah berlangsung. Program yang diberi nama 'Biology Class Farewell Party' ini bertempat di Bukit Beruntung. Program yang diplan sekian lama oleh Syauqi ini akhirnya berjaya dilaksanakan. Tahniah Syauqi!!!

Pada jam 5.00 petang, kami berkumpul di hadapan pondok pengawal. Kami menunggu kenderaan yg bakal kami naiki. Pada masa yg sama, pelajar yg nak gi Student External Dinner turut hendak bertolak. Tunggu punya tunggu, akhirnya, tibalah jua sebuah van sekolah untuk mengangkut kami ke Bukit Beruntung. Hanya Syauqi dan Hazman menaiki kereta Mr Azman manakala selebihnya menaiki van.


Setibanya kami di Kelab Bukit Beruntung ni, Hazman registerkan kami. Kami register 2 game, 4 lane, di mana 2 lane untuk laki, 2 lane untuk wanita. Pusingan pertama, tangan masing2 masih belum cukup flexible membaling bola, termasuklah aku. Bola yang dibaling asyik masuk ke longkang. Ibarat kata Azim:

Bolehla buat community service cuci longkang lpas ni

Namun, dalam perlawanan pertama, Syauqi, Azim dan Mr Azman mendominasi permainan. Mereka asyik mendapat spare dan berjaya menjatuhkan banyak sekali pin. Aku, amat jauh sekali. Hampir 2 tahun aku dah berenti main boling, terasa kaku tangan ni membaling. Namun, aku bukanlah orang yg mendapat kutipan mata terendah kerana hakikatnya, masih ada yg lebih rendah. Anda ingin tahu sape? Xpela, biarlah menjadi rahsia kami.


Asalnya nak main 2 game je. Tetapi, kerancakan permainan menyebabkan kami menambah satu game lagi. Masuk game kedua, permainan bertambah hebat. Masing2 sudah nampak improvement. X tau kenapa, menjelang Maghrib, banyak strike didapati. Ibarat kata Syauqi,

Nampak bertanduk je bola tu

Selesai bersolat Maghrib, baki permainan ketiga diabiskan. Alhamdulillah, dalam permainan ketiga ni, tangan sudah agak lembut untuk membaling bola. Prestasi Azim dan Syauqi agak merudum dalam pusingan ini. Ini membuka ruang untukku mencelah. Berkat doa rakan2 di kolej, Alhamdulillah, berjaya melakukan dua strike berturut2 disertai dengan satu spare. Hal ini terus melonjakkan markahku kepada 125 mata (je), lalu dinobatkan oleh Mr Azman sebagai juara. Aku mendapat hadiah berupa sebuah beg galas. TQ Mr Azman!

Markah aku adalah yg berabjad 'J' itu

Kemudian, perut sudah semakin lapar. Mr Azman mengajak kami untuk makan di restoran berdekatan. Pada mulanya, Mr Azman menghantar Puan Halijah berserta pelajar perempuan untuk ke situ. Kemudian, trip kedua, untuk pelajar lelaki. Miraculously, kami bertujuh muat untuk masuk ke dalam kereta sekaligus! Yer, jangan x percaya. Bayangkan, di dalam kereta Wira, ada 7 orang yang bukan calang2 sizenya. Hafizuddin, Meor dan Hazman memangku Firdaus, Jimah dan aku manakala Syauqi diapit di tengah2. Agak meriah walaupun dalam kesmepitan. Hal ini memeranjatkan Puan Halijah apabila beliau melihat kami semua keluar dari satu kereta. Boleh masuk World Record!

Kami makan di restoran bernama Anjung. Disebabkan Mr Azman belanja, kami makan dengan senang hati. Aku, seperti baser, mengorder nasi pattaya. Aku amat suke rasa supnye. Sedap. Aku juge turut makan udang masak tepung. Kemudian, kami memasing menambah makanan setelah dipelawa oleh Mr Azman (pantang dipelawa). Kami juge turut merasa ikan siakap 3 rasa yang sekejap sahaja habis dibalun pelajar lelaki. Dan semua perbelanjaan makanan ditanggung oleh Mr Azman. TQ sir!


Sungguh seronok malam tadi. Banyak juge pelajaran yg aku pelajari. Antara yg utama ialah:

Lawak kering boleh dilakukan, tapi lakukanlah pada waktu dan tempat yg sesuai.

Kami juge telah membuat perjanjian untuk support setiap lawak yg dilakukan tanpa mengenal kebuhsanan atau kekompleksan lawak tersebut.

Kami sampai ke kolej sekitar jam 10.30 malam. Setelah solat Isyak, aku balik ke bilik disapa oleh timbunan booklet MOC yg perlu distapler. Aku stapler bebenda tu smpi 12 tghmalam, kemudian, mata dan badan amat letih, tangan sakit2 menyebabkan aku tidur dengan nyenyaknya sehingga bangun apabila azan dilaungkan....







Photobucket

No comments: