>

Monday, June 16, 2008

21

بسم الله الرحمن الرحيم

Hurm, ngantuk. Tapi aku xleh tido, still di depan komputer setelah bermain game Shining Force. Smalam, seperti biasa, aku, Shuib, Yahya, Syauqi dan Aslam menonton filem pada jam 10.30 malam. Filem yang bertajuk 21 ini amat menarik sekali, kerana banyak melibatkan matematik, walaupun kami tidaklah memahami apa yg dikiranya.

Aslam dan Syauqi tiba di chalet sekitar jam 10 malam. Kami membentangkan tilam dari bilik aku, bilik Shuib dan bilik Yahya. Namun, speaker kolej amatlah ciput bunyinya. Maka, aku terpandang woofer Acipz lalu kami memasang woofer tersabut. Kemudian, barulah bunyi yg mantap dapat didengari. Cerita dimulakan.


Cerita ni berkisar seorang pelajar Harvard Medical School. Beliau memerlukan 300000 US Dollar untuk membiayai pelajarannya. Keluarga beliau bukanlah kaya. Dan untuk mendapat Robinson Scholarship, amatlah susah. Jadi, beliau bertemu dengan lecturer mathematicsnya bersama sepasukan pelajar. Mereka menawarkan hero cerita ni untuk berjudi di Vegas, tetapi, dengan menggunakan Mathematics. Cerita seterusnya, silelah tonton sendiri.

Kemudian, setelah habis menonton movie, setelah habis sebunggus roti pong, kami kehausan. Shuib berkata,

Tolong, aku dah nak mati kehausan

Jadi, aku dan Shuib berjalan ke surau sekitar jam 1 pagi untuk mengambil air. Serius, klu aku sengsorang, x berani aku jalan waktu2 begini. Suasana nampak aman dan tenteram. Sejuk je keadaan, walaupun aku memakai 2 lapis pakaian.

Apabila kami pulang ke chalet, Aslam tengah menonton GTO. Aku segera membancuh Ribena dan meminum dengan cepat. Wah, nikmatnya. Aslam berenti menonton apabila komputer hang. Maka, kami bertiga pun tidur di common room bersama kesejukan aircond ibarat berada di Fraser's Hill. Alhamdulillah, kami bertiga dapat bangun untuk bersolat Subuh di Musolla.

Ape nak buat pagi ni??

Photobucket

No comments: