>

Tuesday, June 17, 2008

Selasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh, hari ini sungguh letih sekali. Sbab tu la agak lambat aku mengupdate dirimu wahai blogku. Ibarat kata Shuib, harini x cukup tidur 12 jam, sbab tu la letih. Aku fikir, betul gak. Huhuhu. Disebabkan kebuhsanan selepas solat Subuh, aku baring jap di atas katil. Sedar x sedar, dah jam 10 pagi waktu Malaysia. Waa, aku terus menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan meriah di padang. Ah, malasla nak pegi, aku sambung tidur.

Masa berlalu....

Kemudian, sewaktu di surau ketika Zuhur, aku bertemu Firdaus YT. Kemudian, setelah perbincangan hebat, kami bercadang untuk ke Acad block pada jam 2.30 petang nanti. Tujuan aku adalah untuk ambik photostated copy aku nye financial guarantee letter. Alhamdulillah, dah disahkan. Firdaus mengambil suratnye juge. Kami juge mengadu kepada Puan Kasthuri tentang pen yg British Council bagi semalam xde dakwat. Kami sebenarnya xdela kesah sgt, tapi Puan Kasthuri terus memberikan kami pen baru, TQ!!!

Kak Zura yg mesra pelanggan

Kemudian, kami bergerak puler ke student services. Kemudian, terus sahaja kami mengambil borg kebenaran keluar dan terus kami keluar dari bilik student services itu. Cuak pula sebab kami hanya memakai t-shirt dan selipar jer. Kami singgah sebentar ke ex-Japanese Garden yg baru siap diubahsuai. Aku cube memikirkan nama yang mungkin akan diberi kepada tempat ini. Mungkinkah Nebuchadnezzar's Garden? Sempat gak bergambar. Mr J ternampak aku berposing mengambil gambar lalu menegur sambil tersenyum,

Semua dah lawa, tinggal selipar tu je kacau

Aiseh, hehehe. Aku hanya mampu membalas senyuman beliau. Senyum itu kan sedekah?

Notice board yg menjadi tumpuan pelajar kolej

Selepas puas bergambar di sekitar kolej, kami bergerak ke kafe. Kelihatan Kamal YTN dgn Nizam tgh menjamu selera. Kami mendekati mereka. Wah, makan jemput2 rupenya. Kamal dengan mesra mempelawa aku untuk mengabiskan jejemput mereka. Secara berseloroh, aku berkata,

Ni mesti x abis ni....

Kami tergelak. Aku dan Firdaus makan Mi Goreng dan samosa yg bes. Kemudian, datang pula Iman Syafiq. Disebabkan x abis jejemput yg kamal bagi tadi, aku mempelawa Iman. Alhamdulillah, Iman merupakan seorang yg tidak suke pembaziran. Maka, beliau pun mengabiskan jejemput itu. Nasib baik ade beliau, dapat menghalang kami daripada membazir. TQ Iman!!!

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-Isra': 27)

Masa berlalu lagi...

Malam telah tibe. Aiseh, dinner harini akan diserve pada Topaz Farewell Party yang akan berlangsung pada jam 9 malam nanti. dalam hati aku berkata

Lambatnye dinner. Kebulur aku

Namun, aku bersabar. Dengan lapar, hati lebih tenang, ibadah lebih khusyuk. Maka, lepas Maghrib, program usrah dijalankan seperti biase. Tajuknye berkisar pengalaman seniors selama 2 tahun di kolej ini. Agak hambar suasana hari ni, hanya ade 2 usrah grup shj, mungkin sebab house lain turut membuat farewell party pada waktu yg sama. Selesai solat Isyak, aku bergegas ke kafe, maklumlah, perut sudah mengadakan konsert Battle of The Band.

Sampai ke kafe, kemudian ada ucapan dari beberapa orang penting house. Kemudian makan!!! Makan nasi minyak dan ayam kari dan air Sarsi. Setelah makan dgn puas, ade plak game 'Unlucky Draw'. Seperti dijangka, aku tidaklah meminati game sebegini, lantas, terus aku menghilangkan diri, vanished into thin air. Perut dah kenyang, hati dah senang.

Itu je la ape yg aku buat harini...



Photobucket

No comments: