>

Friday, June 13, 2008

Target Locked

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam smalam, setelah perancangan rapi oleh Firdaus YT, kami berjaya bermain Counter Strike yang berpusat di chalet Firdaus. Maaf kepada sesape yg SMS aku, andai aku x jawab, sebab di dalam CS, sekali lalai, maka, nyawa anda akan melayang, huhuhu.


Aku ni bukanla minat sangat main CS ni. Aku lebih suke main game RPG. Tapi, sekali sekala bermain sebegini bersama rakan-rakan, agak seronok. Aku masih ingat last skali aku main CS ni adalah di Matriks dulu, bersama roommates dan kami membentuk sebuah pasukan yg hebat, iaitu dinamakan JAZZ (Jpah, Amir, Zam, Zul).

Dan, pada jam 10.30 malam semalam, semua yang terlibat bertandang ke chalet Firdaus YT. Setelah wireless LAN telah terbina, maka, peperangan antara Counter Terrorist dan Terrorist dimulakan. Seperti dijangka, aku menjadi Counter Terrorist, kerana aku amat tidak menyukai keganasan, huhuhu. Antara yang bermain semalam:

Counter Terrorist
-Aku

-Firdaus YT

-Afiq
-Eddy

-Awang Najib

-Sin Chuan

-Aidy Ezuryn


Terrorist

-Wan MARA

-Meor Muslih

-Hafizuddin Hypo

-Haziq Topaz

-Masrizan


Sape lagi yg tertinggal?

Agak meriah dan bising chalet Firdaus semalam. Cume, ape yg aku kesalkan, ade juge beberapa perkataan yg x sepatutnya dikeluarkan sewaktu bermain. Adakah penting sangat permainan ni sehingga sanggup mencabuli kesucian mulut dan melanggar adab-adab yg digariskan oleh Islam? Sama-sama fikirkan, khususnya untuk diri aku ni.

CT Force

Menjelang jam 1.30 pagi, aku terasa mengantuk, lalu bercadang untuk balik. Haziq pun mengikuti aku pulang ke Kg Topaz. Aku rasa, dalam semester ni, inilah hari yg paling lewat aku tidur. Paling lewat ialah semester lepas, ketika malam Bakti Kenyalang, iaitu sekitar 4 pagi. Dan Alhamdulillah, walaupun x baser tidur lewat, aku still diberikan kekuatan untuk bangun pada jam 5.45 pagi untuk bersolat Subuh.

Kepada seniors yg da abis exam, kalau anda nak main game tu, beringatlah, jangan lupa diri. Bergembira tu x salah, tapi janganlah berlebihan dan sanggup melanggar batas2 yg digariskan Islam. Jangan pula bermain game sehingga korg tertinggal solat. Jangan juge main game sehingga timbul perasaan riak. Berpada-padalah, dan jangan berlebih-lebihan.

Photobucket

No comments: