>

Friday, June 20, 2008

Majlis Wida'

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam telah berlangsungnya Farewell Ceremony atau lebih dikenali sebagai Majlis Wida'. Selepas Maghrib, sebuah forum bertajuk ukhuwah dijalankan. Forum tersebut telah berlangsung selama hampir sejam dan tamat pada jam 9.15 malam. Kemudian, kami bersolat Isyak secara berjemaah.

The image “http://i10.photobucket.com/albums/a112/bigbosses/DSC00596.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Selepas solat Isya', kelihatan para seniors dah x sabar2 nak berpelukan. Namun, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil seniors, Hazman dan wakil juniors, Arif Ismail. Kemudian, saat yg dinanti akhirnya tiba. Sesi bersalaman dan berpelukan. Seperti juga tahun lepas, sebuah bulatan lelaki dan sebuah bulatan wanita diwujudkan. Kelihatan juga orang yg menangis. Sungguh best aku tgk keadaan smalam. Inilah masa nak mintak maap ngan kawan2, lpas ni mungkin dipisahkan dengan jarak dan masa. Tapi, jangan pulak mintak maap smalam je, pastu dah buat jahat balik.

Kepada para seniors, maafkan aku andai aku x brape mengenali korg. Maafkan aku atas segala kekasaran. Maafkan aku atas segala keegoan. Halalkanlah segala makan minum. Maafkan aku andai aku ada sakitkan hati korg. Semoga korg akan berjaya dalam apa jua yg korg akan lakukan di masa hadapan. Ingatlah kenangan kiter bersama di sini. Ingatlah segala suka duka kiter di sini. Ingatlah segala cabaran dan dugaan yg kiter hadapi. Ingatlah saat kita makan bersama. Ingatlah saat kiter buat presentation dalam kelas. Ingatlah saat kiter ulangkaji bersama. Ingatlah saat kiter berjalan bersama ke surau. Ingatlah saat kiter bermain bersama. Ingatlah saat kiter panjat tangki air (opps) bersama.



To juniors, ingatlah, anda ada setahun lagi di bumi KYUEM nih. Percayalah kat aku, setahun tu x lama. Hargailah masa korg kat sini. Berseronok, seronok gak, tapi jangan lupe diri. Kuatkanlah semangat antara batch, dan gunakan semangat tu untuk berdakwah kepada batch korg. Tunjukkanlah contoh teladan yg baik kepada junior korg yg bakal masuk nanti. Jagalah perhubungan lelaki dan perempuan. Jangan rasa busan untuk berdakwah. Study bebetul dari awal, jangan menyesal kemudian hari. Maafkan aku andai setahun bersama, aku x brape mengenali korg.

Sampai situ je la, moga ukhuwah berkekalan.
Photobucket

No comments: