>

Friday, June 6, 2008

Kegelapan yang Nyata

بسم الله الرحمن الرحيم

Chalet aku memang basernye akan light off sekitar pukul 12.30 malam. Namun, malam tadi, sesuatu yg lain daripada lain telah berlaku.

Di kala aku tengah bermain Winning Eleven melalui laptopku, tetibe, pada jam 11.30 malam, elektrik terpadam. Satu demi satu lampu kalimantang terpadam, meninggalkan chalet kami dalam kegelapan yg nyata. Cahaya hanya bersumberkan laptop aku dan Acipz. Aku segera membuka laci mejaku dan mencari-cari torchlight Eveready menggunakan LED sebagai sumber cahaya. Aku lihat ke luar, kelihatan terang benderang chalet lain. Arghh, ini x mungkin berlaku!!!

Shuib, Hilmi dan Syamil tgh study accounting tika perkara ini berlaku. Momentum mereka sedikit terganggu apabila kegelapan melanda. Seperti hilang arah tuju, Shuib mencari-cari lilin untuk menerangi biliknya. Namun, selang beberapa minit, mereka berhijrah ke chalet lain, mungkin x selesa dengan pencahayaan lilin semata-mata.

Memang chalet kami ni agak bermasalah sejak beberapa bulan dulu. Kerap berlaku blackout yg hanya melibatkan chalet kami sahaja. Namun, x lama dulu, aku ingat perkara ni dah diselesaikan, sebab dah xde blackout yg terjadi, namun takdir Allah, perkara yg sama tetap berulang.

Aku mengambil telefon bimbitku dan segera menekan punat dan menulis mesej pesanan ringkas kepada Abg Zul, warden kami:

chalet p02 blackout

Sminit kemudian, aku menerima balasan,

Ok.

Kemudian, dalam 10 minit kemudian, tibalah seorang technician yg x aku ingat namanya berkain pelikat dan t-shirt pagoda. Kesian puler rasa hati ni apabila mengganggu beliau tengah2 malam ni. Masa ni sepatutnya beliau gunakan bersama keluarga, tetapi, disebabkan komited terhadap tugas, sanggup beliau datang ke chalet kami. Beliau berulang-alik dari chalet kami membetulkan sesuatu, tetapi, blackout kembali. Kesian abang ni. Akhirnya, menjelang jam 12 tgh malam, keadaan dapat dibetulkan. Cume harapan aku, supaya x jadik lagi blackout. Terima kasih kami ucapkan.


Elektrik, suatu aset yg penting dalam kehidupan manusia moden seperti kiter ni. Walaupun hanya 30 minit tanpa elektrik, aku rasa agak sempit dan tidak selesa. Hidup dalam kegelapan, susah nak study. Kepanasan, susah nak tido. Baru aku sedar, betapa pentingnya elektrik dalam kehidupan seharian aku, dan aku jarang untuk menghargai nikmat ini.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman: 16

Aku berfikir lagi. Ini sumer takdir Allah. Mungkin Allah nak mendidik aku untuk lebih menghargai nikmat kurniaanNya. Baru 30 minit tanpa lampu, aku dah mule rasa kurang senang. Kalau difikirkan sedara kiter di Palestin tu, yg dah brape lama tanpa elektrik? Mungkin Allah nak menyedarkanku, aku ni manusia yg kerdil. Tanpa elektrik, pelbagai kerja x dapat dilakukan kerana fizikal manusia yg terbatas. Kalaulah Allah x jadikan charge2 yg boleh bergerak lalu membuatkan arus mengalir, macamaner idup kiter yer? Mungkin juge Allah nak menyedarkan aku tentang betapa banyaknya aku telah membazirkan elektrik sebelum ni.

Sumber Lampu

Dalam kehidupan kiter seharian, berapa banyak elektrik yg kiter bazirkan? Air cond di chalet, sentiasa terbuka, walaupun tiada org dalam chalet. Komputer di common room, xde org gune pun, tapi dibiarkan terbuka begitu. Mungkin kiter fikir,

xpelah, bukannya aku kena bayar pun

tapi, itulah yg dinamakan pembaziran. Memetik kata2 kawan aku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dulu,

Setiap charge yg bergerak membentuk arus elektrik, ko akan ditanya di akhirat kelak, untuk apa dan bagaimanakah ko menggunakannya?

Alhamdulillah, malam tadi, aku masih mampu tidur tanpa bekalan elektrik. Namun, sehingga bilerkah nikmat ni akan diberi kepada kiter dan sejauh manakah kiter bersyukur di atas nikmat ni? Dan bagaimanakah puler kiter menunjukkan sikap bersyukur, adakah dengan membazirkan nikmat ini?

Sama-sama fikir dan semoga kiter x membazir...

(nukilan dalam kegelapan)

Photobucket

No comments: