>

Saturday, June 14, 2008

Semalam dan Hari ni

بسم الله الرحمن الرحيم

Ngantuknya. Smalam aku telah memecahkan rekod sendiri apabila tidur pada pukul 2 pagi. Apa yg aku buat smpi tidur selewat itu? Nila aku nak cerita..

Seawal jam 10.46 malam, ex-schoolmateku, Aslam meng SMS,

Oi, ko ktne?

Aku amat memahami yg beliau ingin mengajakku menonton movie bersama. Lantas, aku menjawab,

Cerita ape?

Lalu, beliau menjawab,

10000 b.c.

Maka, kami memilih chaletku untuk menonton, sebab kosong. Xde orang pun di chaletku, mungkin memasing ade aktiviti memasing. Maka, Aslam tiba membawa 2 bungkus keropok, kami membentangkan 2 tilam di common room. Setelah menyediakan bantal dan selimut, cerita dimulakan. Aku x paham sgt ape motif cerita 10000 B.C. ni, tapi enjoy je props dan action dalam cerita ni.

Kemudian, menjelang jam 12.30 malam, satu movie telah ditamatkan. Aslam meminta diri. Dalam masa yg sama, chaletmates ku, Acipz, Shuib dan Yahya pulang ke chalet. Lalu, kami plan untuk tgk satu lagi movie, iaitu the Forbidden Kingdom. Kami berempat baring di common room di atas tilam yg empuk dan selesa. Aku memakai 3 lapis pakaian kerana kesejukan melampau. Aku kagum dengan chaletmate yg lain, sebab relax jer berpakaian pagoda. Namun, disebabkan Acipz dah tgk cerita ni, die masuk ke bilik lalu tidur. X sampai 10 minit movie berlangsung, aku lihat Yahya di sebelahku dah tertidur. Cess, padahal dia yg ajak. Tinggallah aku dan Shuib menonton rancangan itu. Namun, menjelang jam 2 pagi, kami dah mengantuk. Masih ada baki 20 minit b4 cerita tu habis. X sangguo menunggu, kami bercadang untuk menyambung esok pagi, lalu komputer ditutup dan kami bertiga tidur di common room. Alhamdulillah, masih dibangunkan jam 5.45 pagi untuk bersolat Subuh berjemaah.

Kemudian, sejurus selepas balik dari surau, aku masuk ke chalet dan mendapati ada sebuah bola keranjang di atas lantai. Aku menukar pakaian, dan terus ke gelanggang yg hanyalah sekangkang kera dari chaletku. Kemudian, Yahya dan Zaim turut join aku main. Wah, dah lama x main, rasa sedikit kepuasan.

The image “http://taknakbagitau.files.wordpress.com/2008/06/p6144147.jpg?w=197” cannot be displayed, because it contains errors.

Kemudian, pada jam 7.30 pagi, Syafiq Diamond mengajak aku bermain rounders. Aku hanya join walaupun x mengetahui peraturan permainan, apatah lagi pernah bermain sebelum ni. Agak seronok dan meriah. Sakit gak kaki aku asyik slide, tapi aku x berjaya melakukan satu round, itulah yg sedihnya. Sedikit kemalangan kecil terjadi, Khairul terseliuh tangannya ketika beliau slide dengan hebat, mungkin salah slide. Kejadian tu menyebabkan kami berhenti bermain dan bersedia untuk bersarapan.


Penuhnya aktiviti harini, tapi at least, terisi juga masa lapangku. Harini MUSCOM buat Charity Visits. Selamat membuat kebajikan. Ikhlaskan hati, moga Allah membalas pengorbanan anda. Petang ni parentsku nak datang, x sabar rasanya!!!

(Gambar akan dipost kemudian)

Photobucket

No comments: