>

Wednesday, June 4, 2008

P3 = Pembunuh Terulung

بسم الله الرحمن الرحيم

Waaarghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Itulah reaksi most of the students selepas jer tamatnya exam kertas 3 Matematik pagini. Hurm, aku x terkecuali.

Bapak susahla....

Memang, aku mengaku, soalan yg keluar tadi amat susah, bukan typical past papers. Agak banyak ruang2 berharga yg aku kosongkan. Walaupun aku gune 2 booklets, hakikatnya, antara helaian2, masih banyak kekosongan yg aku tinggalkan kerana x dapat menjawab. Aku sedih. Dikira-kira markah, hampeh. Aku targetkan Math utk dapat A, namun, sekarang, segala-gala nampak makin kabur.

X disangka, soalan binomial expansion x keluar langsung. Aku amat kecewa, sebab soalan itu ibarat markah percuma. Soalan vektor, agak terkedu masa pertama kali tengok soalan, tapi biler diamati dengan baik, ok jer sbnarnye. Cume, banyak keluar integration dan differentiation. Aku seperti nak menitiskan air mata (exaggerate), adakah aku mampu mendapatkan A?

Memasing dah mule mengira-ngira masa depan memasing. Subjek yg pada asalnya ditarget untuk dapat A, kini berubah. Adakan kami masih mampu memenuhi requirements university? Memasing bertanya.

http://fc.msad68.k12.me.us/~lhowe/images/math.gif

Aku masih ade 2 paper lagi lpas ni. Paling dekat adalah kertas 4 Fizik pada hari Isnin ni. Tapi, semangat aku seolah-olah dah hilang, terbakar dimusnahkan oleh Big Boss bernama Matematik. Tapi aku tersedar semula, x gune nak bersedih dan down sebab perkara ni dah pun berlalu. X boleh nak buat ape dah, hanya mampu berdoa agar graph turun ataupun pemeriksa berlembut hati memeriksa kertas aku.

Di kala aku tengah bersedih, sahabat sepermainan ketika kecil dulu, Aslam, datang menziarahi aku dengan muke agak sugul. Kami berbincang pasal kertas p3 tadi, dan memasing rasa sedih. Kemudian, Aslam suro aku baca ayat:

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِِنِ
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(Ali-Imran: 139)

Lega sedikit hati aku membaca ayat ni. Aku hampir terlupe tentang ayat ni. Trimas Aslam sebab mengingatkan aku. Yer, Allah bersama kiter dan akan menolong kite andai kite beriman dan bertaqwa. Harus aku sematkan dalam jiwa aku. Lepas ni, ape pun result yg bakal aku terima, aku akan terima dengan hati terbuka, kerana sesungguhnya, aku percaya, itulah yg terbaik buat diriku.

Jadi, aku dan Aslam meneruskan hidup dengan mengulangkaji kertas 4 fizik. Kami x nak kecewa seperti hari ini, jadi, perlu kami bersiap sepenuhnya!!!

Photobucket

No comments: