>

Sunday, June 8, 2008

Suram

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ni betul2 aku diuji. Pepagi lagi, hujan turun, dan ini menyebabkan suasana sejuk dan nyaman sekali. Alhamdulillah, aku bangun pada jam 5.40 pagi. Namun, keadaan yg sungguh nyaman tu membuatkan aku terasa malas ingin ke surau dan ingin menyambung mimpi2 indah. Namun, syukur kepada Allah, aku dikurniakan chaletmates yg cukup supportive dan memberikan semangat kepadaku untuk berjemaah di surau. Suatu nikmat yg amat berharga.

Kaki melangkah dengan agak menggeletar kerana kesejukan melampau. Aku memeluk diri sendiri, cubaan untuk menghangatkan badan. Cepat2 aku berjalan untuk sampai ke surau. Alhamdulillah, Syauqi menjadi imam dan memberikan tazkirah. Namun, sewaktu tazkirah disampaikan, aku terperasan sumting:

Aik, xde junior langsung??

Namun, setelah tazkirah yg panjang lebar oleh Syauqi disampaikan, tidak kelihatan juge sorg pun junior. Aku risau. Aku berfikir,

Camne semester depan, time kitorg senior ni dah xde? Adakah Subuh di KYUEM akan ketiadaan jemaah?

Isy, aku terkeluar semula dari lamunanku. Moga2 x terjadi sebegitu. Mungkin ramai junior yg balik, yg seterusnya effect kepada jemaah Subuh. Senior, majoriti x balik, sebab ade exam. Tapi still merisaukan, dan bilangan ahli Subuh pun berkurangan, x kira daripada senior or junior, tapi yg aku lebih concern adalah junior, sebab mereka akan menjadi contoh teladan bagi pelajar baru semester depan.

Pertandingan 'spot junior di surau', jika berjaya, anda memang hebat

Semua orang tahu kut kelebihan solat jemaah ni. Aku nak berkongsi beberapa dalil, maybe untuk memperingatkan yg lupe dan menjadi penyuntik semangat untuk kiter bersolat jemaah.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda
(Muslim: 1034)

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran
(Muslim: 1038)

Jadi, marilah kiter kuatkan jemaah di surau. Mari sama2 kiter kuatkan azam untuk bersolat jemaah 5 kali sehari, terutama Subuh, sbab basernya, Subuh yg paling susah nak bangun kan? Ingatlah, walaupun susah nak bangun, tapi pahala Allah tu tidak ternilai. Aku nak mengulang ape yg pernah aku kata dalam satu tazkirah Asar:

Kiter tahu tentang kelebihan solat jemaah
Kiter mampu untuk pergi bersolat jemaah,
Tapi adakah kiter mahu untuk bersolat jemaah?

Cube kiter selami diri sendiri. Jika perlawanan bola seawal jam 2-3 pagi, kiter mampu bangun, dan siap semangat mengejutkan rakan2 yang lain, tetapi, Subuh pada 5.41 pagi, mengapakah susah nak bangun? Fikirkan lagi ketika Ramadhan, mudah je untuk kiter bersahur seawal jam 4.30 pagi, tapi mengapa Subuh yang start sejam lebih lewat, amat susah untuk kiter bangun?

Usahlah beralasan, tapi kuatkan azam, tingkatkan usaha untuk kiter bangun awal, seterusnya merebut ganjaran Allah di awal pagi. Benarlah kata pepatah Inggeris

The early bird gets the worm

Namun, dalam konteks kiter di sini, ganjaran kiter adalah sesuatu yg x ternilai, iaitu pahala dan syurga Allah.

Wallahu'alam. Nukilan daripada senior yg risaukan juniornya......

Photobucket

No comments: