>

Wednesday, June 11, 2008

An End

بسم الله الرحمن الرحيم

Berakhirnya kehidupan dengan sebuah kematian,
Berakhirnya pertemuan dengan sebuah perpisahan,
Berakhirnya A-level dengan........peperiksaan??

Alhamdulillah, pagi tadi, selesai menjawab kertas terakhir aku, iaitu kertas 5 Biology. Soalan die, quite ok, walaupun ade sesetengah tu aku jawab dengan ketidakpastian, tapi, biarlah sahaja, nak wat camne lagi er? Serahkanlah kepada Allah.

Tadi, sewaktu masih di dalam exam hall, dan ketika 5 minit sebelum masa menjawab tamat, sempat aku menjenguk ke sebelahku, iaitu Meor. Kelihatan beliau tersenyum-senyum, mungkin memikirkan yg beliau telahpun tamat exam. Begitu jelas keseronokan tergambar dari wajah beliau, tersengih sendirian di dalam exam hall tu, agak lawak. Kueh3 (dipetik dari Muadz). Akhirnya, ayat yg ditunggu-tunggu kedengaran jua:

Please stop writing, put down your pen, oleh Encik B.

Setelah itu, kami dilepaskan keluar, kelihatan ramai yg keseronokan, maklumlah, dah abis exam. Kelihatan Masrizan terlompat-lompat keriangan. Awang Najib dan Meor saling bergelak ketawa, memasing sungguh happy. Ada jugak yg tak melepaskan peluang bergambar di depan Great Hall. Namun, bertapislah dalam bergembira, kerana sesungguhnya, masih ada rerakan kiter yg still x abis exam.

Kepada yg belum abis exam, usahlah bersedih. Anda patutnya bersyukur kerana masih diberi tanggungjawab study. At least, anda dah jelas dan tahu apa yg akan dilakukan harini, iaitu menelaah pelajaran. Dan, x lama lagi, anda akan tamat jua peperiksaan, so, usahlah rasa down atau hilang semangat, tapi, teruskanlah bersemangat hingga akhir perjalanan ini.

Kepada yg da abis exam, ingatlah, ini cubaan daripada Allah. Allah menguji kiter dengan ujian masa lapang, untuk melihat samada kiter gunakan masa dengan baik atau sebaliknya. Sudah kedengaran kata:

Nak buat marathon movie

Nak main game

...dan sebagainya. Aku bukanlah nak menghalang korg melakukan sumer tu, tapi, janganlah sampai lupe diri, lupe agama dan sebagainya. Berakhirnya A-level x bermakna kiter x perlu study lagi. Hakikatnya, ilmu kiter amat sedikit dan masih banyak perlu kiter pelajari. Gunekanlah beberapa hari yg ada ni untuk menambah ilmu dari bermacam segi, agama, sains atau general knowledge. Bacalah at least satu buku sebelum anda menghabiskan waktu anda di kolej ini. Berazamlah untuk mengkhatamkan al-Quran sebelum anda menamatkan waktu di kolej ini. Banyak sangat benda bermanfaat yg boleh dilakukan kan?

Jadi, nasihat aku kepada diri sendiri terutamanya serta kepada pembaca2 blog ni, samada sengaja ataupun x, kawallah diri, betulkan niat. Teruskan berusaha memperbaiki diri, walaupun sudah tamat peperiksaan. Jauhilah daripada termakan godaan syaitan dengan membuang masa begitu sahaja.

OK. Berusaha!!!

http://quran.al-islam.com/GenGifImages/Normal/290X330-0/103/1/1.png

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Al-Asr: 1-3)

Photobucket

1 comment:

Awang Najib Bin Awang Mohamad said...

thats it
erk, nak bca buku lagi sebuah?
susah skit la..hehe