>

Tuesday, June 3, 2008

Biology + Economics = Biolocons???

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, ibarat sebuah rutin, selepas solat Isyak, aku mengajak Shuib untuk menziarahi kafe. Memang dah menjadi rutin kut, bagi aku kebelakangan ni untuk bertandang ke kafe, xtaula, selama 2 tahun kat kolej ni, amat jarang aku gi kafe, tapi dah nak abis kolej, makin slalu plak. Teringat pesan abah:

Kalau lapar malam2, makan jer, jangan takut spend duit

Jadi, menyahut seruan abah (hehehe), aku pun bertandanglah ke kafe. Kalau ikutkan hari2 sebelumnya, aku akan beli at least sebungkus Horlicks Ais. Sedap. Tapi, semalam, disebabkan kelaparan, aku mengorder mi goreng mamak.

http://i120.photobucket.com/albums/o182/resipidiana/BLOG%20RESIPI%20DIANA/MeeGorengMamak.jpg

Dan sesambil menunggu pesananku sampai, aku duduk di sebuah meja bersama-sama Shuib dan Afiq. Maka, terbukalah daun pintu kafe itu dan masuklah dua kujur tubuh yang masih hidup ke dalam kafe. Setelah ku amati betul2, baru ku sedar, itu adalah Zaim dan Hazim. Zaim mendekati meja kami dan berkata:

Jpah, x wish good luck ke kat bebudak Econs?

Aku jawab, nantilah

Post ni sebenarnya aku nak post malam semalam, tapi ditakdirkan Allah, time aku log in je ke dalam akaun blogger, munculla mesej server error. Jadi, bertangguhlah post ini sehingga ke hari ini. Maaf rakan2ku yg amik econs. Bukannya aku xnak wish, tetapi aku gagal berbuat demikian kerana masalah teknikal. Wahai fellow economists, jawablah sesungguhnya kerana anda akan menentukan masa depan ekonomi negara (wahh!!!).

The economy depends about as much on economists as the weather does on weather forecasters

Dan sebab kedua ialah kesibukan yang Allah hadiahkan kepadaku malam semalam. Alhamdulillah, aku tidur dalam pukul 1 pagi. Alhamdulillah, waktu aku tidaklah terbuang. Terima kasih kepada Adif, Haziq, Syarif, Iman dan Nazri yg banyak tanya kepadaku soalan P3, sampai x menang tangan dibuatnya. Puas aku mengajar vektor kepada diorg, walaupun, aku sendiri tidaklah sehebat mana. Tapi, aku seronok melayan diorg sebab at least, masa aku x terbuang dan aku pun dapat gak ulangkaji secara x langsung. TQ guys.

Kepada bebudak yg amik exam Biology Practical dan Economics kertas 4 harini, do your best, and leave the rest to Allah!!!

Doa dan usaha tangga kejayaan, andai niat di hati tulus suci....

Mulekan menjawab dengan Bismillah.....
Photobucket

1 comment:

Awang Najib Bin Awang Mohamad said...

ala, kalau nak makan tu makan je lah. x yah la nak kate menyahut seruan abah ko plak. alasan!haha. btw, mee goreng mamak cafe mmg sedap!