>

Saturday, June 7, 2008

Mode = Physics

بسم الله الرحمن الرحيم

Serius, langsung xde idea nak tulis ape. Otak skarang penuh ngan rumus2 Physics. Jadi, amat sukar nak berbahasa dengan baik. Huhuhu. Exam Physics Kertas 4 akan berlangsung hari Isnin ni. Agak heavy gak. Ade banyak lagi part yg belum aku cover sepenuhnya. Di kala aku menulis post ni, aku tengah buat past papers. Alhamdulillah, agak banyak gak yg aku pelajari pagi ni.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8f/Mi_goreng.JPG/800px-Mi_goreng.JPG
Ini bukan Mi Goreng DH

Mehla, aku cerita skit ape aku buat pagi ni, maklumlah, dah xde benda nak cerita. Pagi ni, kami bersarapan mi goreng. Agak sedap dan menyelerakan. Aku turut makan sekeping roti bersapukan mentega. Ketika makan, entah saper ntah yg cakap:

Esok nasi lemak yg second last la...

Memasing di meja tu terkesima. Baru kami sedar, hanya tinggal 2 minggu sahaja kami di kolej ni. Hanya ade 2 minggu jer kami semua akan bertemu. Dan semakin dekat habis kolej, semakin dekatlah aku akan menjalani OBS (arghh). 2 tahun kami di sini akan tamat dalam tempoh 2 minggu. Time ni, mulelah teringat kenangan2 silam pahit dan manis di kolej ni. Mulelah teringat hari pertama menjejakkan kaki ke kolej ni. Mulelah teringat pelbagai lagi pengalaman di sini, baserlah, dah nak kluar kolej. Aku xnak tulis pengalaman aku just yet, sbab aku akan tulis satu post panjang lebar pada masa yg sesuai nanti.

Lpas makan, terus je aku pulang ke chalet dan memulakan rutin aku seperti hari2 lainnya. Aku membuka buku Physics dan membuka bab Quantum Physics. Untuk pengetahuan korg yg x amik physics, Quantum physics ni adalah satu bab yg amat menarik, tapi, bagi aku, ianya adalah bab yg amat susah. Wave-particles duality, quark, gluon dan sebagainya. Bagi yg amik physics, anda rasa bab quantum physics mudah? Fikir semula. Niels Bohr pernah berkata:

If anybody says he can think about quantum physics without getting giddy, that only shows he has not understood the first thing about them.

Walaupun bagi aku, amat susah dan berat bab ni, tapi itu sebenarnya menjadi pembakar semangat bagi aku terus berusaha dan terus gigih menelaah buku yg bakal aku bungkus dan bagi kepada MUSCOM ni, hehehe. Teringat zaman2 memborong buku2 ni di RC Booksale, kini, tiba masanya melepaskan mereka pergi. Terasa sayang di hati (hahahaha).

Terdapat beberapa pelajar yg telah tamat exam A-level mereka. Antara yg aku tau da abis exam ialah Syafiq Misteri dan Fazdhly. Sungguh seronok rasanya apabila tiada beban lagi di dalam kepala. Tapi, mempunyai kelapangan masa adalah kelalaian bagi seorang pendakwah. Sibukkanlah diri anda dengan aktiviti berfaedah.

Kepada rakan2 Physics aku, selamat study elok2 dan selamat menjawab dengan baik Isnin ni. Moga Allah membantu kiter...
Photobucket

No comments: