Monday, June 30, 2008

Ready

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba. Esoklah hari yg amat 'dinantikan' oleh pelajar2 tajaan PNB, iaitu program OBS di Lumut yg akan mengambil masa 25 hari.

bebarang aku

Pepagi lagi, aku dah ada dalam bilik, mengemaskan barang2 untuk dibawa esok. Agak banyak barangku. Maklumlah, sbulan di sana. Setelah memilih baju2 untuk dibawa, aku lipat elok2 dan masukkan dalam beg. Kemudian, aku check equipments plak. Penknife, torchlight dan sebagainya. Semua dah tersedia.

Maka, esok pagi akan bermulalah program ini. Moga aku diberikan kekuatan untuk hadapinya...

Photobucket

Sunday, June 29, 2008

ESQ: Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini merupakan kesinambungan daripada sesi semalam. Seperti semalam, seawal pagi, jam 7.30 pagi, aku smpi ke Flamingo, terus sahaja aku makan di ruang makan yg disediakan. Makan butter cake sahaja dan minum sedikit air teh susu. Memang x selera sangat makan pepagi ni.

Masa berlalu

Terus sahaja aku nak ceritakan ape yg menarik berlaku masa ESQ. Sewaktu break untuk lunch, tetibe, ade pengumuman yg dibuat saudara Qobin. Beliau berkata:

Kepada nama-nama berikut, sile tunggu selepas ni

Ditakdirkan Allah, nama aku turut disebut. Jadi, aku menunggu di kala org lain bergerak untuk lunch. Cepatla skit, perut aku da lapar ni, aku berfikir. Kemudian, saudara Qobin bgtau:

Anda semua dipilih untuk makan bersama trainer, jadi pergila solat dulu, kemudian, 15 minit lagi, berkumpul kembali dalam dewan ni.

Lega aku, x terbuang masa makan aku. Aku pergi menghala ke ruang solat di tingkat atas. Selesai solat, kami berkumpul di pintu masuk dan check samada nama kami betul x? Lupe nak cakap, super senior aku, Firdaus Rahim turut ada namanya. Setelah semua da ade, kami masuk ke dewan. Kami dibawa ke backstage di mana meja dengan hidangan telah tersedia.

Nyum2, kami makan sambil bermesra bersama trainer. Turut dihidangkan, keropok yg dibawa khas dari Indonesia. Sedap gak. Kami memasing makan dengan sopan menggunakan sudu dan garfu.

Setelah lunch, program bersambung sampaila abis masa maghrib. Dan dengan ini, aku officially telah menjadi Alumni ESQ Mahasiswa Batch ke-3!!!!

Sijil dan Kad Alumni

Pengumuman: Tadi aku menerima SMS daripada Acipz, mengatakan mak sahabat kiter, saudara ShahRidwan a.k.a Pin telah kembali ke Rahmatullah. Sama2 kiter sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Photobucket

Saturday, June 28, 2008

ESQ: Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru balik dari ESQ nih, letih, so I'll make this post a brief one. Pepagi lagi, seawal jam 7.30 pagi, dengan menaiki kereta Naza Citra, abah memandu aku dan angah ke Flamingo Hotel. Sesampai je ke situ, aku terus ke kaunter registrasi. Sesambil mencari nama aku, aku terlihat satu nama:

Muhammad Firdaus Abdul Rahim

Hurmm, macam familiar name tu, tapi di mana ya? Okla, aku pun register. Dan yg tensyennye, namaku disalah eja, jadik Khuzaifah. Apakah? Xpela, maka, aku pun masuk ke dewan pada jam lebih kurang 8.15 pagi. Dalam mencari tempat duduk, aku ternampak Firdaus Rahim. Owh, memang betul super senior aku yang merupakan vice-president MUSCOM utk batch ke-7. Tapi, beliau duduk jauh daripadaku, x dapat aku nak menyapa.

The image “http://www.iluvislam.com/projects/admin/daus.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Maka, selepas tamatnya sesi pagi, tibelah masa untuk berehat. Aku sempat menyapa beliau dan memperkenalkan diri. Berikut perbualan aku dan beliau (FR):

Aku: Assalamualaikum
FR: Waalaikumussalam
Aku: Ni aku, Huzaifah, ingat lagi x?
FR: Owh, MUSCOM Multimedia kan?
Aku: Haaaa (sambil mengangguk)

Maka, kami berjalan bersama ke ruang makan. Kemudian, masuk kembali ke dewan untuk sesi seterusnya. Dan masa lunch, aku makan bersama-sama Firdaus. Seperti baser, mestilah die tny keadaan kolej. Pasal Mr Zaidi, Mr K dan sebagainya. Aku cube menjawab sebaik mungkin.

FR: Sape scholar of the year, Fiqry er?
Aku: Yer
FR: Die memang bagus kan?
Aku: Memang bagus pun, he deserves it
FR: Hebat, jarang scholar of the year bukan Oxbridge offer holder
Aku: Owh
FR: Segan la aku ngan die nanti
Aku: Pesal plak?
FR: Kan ke firm uni die Notts
Aku: Owh, yela kan (padahal x ingat)

Tu jela aku nak kongsi. Malas nak tulis pasal ape yg disampaikan dalam ESQ. Anas plak bergurau ngan aku:

Nanti masa MOC, bagi satu slot kat ko la

Hurmm.. Sungguh menggelabah. Tapi, macam yg dikatakan oleh fasilitator, ESQ ni adalah experiental training, bukan training yg melibatkan pemberian ilmu semata-mata, it is more about the experience we gained during the course. So, klu aku bgtau pun, x bermanfaat sangat, sebab ape yg diberitahu menyentuh hati. Lagipun, banyak modul die gune audio visual. Yg mampu aku kongsi, adalah buku ESQ, baca sendiri la yer!!!

http://wb4.indo-work.com/pfimage/26/s_219426_esqway165-200pixels.jpg

Letih, esok nak sambung marathon 8 jam ESQ. Nak tido awal.

Mode: Insaf lpas ESQ, moga keinsafan ini berpanjangan....

Photobucket

Away: ESQ

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://www.iluvislam.com/download/pictures/esq%20training/esq%20book%202.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Awal2 pagi lagi kena bangun, adeyh. Pukul 7.30 ni da nak berlepas ke Flamingo, sarapan di sana. Program ESQ start pukul 8 pagi.

Maka, akan bermarathonlah aku di sana selama 12 jam, iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam. Maka, sepanjang tempoh tu, memangla aku xkan update blog.

Tgu aku balik nanti nak tulis pasal ape aku dapat dlm ESQ, ok???

Photobucket

Friday, June 27, 2008

Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru balik daripada Solat Jumaat. Berpeluh aku, walaupun berada di dalam air-cond kereta. Sesak betul jalan. Maklumlah, semua baru balik dari solat Jumaat. 30 minit aku perlukan nak kluar dari Taman Kosas. Ditambah ngan budak nak pegi sekolah. Letih aku memutar stereng kereta tu. Namun, di kala sesak begini, jati diri seorang Islam x patut dilupakan. Hormat-menghormati, kesabaran, patut diamalkan, lelagi baru balik dari semayang kan?

http://www.dmaslayang.com/masjid.jpg

Aku sampai ke masjid Fatimah Az-Zahra awal, iaitu pada jam 1 petang. Dalam aku nak berjalan memasuki perkarangan masjid, kedengaran suara orang bercakap.

Aik, da start khutbah ke? Masuk waktu pun belum nih?

Lepas ambik wudhu', aku masuk ke dewan semayang utama. Kelihatan sorg ustaz tgh berceramah. Oooo, bkan khutbah, ceramah rupenya. Dan aku duduk mengambil tempat dan mendengar dengan teliti isi ceramah ustaz itu. Perkataannya tegas, dan bersemangat memang x tido aku. Aku nak petik 2 kisah yg diceritakan ustaz ni dalam ceramah beliau:

Kisah pertama, tentang sorg sahabat Nabi yang cacat. Apabila seruan jihad kerana perang dilaungkan, beliau dikecualikan daripada pergi berperang kerana kecacatan beliau. Namun, isteri beliau telah memberikan semangat kepada suami beliau ni untuk berjuang di jalan Allah. Berkat dorongan isteri, beliau bersemangat untuk berjihad dan berdoa agar mati di medan perang. Allah memakbulkan doa beliau dengan syahid di medan perang tersebut.

Pengajaran daripada cerita ni? Ustaz tu x cakap, tapi aku yg extract sendiri. Cerita ni menceritakan ciri2 isteri pilihanku. Beliau tidaklah mengkehendaki si suami berada di rumah sepanjang masa menemankannya, tetapi mendorong suami untuk keluar meninggalkannya demi menyahut seruan agama. Beliau amat memahami agama Islam dan tidak sesekali mementingkan diri demi kepentingan agama. Berapa ramaikah wanita yg sebegini hari ini? Berapa ramai yg sanggup melepaskan suami untuk suami menjalankan tugas agama? Hurmm, aku terpikir. Moga isteriku nanti memahami hal ini dan tidak sesekali menghalangku menjalankan tugas dakwah. Moga apabila aku tidak bersemangat, beliau akan membrikan dorongan kepadaku.

Kisah kedua, berkenaan seorang lagi sahabat Nabi yg cacat. Apabila seruan jihad dilaungkan, ramailah umat Islam yang menyerahkan harta untuk jalan Allah. Abu Bakar menyerahkan segala harta beliau. Umar beri separuh harta beliau. Usman beri 2/3 harta beliau. Namun, sahabat yang cacat ni adalah seorang miskin yg tidak berharta. Walau demikian, beliau masih ade keinginan untuk menyumbang ke jalan Allah. Jadi, beliau minta untuk bekerja di sebuah ladang tamar seorang Yahudi. Kerjanya, menyiram pohon tamar. Dengan kecacatan beliau, diriwayatkan beliau menggunakan gigi untuk mengangkat air dari perigi dan kemudian disiram ke setiap pohon tamar. Gaji beliau melakukan kerja separuh mati tu, hanyalah beberapa biji tamar. Namun, beliau serahkan juga kepada Rasulullah. Dan Nabi meletakkan tamarnya itu di atas semua harta2 sedekah yg lain.

Ape pengajarannya? Kiter dapat tgk kan, kegigihan sahabat Nabi ni, meskipun beliau x berkemampuan. Tgk balik diri kiter, kerdil sangat nak dibandingkan dengan sahabat ni. Nak derma di masjid bukan main susah (especially diriku), apatah lagi nak buat benda2 lain? Moga kisah ni dapat menyuntik semangat kiter untuk bersungguh-sungguh berusaha untuk berbakti kepada agama yg suci ini.

Tu je, moga bermanfaat.
Photobucket

Another 4 days

بسم الله الرحمن الرحيم

Another 4 days untuk ape? Of course, untuk aktiviti yg paling 'ditunggu-tunggu' pelajar2 tajaan PNB, iaitu OBS. Hurmm, menanti.

The image “http://www.mcnblogs.com/filmfatale/Kingdom%20of%20heavenposter.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Harini, alhamdulillah, da abis download Kingdom of Heaven. Aku x tgk lagi, so xleh nak bagi komen. Tapi, di kolej dulu, ramai la yg da tgk dan rekomen utk aku tgk. Diorg kate cerita ni x bias. Cerita pasal Crusade War atau nama Melayunya Perang Salib. InsyaAllah, petang ni akan tonton.

Mulenya, nak abiskan tgk pagi ni, tapi, tanggungjawab yg lebih utama lagi perlu dilakukan, iaitu fetch angah dari UPM. Namun, kemalasan untuk drive menyebabkan along terpaksa drive. Adam merengek2 nak ikut kami, tapi, mak x bagi. Mak memegang Adam yg menangis dan kami meniggalkan rumah. Kesian plak.

Kereta meluncur laju di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2). Perjalanan pergi alhamdulillah, lancar. Kereta agak banyak, tapi pergerakan lancar tanpa ada berhenti. Sepanjang perjalanan, aku mendengar mp3 melalui telefon bimbitku. Lagu yg aku dengar:

Atas Nama Cinta
Mahar Cinta
Mencari Yang Maha Satu
Hadiah Buatmu Teman
Erti Syukur

Memang 5 lagu ni favourite aku, asyik dengar ulang2, tapi x busan2. Huhuhu. 30 minit kemudian, kami sampai ke UPM dengan selamat. Angah turun membawa barang2 beliau. Kereta meluncur kembali masuk ke MRR2. Alhamdulillah, perjalanan pulang juge lancar. Terasa sekejap je tempoh perjalanan pulang. Kalau pergi tadi, rasa lama amat. Mungkin ni maksudnya Relativity of Time menurut Einstein (bukan Fitri).

Owh, hari ni hari Jumaat, maka, diwajibkan bagi para Muslimin untuk bersolat Jemaah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu'ah: 9)

Dan yess!!! Along off harini, maka, bolehla aku ke masjid dengan menaiki kereta.

Photobucket

Thursday, June 26, 2008

Movie Day

بسم الله الرحمن الرحيم

http://gerakansholat.files.wordpress.com/2007/10/logoesq.jpg

2 hari lagi, aku bakal menghadiri bengkel Emotional Spiritual Quotient (ESQ) yang bertempat di Flamingo Hotel Ampang. Kursus ni bakal berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad dan akan mengambil masa sepanjang hari. Kemungkinan aku x update blog sangat dalam tempoh tu.

Di kala aku menulis post ni, aku baru je menikmati jus buah yang amat fresh, of course melalui peel fresh, x sanggup aku nak extract sendiri jus tu. Sejuk, sedap, nikmat. Sesambil tu, aku menonton berita, mahu gak mengetahui ape yg berlaku di sekeliling kiter.

Hari ni, aku rasa movie marathon untuk aku. Aku ni bukanlah seorang movieholic, tapi memang ade beberapa movie yg aku nak sgt tgk. Antara movie yg aku enjoy tgk adalah Armageddon, Die Hard, Transformers dan Alien vs Predator. Dan harini, sumting extraordinary berlaku. Aku layan 3 movie!!! Semalam, dengan bantuan seseorang, aku dapat download movie latest mahupun yg lama.

http://www.filmclub.es/wp-content/uploads/2007/09/avp2.jpg

Movie pertama, Alien vs Predator: Requiem. Walaupun ramai yg x suke tgk cerita ni, pasal berlendir dan menggelikan, tapi aku enjoy je. At least, xdelah menjijikkan seperti cerita Saw dan Freddy vs Jason. Aku ingat lagi, aku tertidur masa tgk Freddy vs Jason, sebab buhsan amat pembunuhan mereka. Aku nak sgt tgk movie ni pasal aku dah tgk movie pertama yg best. Ia berkenaan peperangan antara Alien dan Predator, dua makhluk asing. Dan movie kedua ni memaparkan Alien yg da hybrid ngan predator menyerang sebuah pekan kecil. Dan seekor predator turun ke bumi untuk annihilates those aliens. Namun, seperti baser, manusia yg terhimpit di tengah2 peperangan ni. Aku lebih suke AvP: Requime banding AvP dulu sebab ianya berlaku di bandar. Maka, banyaklah tembak menembak, banyaklah letupan dan lebih mencemaskan.

The image “http://thecia.com.au/reviews/i/images/incredible-hulk-poster-0.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Lpas tu, aku menonton plak The Incredible Hulk yg aku da download semalam. Movie ni baru keluar bulan ni kalau x salah aku. Ape yg menarik cerita ni adalah CG yg mantap, Hulk tu seolah2 hidup. Dan seperti baser, aku suke sebab banyak letupan, kereta pecah, bangunan runtuh tembak-menembak. Dan menariknye dengan filem kali ni adalah ade dua Hulk. Satu Hulk jahat dan satu Hulk baik. Dan yang menariknya, seluar hero x pernah koyak time die jadi Hulk, sebab die memang pakai seluar stretchable, atau bersaiz besar? Menarik kan?



Dan filem ketiga harini adalah The DaVinci Code. Aku pernah baca novel die satu ketika dulu, sempat gak abis first chapter, huahuahua. Ape yg menarik pasal cerita ni adalah misteri yang menyelubungi setiap plot. Banyak puzzle perlu diselesaikan dan orang jahat adalah orang yg x disangka, penuh kejutan! (x same dgn cerita hantu yang hanya penuh kejutan berlandaskan jeritan). Agak menarik, sebab aku pernah tgk documentary pasal Holy Grail, jadik, aku agak memahami ape yg diperkatakan diorg. Although ade sesetengah maklumat tu disangkal ahli sejarah, tapi, jelas bez ceritanya. Kekompleksan dan ketelitian penulis menulis novel ni memang patut dipuji. Walaupun cerita ni banyak menyentuh Christianity, tapi aku tetap enjoy, sebab membuat aku tahu banyak maklumat pasalnya. Dan aku x abis tonton lagi cerita ni, sebab ade keje lain. Malam ni akan sambung.

Banyak btul nak buat cuti ni. Malangnya, OBS da dekat. Aku nak abiskan baca koleksi novel Sherlock Holmes yg dah lama tertangguh disebabkan A-level dulu. Huhuhu, baru abis satu je siri, iaitu The Sign of Four. Aku ingat nak download movie Nancy Drew, pun pasal penyiasatan, tapi x berhasil lagi, sebab website yg aku download semalam da down. Pastu, nak tgk Kingdom of Heaven plak, yg org war-warkan bez amat. Nak abiskan baca La Tahzan yg berzaman tertangguh. X abis lagi baca Fiqh Awlawiyyat, x abis browse through fatwa, muasirah Yusof al-Qardawi. E-books Harun Yahya pun berlambak amat aku nak baca. Bilerkah nak baca sume ni?

Kat OBS nanti xleh bawak laptop ke???

Photobucket

Sphygmomanometer

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ni, selesai membuat medical check-up untuk ke program OBS. Pada mulanya, aku pening, nak buat kat hospital ke or kat klinik sudeyh. Tapi, setelah berbincang ngan rakan2 PNB,

Nine: xsilap ak buat yg simple nye. tp tadi mak aku suruh buat semua. ak tanye sr die kate xyah gile2 pon. mior pon buat kejap je

Nazri: aku tak wat lagi..tapi aku nak wat y simple jer. kan dkat borang tu y simple jer.. dia tak request pon menda2 lain kan??

Alia:
tp xray cume kalau nak buktikan sakit

Nurman:
biasa punye rasanye..

Dan seseorang bernama anissa_kyra tulis dlm blog aku: salam...sy bakal gi OBS kat lumut tu esok...selama seminggu... start 25 hb sampai la 1 july... awk wat medical check up yg simple sahaja...jz nak pastikan awk fit @ x utk wat physical xtvt...

Jadi, aku membuat keputusan untuk membuat checkup di klinik berdekatan, yang hanya 5 minit menaiki kereta. Seawal pagi, pada jam 9.45 pagi, aku bersiap dan bertolak dengan memandu kereta Kancil ke klinik Idzham. Masuk je ke klinik, terus aku pass borang OBML kepada nurse yg bertugas di kaunter.

Klinik Idzham yg aman damai

Hampir 10 minit aku menunggu, akhirnya, sampai juge giliran aku

Muhammad Huzaifah, sile ke bilik 1

Aku masuk ke bilik satu. Name doktor tersebut, x ingat sgt, mungkin Maizatul Akma? Sori doktor. Tapi doktor tu amatlah peramah orangnya. Teringat plak kat Puan Khairiyah, eksekutif IT di kolej. Beberapa test simple dijalankan. Menggunakan sphygmomanometer dan stetoskop, blood pressure aku diteliti. 120/80, normal, alhamdulillah. Kemudian, disuruh aku baring dan dicek perut, abdomen dan heartbeat aku. Alhamdulillah, segala-galanya normal. Dicheck plak berat dan tinggi aku. MasyaAllah, beratnyaaaa!!! Xpe, lepas OBS, akan turun 10 kg (yakin jer).

Walaupun ade alat ni di rumah, tapi kalau perlukan certified doctor
bagi mengesahkan keputusan...

Kemudian, aku disoal siasat oleh doktor. Adakah aku mempunyai penyakit asthma, epilepsi, sakit jantung, dan sebagainya. Aku dengan selamba menjawab,

Saya selsema

HAHAHAHA, doktor tergelak terbahak-bahak. Aku x paham, aku x buat lawak.

Kemudian, pemeriksaan tamat. Aku dikehendaki mengambil borang yg telah dicop di dispensari. Setelah tgu 5 minit, aku dipanggil ke dispensari dan dikehendaki bayar RM 32. Kemudian, aku keluar dari klinik dan memandu dengan gembira ke rumah....

(knape aku letak tajuk post shygmomanometer? Sbab aku rase cambest, huahuahua)

Photobucket

Wednesday, June 25, 2008

OBS

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://www.outwardbound.my/images/header.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Owh, diz time it's about OBS. Some of my PNBians frens said that OBS stands for

Oh
Begitu
Seronok

But deep in my heart, I strongly believe that OBS stands for

Oh
Bapak
Sekejap

25 days doing.... strenous activities? Like a slimming programme for me, hehehe, thinking it in a positive manner. Like what seniors said, this is your opportunity to lose 25 kg in a month! Fellow PNBians, don't miss me coz you'll be bored seeing me during our 25 day 'holiday' in Lumut. Can't wait for OBS!!!

Owh, and PNB called this morning, giving me the details of our programme that day.

Date: 1 July 2008
Assembly point: 30th floor, PNB Tower
Time: 9.00 a.m.

Haven't done my medical checkup yet. Hurmm, maybe tomorrow.
Photobucket

Anticipating

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah aku cakap kan yang aku suke amat membaca buku Life is an Open Secret? Buku karangan Sis Zabrina, seorang penulis dari Malaysia ni amat simple, yet very inspirational. Bahasa Inggeris yg digunakan amat simple dan gaya penulisan yang amat friendly. Walaupun beliau tidaklah famous di Malaysia dan bukunya pun xdela famous di sini, tapi di UK, USA dan Canada, buku ni hot giler.

Memaparkan 18 secret yang merupakan inspirational stories, beliau bijak menarik hati para pembaca. Beliau gak banyak quotes al-Quran dan Hadis. Memang aku dah lama mencari buku motivational stories yang bersandarkan Islam. Sebab memang aku suke baca buku Chicken Soup of The Soul, tapi nak carik buku seakan-akan tu yang Islamic amatlah susah. Alhamdulillah, dah bertemu.

Buku pertama Sis Zabrina, Life is An Open Secret: Think About it? dah aku abis baca beberapa bulan lepas. Masih berbekas di hatiku segala analogi, quotes, dalil2 (walaupun banyak da lupe) dan cerita2 dalam buku tu. Dan semalam, menerima updates terbaru dari Sis Zabrina. Buku kedua beliau bertajuk Life is An Open Secret: You, Me and We akan berada di pasaran x lama lagi. Design buku ni lebih kurang je ngan dulu, cume warna kulit dah bertukar jadik warna ungu.

[Life+is+an+Open+Secret-+You,+Me+and+We+Book+Cover.jpg]


Mungkin buku ni akan keluar masa aku dalam OBS. Huuuuu, sedeyhnya. Xpe, abis je OBS, akan ku berkejar ke MPH atau Kinokuniya untuk carik buku ni. Xsabar nak membacanya. Kepada korg yg x kena OBS, berkejarlah membeli buku ni, dan bacalah, moga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, June 24, 2008

Haramkan Gincu dan Tumit Tinggi???

بسم الله الرحمن الرحيم

Utusan menyiarkan berita bertajuk:

Wanita Islam Kelantan dilarang pakai gincu, kasut tumit tinggi

Berita penuh boleh didapati di sini

Berita Harian pun turut menyiarkan berita dengan tajuk yg sama. Berita penuh boleh didapati di sini.

Pantang kerajaan Pakatan Rakyat buat sumting, ade je yg x kena. Dan lebih pelik, sume berita dalam akhbar utama seolah-olah nak menyerang dan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Aku bukanlah penyokong mana2 parti, tapi amat benci dan jijik aku tgk berita murahan yg x meliputi segala aspek dan hanya menyiarkan sesuatu secara tergantung dan memutarbelit. Sebut je ape2. Pembalakan di Kedah. Penutupan tadika di Kedah. Kekurang ajaran Pakatan Rakyat kepada Sultan, dan banyak lagi yg malas aku nak senaraikan.

Aku akui, memang ade antara kes2 tersebut merupakan kesalahan Pakatan Rakyat, tetapi yg menjijikkan dan menggeramkan hati ialah apabila cara penulisan berita tentang ini adalah seolah-olah menyalahkan Pakatan Rakyat. Klu berita pasal kerajaan, penulisan seolah-olah mereka x bersalah, nampak baik je. Tgk je berita masa perlantikan MB Perlis dan Terengganu, nampak berhemah je kan? Itupun klu x baca media alternatif.

Pasal larangan bergincu dan bertumit tinggi di Kelantan, betulkah berita tu? Aku menyokong tindakan MPKB, bukanlah sebab aku sokong PAS, tapi aku sokong Islam.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur: 31)

Aku amat memuji inisiatif kerajaan Kelantan untuk mewujudkan masyarakat Islam. Tapi, yg peliknya, ade plak org Islam sendiri yg lantang membingitkan telinga menjerit2 membangkang cadangan ini. Adakah semata-mata lain aliran politik, apa2 pun yg dibuat parti berlainan aliran dianggap salah? Adakah semata-mata lain aliran politik, kebenaran dinafikan? Hukum Islam ditolak kerana politik? Malas nak terangkan pepanjang psl hal ni. Baca sendiri penjelasan pasal hal ni. Perkara sebenar tentang isu gincu dan tumit tinggi boleh dibaca di sini:

PAS

Photobucket

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian



Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Aku bukanlah org terbaik nak menyampaikan hal ini. Tapi, benda yg baik, perlu disebarkan. Sesungguhnya, aku jauh daripada baik untuk bgtau hal ini. Terlalu banyak benda yg aku buat bertentangan dan salah di sisiMu.

Kengkadang aku lemah, melayan hati dan perasaan. Tika aku kuat, aku tak berhikmah dalam bertindak, menyakiti hati dan perasaan orang lain. Aku buntu. Aku celaru. Aku menangis setiap malam memikirkan dosa-dosaku.

Kawan-kawan, teman dan taulan, di kala iman aku lemah, ingatkanlah aku dengan berhikmah, di kala iman aku dikuatkan, sokonglah aku. Aku hanyalah hamba yang lemah, amat takut untuk aku masuk ke neraka.

Ya Allah, bantulah aku, bimbinglah aku agar aku melakukan perkara yang baik dan tidak terpesong dari jalanMu....
Photobucket

Done

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, sekitar jam 9.45 pagi, dengan menaiki kereta Perodua Kancil, aku berlepas ke kedai tempat aku hantar nametag untuk dilaminate semalam. Sesampainya aku ke kedai tu, aku tny pakcik yg ade kat kaunter,

smalam, saya ade buat nametag, 120 keping

maka, beliau seakan memahami ape yg aku maksudkan. Beliau menunjukkan aku ke arah sebuah kotak yang penuh berisi nametag dah siap dilaminate, ditebuk lubang dan dipasang tali. Memang mantap dan efisien. Aku membelek2 nametags tersebut dan berpuas hati dengan hasil kerjanya. Aku membayar baki duit lalu aku berlepas pulang ke rumah.


Alhamdulillah, satu lagi tugas dan tanggungjawab sudah terlaksana. Lega aku apabila tugas untuk Muslim Overseas Camp dah siap. Barulah dapat aku menjalani Kem OBS dengan tenang. Urmm, cakap pasal OBS, still aku x isi lagi borangnye. Medical Checkup pun blom buat. Tinggal beberapa hari je lg. Hari Sabtu n Ahad ni plak nak gi ESQ kat Flamingo. Namun, ade perkara yg memeningkan aku. Perlu ke buat x-ray untuk medical checkup ni. Klu tgk borg tu, die cakap buat klu ade perkara yg disyaki sahaja.

Kepada rakan2 PNB yg bace blog aku nih, korg wat camne? Buat medical checkup yg simple, or advanced? Jawabla plz....

Ok, nak chow, nak melayari blog org lain....


Photobucket

Monday, June 23, 2008

Amanah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari kedua bercuti. Tepat seminggu lagi, aku akan menghadiri kem OBS anjuran PNB. Kem yg juge dikenali sebagai Survival Camp ini bertempat di Lumut dan akan mengambil masa selama 25 hari. Yer, jgn x percaya, kem 25 hari. Suatu jangka masa yg x pernah dibuat pihak lain, melainkan PNB. Tarikhnya ialah 1-25 July 2008. Maka, kemungkinan BESAR aku x boleh mengupdate blog dalam tempoh tu. tapi, mungkin gak aku update, tapi x sefrequent selalu.

Jadi, bagaimana cuti anda bebudak KYUEM dan ex-KYUEM? Produktif dan inovatif? Ataupun sekadar membuat lemak dan tahi mata? Aku dah start program membuat tahi mata apabila tidur dgn banyaknya. Cume, pagi tadi, agak kurang tahi mata terhasil apabila selepas Subuh, aku menggunting 120 nametags untuk Muslim Overseas Camp. Yerla, kalau x buat skarang, bile lagi nak buat? Lepas ni dah kena penjara.


Terima kasih kepada ex-schoolmate, Aslam kerana sempat menolongku menggunting 30 keping di kolej sebelum cuti dahulu. Kurang skit rasa beban ni. InsyaAllah, petang ni akan drive ke Taman Kosas untuk beli tali dan laminate nametag tersebut. Harap dapat siap b4 OBS, baru boleh pergi berjuang di Lumut dgn aman. Terima kasih juge kepada Treasurer, Izzat Hanafi yg allocate duit lebih dari mencukupi untuk aku membuat nametag ni.

TQ kepada Aslam yg menolongku memotong

Nametag bukanlah sesuatu yg penting pun. Klu xde nametag, still program boleh berjalan kan? Aku terfikir begini pada mulanya. Dan aku terfikir untuk give up the nametag thingy. Rasa xnak buat. Perasaan malas mule menghantui diri. Bukannye ape pun klu xde nametag kan? Tapi Alhamdulillah, Allah memberikan peringatan melalui hambaNya. Seseorang berkata kepadaku:

Ini amanah yg org dah beri, x kesah la benda tu penting ke x, tapi tu tetap amanah

Aku terdiam. Amat benar kata-katanya. Lagipun, dah buat separuh jalan, xkan nak berenti camtu je? Aku berfikir lagi. Terbaca pula firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Anfaal: 27)

Kepada rakan-rakan, pembaca blog mahupun sesape saje, andai aku terlupa, terleka dan terlalai daripada menjalankan tanggungjawab, atau andai aku melakukan sesuatu yg salah di sisi agama, maka, tegurlah aku.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى
Oleh itu berilah peringatan kalau-kalau peringatan itu berguna
(Al-A'ala: 9)

Wallahu'alam. Doakan aku x cepat mengalah
Photobucket

Sunday, June 22, 2008

Kerinduan

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam, pada jam 9.39 malam, aku menerima mesej daripada Firdaus YT (Pidah) yg berbunyi:

Salam.. Td ms brenti mkn kat hntian tmrloh, nmpk ada org jual samosa.. So, tringat kat ko

Agak terkedu aku membaca mesej beliau. Agak sedih dan rasa rindu kepada rakan2. Baru beberapa jam tinggalkan kolej. Perasaan rindu makin menjadik-jadik. Terlalu banyak kenangan di kolej tu. Isk. Harini hari Ahad. Routine hari ni di kolej basernya makan breakfast nasi lemak di Dining Hall. Tapi, x dapat aku mengulangi rutin itu lagi, lebih2 bersama rakan2.


Teringat juge saat ketika Ramadhan. Aku dan Shuib bangun pada jam 4.30 pagi. Kami basernya menjadi orang pertama tiba di Dining Hall untuk bersahur. Berjalan dalam gelap, di mana xde org bangun lg. Kemudian, saat bersolat tarawikh dan menguruskan moreh. Bersama-sama ke dining hall untuk mengangkut air dan makanan. Bersama-sama membasuh segala peralatan selepas moreh.

Eh, rindu gile kat kolej, kat life kat sane.

Kepada rakan2 batch ke sembilan, jumpe masa MOC. Well, kecuali bebudak PNB ygakan kebuhsanan tgk muke aku selama 25 hari. Moga ukhuwah berkekalan.

الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(Az-Zukhruf: 67)

Photobucket

Saturday, June 21, 2008

KYUEM Tag

بسم الله الرحمن الرحيم

Duh, letih giler badan ni. Baru balik dari kolej. Dan kali ni, aku balik dengan nama 'bekas' pelajar KYUEM. X sangka da abis kolej. Isk, time ni la segala kenangan sepanjang 2 tahun mule timbul satu persatu. Awards Day tadi, ape nak citer yer. Banyak sebnarnye nak cerita, tapi, amatlah letih badanku nak menulis pepanjang. Baju pun banyak nak basuh. Letih. Maka, esok je la aku cerita pasal Awards Day. Kali ni aku juz layan KYUEM tag. Pernah juge ditag beberapa kali, tapi malas nak layan. Tapi, kali ni, sbab da letih sgt nak menulis benda lain, dan sebab perasaan kat kolej still kuat, aku layan je la...


1. What do you love most of kyuem?
Friends

2. What do you least love of kyuem?
Monkeys

3. Favourite place in kyuem?
Musolla

4. Favourite activity in kyuem?
Study.... Xdela, huhuhu, makan samosa bersama Firdaus, makan breakfast bersama Shuib n Yahya


5. What you would most likely miss about this place?
Kenangan bersama MUSCOM

6. What you would not miss at all about this place?
again, monkeys...

7. This place teaches you...
How to be a leader (benarkah?)

8. Favourite teecher?
Mr Azman


9. Favourite non-academic staff?
Pn Kasthuri

10. Would you return to visit this college in the future?
Of course, peliknye soalan, kan ke nak amik result?


11. If you don't come here, you would probably never in your entire life found...
The 9th batch of KYUEM

12. The one thing you can never seem to understand about this college is...
The crazy internet connection

13. If you could have it your way, the tagline for kyuem should be...
A peaceful and wonderful college (ntah, xde idea)

Photobucket

Friday, June 20, 2008

Full Dress Rehearsal

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini hari Jumaat. Sedar x sedar, tinggal kurang 24 jam lagi sebelum aku mengabiskan waktu aku di kolej ni. Aku berfikir, 24 jam akan datang, kemungkinan aku berada di rumah, andai umur panjang dan murah rezeki.


Harini, full dress rehearsal. Maksud bahasa Melayu, latihan berpakaian lengkap. Tapi, ade sebilangan yg masih tidak memakai pakaian lengkap, maka, Puan Rog pun mulelah berleter. Kemudian, dicheck pulak pakaian setiap graduan. Yang berpakaian merah kena leter, yg tidak bertudung cerah pun kena leter. Moga2 esok berjalan lancar.

Kemudian, rehearsal mengambil sijil dijalankan. Mr Azman memainkan peranan sebagai pemberi anugerah. Alhamdulillah, aku mengambil anugerah dgn lancar. Mr Azman berkata,

All right, that's good

Ade juge sebilangan pelajar yg berjalan di atas pentas sambil membuat lawak kering. Beberapa kali dewan bergema dengan sorakan dan gelakan pelajar.


X sangka, aku da sampai ke hari terakhir aku di kolej ni. Rasa baru smalam menjejakkan kaki ke kolej tercinta ini (ayat skema). Aku ingat, ketika ini pada tahun lepas, aku sedang prepare untuk Ecotrip. Perasaan yg sama seperti hari ini, di kala melihat para senior meninggalkan kolej. Masih aku ingat kata Azamudin:

Update blog MUSCOM bebaik

Dan hari ini, saat ini, aku berada dalam situasi mereka. Aku adalah pihak yg akan meninggalkan kolej ini. Akulah orang yg bakal berkata:

Update blog MUSCOM bebaik

kepada junior2 ku.

Kolej ni begitu banyak mengajar aku erti kehidupan (ayat skema seperti baser). Di sini aku menemui erti persahabatan. Di sini aku mengenal kehidupan dunia sebenar. Di sini aku belajar berdikari. Di sini aku belajar menjadi pemimpin. Di sini aku belajar erti tanggungjawab. Di sini aku belajar cara berkomunikasi. Di sini aku belajar menjadi manusia (ayat drama).

Esok, percaturan terakhir aku di kolej ini. Saat2 terakhir bersama sahabat yg best2. Sahabat2 yg menjaga aku ketika aku sakit. Mengetahui andai aku bersedih. Memahami andai aku terluka. Akan ku hargai persahabatan ini. Akan ku kenang saat ini. Moga persahabatan kekal abadi.

Photobucket

Majlis Wida'

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam telah berlangsungnya Farewell Ceremony atau lebih dikenali sebagai Majlis Wida'. Selepas Maghrib, sebuah forum bertajuk ukhuwah dijalankan. Forum tersebut telah berlangsung selama hampir sejam dan tamat pada jam 9.15 malam. Kemudian, kami bersolat Isyak secara berjemaah.

The image “http://i10.photobucket.com/albums/a112/bigbosses/DSC00596.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Selepas solat Isya', kelihatan para seniors dah x sabar2 nak berpelukan. Namun, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil seniors, Hazman dan wakil juniors, Arif Ismail. Kemudian, saat yg dinanti akhirnya tiba. Sesi bersalaman dan berpelukan. Seperti juga tahun lepas, sebuah bulatan lelaki dan sebuah bulatan wanita diwujudkan. Kelihatan juga orang yg menangis. Sungguh best aku tgk keadaan smalam. Inilah masa nak mintak maap ngan kawan2, lpas ni mungkin dipisahkan dengan jarak dan masa. Tapi, jangan pulak mintak maap smalam je, pastu dah buat jahat balik.

Kepada para seniors, maafkan aku andai aku x brape mengenali korg. Maafkan aku atas segala kekasaran. Maafkan aku atas segala keegoan. Halalkanlah segala makan minum. Maafkan aku andai aku ada sakitkan hati korg. Semoga korg akan berjaya dalam apa jua yg korg akan lakukan di masa hadapan. Ingatlah kenangan kiter bersama di sini. Ingatlah segala suka duka kiter di sini. Ingatlah segala cabaran dan dugaan yg kiter hadapi. Ingatlah saat kita makan bersama. Ingatlah saat kiter buat presentation dalam kelas. Ingatlah saat kiter ulangkaji bersama. Ingatlah saat kiter berjalan bersama ke surau. Ingatlah saat kiter bermain bersama. Ingatlah saat kiter panjat tangki air (opps) bersama.



To juniors, ingatlah, anda ada setahun lagi di bumi KYUEM nih. Percayalah kat aku, setahun tu x lama. Hargailah masa korg kat sini. Berseronok, seronok gak, tapi jangan lupe diri. Kuatkanlah semangat antara batch, dan gunakan semangat tu untuk berdakwah kepada batch korg. Tunjukkanlah contoh teladan yg baik kepada junior korg yg bakal masuk nanti. Jagalah perhubungan lelaki dan perempuan. Jangan rasa busan untuk berdakwah. Study bebetul dari awal, jangan menyesal kemudian hari. Maafkan aku andai setahun bersama, aku x brape mengenali korg.

Sampai situ je la, moga ukhuwah berkekalan.
Photobucket

Thursday, June 19, 2008

Strike, Spare and Split

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yg telah diplan sekian lama, projek terbesar yg pernah dihandle oleh Syauqi telah berlangsung. Program yang diberi nama 'Biology Class Farewell Party' ini bertempat di Bukit Beruntung. Program yang diplan sekian lama oleh Syauqi ini akhirnya berjaya dilaksanakan. Tahniah Syauqi!!!

Pada jam 5.00 petang, kami berkumpul di hadapan pondok pengawal. Kami menunggu kenderaan yg bakal kami naiki. Pada masa yg sama, pelajar yg nak gi Student External Dinner turut hendak bertolak. Tunggu punya tunggu, akhirnya, tibalah jua sebuah van sekolah untuk mengangkut kami ke Bukit Beruntung. Hanya Syauqi dan Hazman menaiki kereta Mr Azman manakala selebihnya menaiki van.


Setibanya kami di Kelab Bukit Beruntung ni, Hazman registerkan kami. Kami register 2 game, 4 lane, di mana 2 lane untuk laki, 2 lane untuk wanita. Pusingan pertama, tangan masing2 masih belum cukup flexible membaling bola, termasuklah aku. Bola yang dibaling asyik masuk ke longkang. Ibarat kata Azim:

Bolehla buat community service cuci longkang lpas ni

Namun, dalam perlawanan pertama, Syauqi, Azim dan Mr Azman mendominasi permainan. Mereka asyik mendapat spare dan berjaya menjatuhkan banyak sekali pin. Aku, amat jauh sekali. Hampir 2 tahun aku dah berenti main boling, terasa kaku tangan ni membaling. Namun, aku bukanlah orang yg mendapat kutipan mata terendah kerana hakikatnya, masih ada yg lebih rendah. Anda ingin tahu sape? Xpela, biarlah menjadi rahsia kami.


Asalnya nak main 2 game je. Tetapi, kerancakan permainan menyebabkan kami menambah satu game lagi. Masuk game kedua, permainan bertambah hebat. Masing2 sudah nampak improvement. X tau kenapa, menjelang Maghrib, banyak strike didapati. Ibarat kata Syauqi,

Nampak bertanduk je bola tu

Selesai bersolat Maghrib, baki permainan ketiga diabiskan. Alhamdulillah, dalam permainan ketiga ni, tangan sudah agak lembut untuk membaling bola. Prestasi Azim dan Syauqi agak merudum dalam pusingan ini. Ini membuka ruang untukku mencelah. Berkat doa rakan2 di kolej, Alhamdulillah, berjaya melakukan dua strike berturut2 disertai dengan satu spare. Hal ini terus melonjakkan markahku kepada 125 mata (je), lalu dinobatkan oleh Mr Azman sebagai juara. Aku mendapat hadiah berupa sebuah beg galas. TQ Mr Azman!

Markah aku adalah yg berabjad 'J' itu

Kemudian, perut sudah semakin lapar. Mr Azman mengajak kami untuk makan di restoran berdekatan. Pada mulanya, Mr Azman menghantar Puan Halijah berserta pelajar perempuan untuk ke situ. Kemudian, trip kedua, untuk pelajar lelaki. Miraculously, kami bertujuh muat untuk masuk ke dalam kereta sekaligus! Yer, jangan x percaya. Bayangkan, di dalam kereta Wira, ada 7 orang yang bukan calang2 sizenya. Hafizuddin, Meor dan Hazman memangku Firdaus, Jimah dan aku manakala Syauqi diapit di tengah2. Agak meriah walaupun dalam kesmepitan. Hal ini memeranjatkan Puan Halijah apabila beliau melihat kami semua keluar dari satu kereta. Boleh masuk World Record!

Kami makan di restoran bernama Anjung. Disebabkan Mr Azman belanja, kami makan dengan senang hati. Aku, seperti baser, mengorder nasi pattaya. Aku amat suke rasa supnye. Sedap. Aku juge turut makan udang masak tepung. Kemudian, kami memasing menambah makanan setelah dipelawa oleh Mr Azman (pantang dipelawa). Kami juge turut merasa ikan siakap 3 rasa yang sekejap sahaja habis dibalun pelajar lelaki. Dan semua perbelanjaan makanan ditanggung oleh Mr Azman. TQ sir!


Sungguh seronok malam tadi. Banyak juge pelajaran yg aku pelajari. Antara yg utama ialah:

Lawak kering boleh dilakukan, tapi lakukanlah pada waktu dan tempat yg sesuai.

Kami juge telah membuat perjanjian untuk support setiap lawak yg dilakukan tanpa mengenal kebuhsanan atau kekompleksan lawak tersebut.

Kami sampai ke kolej sekitar jam 10.30 malam. Setelah solat Isyak, aku balik ke bilik disapa oleh timbunan booklet MOC yg perlu distapler. Aku stapler bebenda tu smpi 12 tghmalam, kemudian, mata dan badan amat letih, tangan sakit2 menyebabkan aku tidur dengan nyenyaknya sehingga bangun apabila azan dilaungkan....







Photobucket