>

Monday, April 14, 2008

Usrah dan Selepas itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika berjalan ke surau semasa azan dilaungkan, ku melalui court netball. Setapak demi setapak ku gagahkan juga badan yang lemah akibat demam dan dehydration akibat sakit perut. Aku yang baru bangun dari tidur agak pening kepala. Jalan agak slow dan terhoyong-hayang. Ku lihat court netball, kelihatan beberapa lopak air. Hujanke tadi? Ntah, aku terlelap dengan nyenyak sampai x ingat ape yg jadik.

Setelah bersolat Asar, kami dipanggil untuk briefing Usrah untuk esok hari. Tajuknya adalah entertainment ataupun hiburan. Ustaz menjadi naqib dalam briefing ini. Amat menarik, disebabkan suasana di kolej ni yg acap kali mengadakan aktiviti hiburan. Banyakla persoalan menarik yang ditimbulkan. Untuk mengetahui ape yg dibincangkan, bersama-samalah hadir ke usrah esok!!!

Selepas usrah, ku berjalan bersebelahan dengan Abdul Azim balik ke chalet. Dalam perjalanan, kami membincangkan tentang Genetics. Persoalan tentang gene, alleles dan DNA mule dilontarkan. Aku hanya menjawab ape yg aku tahu. Maafkan aku Azim, andai jawapanku x menepati kehendakmu.

Sampai di chalet, ku duduk di hadapan PC di common room. Internet agak laju. Ku layari blog Kereta Mayat (http://keretamayat.blogspot.com/). Then, ku 'rayau'ing ke blog2 sahabat-sahabat yg lain. Lpas tu, ku buka emailku dan mendapati ade 2 email baru. Salah satu adalah kartun Garfield yang memang aku subscribe daily. Ku suka baca Garfield sebab die simple, sinis dan comel.

The image “http://www.arcamax.com/newspics/5/514/51407.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Hurm. Aku letih. Kesan ubat selsema tu begitu kuat. Rasa saki2 badan aku. Ditambah pulak dengan sakit perut yg aku alami dari pagi tadi. Sakitnya semakin berkurangan, tapi still membuatkan aku x berapa selesa untuk menjalani kehidupan secara normal.

Ku renung ke arah langit biru. Kelihatan burung terbang riang. Angin menggoncangkan pokok. Tiba-tiba, perasaan syahdu di hatiku. Betapa kerdilnya aku di duniaMu Ya Allah. Namun, kenapakah aku yg kerdil ini masih sombong mendabik dada dan merasakan diriku hebat, sedangkan hakikatnya, aku ini tiada apa-apa pun Ya Allah. Kelihatan di mataku dosa-dosa yang aku lakukan, terlalu banyak. Mungkin sakit ini adalah balasan Allah untuk mengingatkan aku yg kian alpa.

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Segala puji bagiMu. Engkau adalah cahaya langit dan bumi. Segala puji bagiMu. Engkaulah yang mengatur segala urusan makhluk di langit dan di bumi. Segala puji hanyalah bagiMu. Engkau adalah Tuhan di langit dan bumi serta semua yang terkandung di antara keduanya. Engkau adalah benar. JanjiMu adalah benar. FirmanMu adalah benar. Peristiwa perjumpaan denganMu (Hari Akhirat) adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Hari Kiamat adalah benar. Ya Allah! Hanya kepadaMu aku berserah. KepadaMu jugalah aku beriman. KepadaMu jugalah aku bertawakkal. KepangkuanMu jugalah aku kembali. KepadaMu jugalah aku mengadu. KepadaMu jugalah aku mengambil keputusan. Maka ampunilah daku, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan dosa-dosaku yang akan datang, yang aku lakukan secara diam-diam ataupun terang-terangan. Engkau adalah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Photobucket

No comments: