>

Saturday, April 26, 2008

Sakit Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Sakit hati. Bukannye hepatitis tau, tapi ni sakit hati yeng membawa makna sedih, kecewa dan sebagainya.Itulah perasaanku ketika ini. Mesti korg jugak pernah rasa perasaan ni kan? Ditambah plak ngan batuk, selsema dan demam aku ni, bertambah-tambah sakit aku.

Mulut manusia ni memang hebat. Kalau ikut lirik nasyid,

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan

Memang aku amat bersetuju ngan lirik di atas. Malah, dalam konteks hidup masa kini, kata-kata tu ibarat bom nuklear, yang mampu meranapkan segalanya. Disebabkan kata2, sahabat kiter menjadi musuh, dan disebabkan kata2 gak lah, hubungan adik beradik boleh terputus. Begitu tajam dan membunuhnya kata-kata itu.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim: 67)

Yer, aku telah disakiti hati. Namun, di kala aku menulis ni, aku melihat ke luar tingkap chalet. Kelihatan langit biru dengan segumpal awan disinari cahaya matahari yang baru nak terbit. Lawanya. Terdetik plak dalam hati aku

Berapa banyak telah aku sakiti hati orang lain?

Yes. Biler difikir-fikirkan, memang amat banyak. Aku teringat kata2

Life is like a boomerang
http://www.kaleidoscopeiow.co.uk/Boomerangs/boomerang1.jpg

Tau x boomerang tu ape? Itulah permainan yang famous di Aussie. Kalau x tahu, boleh tny Afiq dan Zaim dan boleh gak mintak diorg belikan boomerang sebagai cenderahati, hehehe. Prinsip boomerang ni, apa yang dibaling, itulah yang akan kiter dapat balik. Aku terfikir, jika hari ini aku disakitkan hati ni, adakah itu bermakna aku pernah menyakiti hati orang lain sebelum ni, walaupun tanpa aku sedari? MasyaAllah.

Jadi, tidaklah layak bagi aku untuk membenci orang yang menyakiti hati aku, kerana ternyata, itu sumer reflek diri aku yg sebenarnya. Jika ramai yang menyakiti hati aku, itu hanya bermakna yang aku jugak banyak sakiti hati orang lain. Jadi, aku perlu mengubah diri sendiri terlebih dulu.

Firman Allah
إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
(Al-Lail: 20)

Maafkan aku, wahai kawan2 andai aku pernah sakiti hati korg.....
Photobucket

No comments: