>

Friday, April 18, 2008

Sebuah Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai blogku, sekali lagi kiter bersua. Ketika aku menulis coretan aku yg merepek ni, aku baru jer pulang dari surau lpas Solat Jumaat. Maklumlah, hari Jumaat, of course wajib gi smayang Jumaat bagi laki2 yang berkemampuan kan? Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu'ah: 9)

Disebabkan block 4 aku free, maka, ku gunakanlah waktu tersebut sebaiknya. Baca skit application Physics. Yer, skit jer. Btul2 skit. Dan lepas letih membaca, maka, ku rehatkan mataku dengan berehat di atas katil. Proses berehat ini juga dikenali sebagai TIDUR.

B4 kelas math, di kala buhsan

Kemudian block 6, iaitu Physics. Aku ke kelas seperti biaser. Blaja2 Physics dan kemudian abis kelas, bermula plak block 5, iaitu Mathematics di kelas 2.13. Dalam kelas Math, kitorg juz bincang2 soalan trial ari tu jer. Maka, segala kesalahan aku dapatlah aku sedari dan pelajari moga aku tidak ulangi lagi di masa hadapan. Namun, ape yg menarik dalam klas Math arini adalah apabila Mr Madhadzir menjadi perunding motivasi. Merujuk kepada buku '7 habits of highly effecttive people' oleh pakcik Covey, satu ayat Mr Madhadzir yg mencuri tumpuan aku adalah

Sharpen your axe

Menyelusuri pintu Great Hall, perhatikan pintu yang baru!!!

Kemudian, waktu yg ditunggu-tunggu, iaitu Assembly. Seperti biaser, buhsan. Aku duduk agak belakang, bagi memudahkan proses keluar dari Great Hall untuk meluru dengan selaju mungkin menuju ke Dining Hall. Maklumlah, dah kelaparan. Xde ape sgt pun psl assembly. Actually, aku membaca buku sambil mendengar mp3 melalui handphoneku, maka, tidaklah fokus kepada apa2 yg Dr Horsfall cakap. Apabila orang lain gelak aku hanya buat muke blurr...

Namun, proses yg agak penting sewaktu Assembly ialah ketika ucapan Puan Rog, Pengurus Perkhidmatan Pelajar kolej kami. Beliau yang merupakan juga isteri kepada Mr J briefing kami pasal Awards Day. Tidakkah ia peristiwa yang lama lagi? Ntahler. Menurut mereka, TPM, iaitu Datuk Seri Najib, ahli parlimen Pekan, akan menjadi tetamu kehormat awards day kami. Berikut merupakan beberapa details yg sempat aku ingat untuk Awards Day:

Tarikh: 21 Jun 2008
Masa: 10.00 pagi
Pakaian: X brape dengar sgt, yg penting, kena pakai blazer, untuk prempuan, lagi la aku x ingat
Rehearsal: 19 & 20 Jun 2008 (saper yg x datang rehearsal xleh datang graduation, kejaaam)
Ahli Keluarga: Hanya 2 orang setiap keluarga boleh datang, dan kanak-kanak bawah 18 tahun x dibenarkan masuk (diskriminasi kanak-kanak, kejaaaaammmm)

Lain-lain:
-dilarang bawa orang kampung satu bas untuk datang (kejaaaamm, orang Ampang sume nak dtg)

Begitulah gamaknya. Dan Puan Rog turut sound manusia2 yg berpeleseran di kaki lima sekitar kolej. Dan seperti biaser, beliau mengugut kami dengan 'silent hour' (ye ke name die camni?) seperti yang dilakukan secara kejam pada awal penubuhan kolej. Aku sokong beliau bab berpeleseran tu, tapi amat bantah pada dasar kejam dan x berperikemanusiaan 'silent hour'.

Dan, sejurus lpas assembly, pertandingan berlumba jalan cepat dijalankan. Destinasi kami hanya satu, iaitu Dewan Makan. Pastinya makanan menjadi sumber motivasi.

Ngantuk, tidur jap b4 sambung study....


Photobucket

No comments: