>

Saturday, April 19, 2008

Black Out

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam lebeyh kurang 6 petang tadi, kolej digemparkan dengan sebuah peristiwa hitam. Yer, memang hitam. Seluruh Kota Lembah Beringin terpadam api, maka, bergelap dan berpanaslah warga Lembah Beringin.

Pada mulanya, aku menyangkakan yg sekejap lagi akan pulihla keadaan di kota ini. Namun, sangkaanku amat meleset sama sekali. Ku pergi ke Dewan Makan pada jam 7 malam dan mendapati keadaan yang romantik. Sumber lampu hanyalah datang daripada lilin. Inilah yang dinamakan Candle-light Dinner, pikir aku.

http://www.crystalxp.net/galerie/img/img-wallpapers-candle-light_water-priyadarsh-sarwade-7769.jpg

Di dalam kekalutan kegelapan, banyak betul insiden yang x diingini berlaku. Antara dua insiden terbesar yang aku ingat adalah:

1) Seorang sahabatku yang ambil nasi di dalam pinggan polystyrene, disebabkan jisim nasi yang terlampau banyak, maka, pinggannya tadi pecah dan habis nasinya termasuk ke dalam lauk ayam, mujur aku dah amik nasi dulu

2) Di surau, sewaktu orang da abis solat Isyak, terdengar suatu bunyi yang amat kuat, ibarat orang terhantuk kepada kaca. Rupe2nya, memang seorang sahabatku ini tertolak tingkap surau, mujur x pecah

Kami bersolat dalam gelap, hanya bertemankan siulan dan tasbih cengkerik memuji Allah. Di kala ini, ramai yang mengeluh, ramai jugak yang hilang arah tujuan, x tahu nak buat aper. Aku terfikir,

Pada ketika inilah kiter betul2 menghargai elektrik tu...

Selepas solat Isyak, kegelapan malam menghantui diriku. Mujurlah aku memiliki torch light yang menggunakan Light Emitting Diode sebagai sumber cahaya. Ku berjalan merentasi kegelapan malam dan bergerak ke chalet P-30. Kelihatan sahabat2 ku ini tengah menjamu selera. Langkah kanan! Aku pun turut sama menjamu selera.

Selepas penuh perut, Aku, Syafiq dan Hafiz bergerak dengan penuh berhati-hati ke chalet p-41. Kami ingin menyiasat, apakah yang dilakukan oleh sahabat kami, Muadz. Kami berjalan dengan penuh teratur dan tidak meninggalkan kesan. Kelihatan dari jauh, cahaya berwarna jingga di common room. Mungkinkah Muadz study? Aku berfikir. Kami menerjah masuk ke dalam chalet berkenaan, dan ternyata, sangkaan aku tidak meleset sama sekali. Kelihatan Muadz dengan muke bersungguh-sungguh tengah study di hadapan cahaya malap lilin. Dan lebih mengejutkan, beliau ditemani oleh saudara Rodhi, yang juga merupakan ahli chalet keenam p-41.

http://libizblog.files.wordpress.com/2007/08/electricity.jpg

Aku, Syafiq dan Hafiz berazam meneruskan perjalanan ke padang. Sajer jer nak melihat kebesaran Allah di malam yang kelam ni. Namun, baru je melewati chalet Muadz, kelihatan spark of electricity di mana-mana. A glimmer of hope. Satu demi satu chalet kembali bercahaya. Keadaan ini disambut riang dengan teriakan yang entah aper2. Aku berfikir,

Mungkinkah diorg tengah bertakbir???

Maka, tamatlah sudah sebuah kisah di waktu kelam. Moga kiter lebih bersyukur dengan nikmat elektrik yang maybe kiter anggap biaser jer, tapi, jika kehilangannya, amatlah besar kesannya.

Terima kasih kepada semua yang membantu memenuhkan perut aku yang sedia penuh ni...

Photobucket

No comments: