>

Tuesday, April 8, 2008

Exam Fever Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang tadi, keadaan agak mendung. Aku of course, malas nak beriadhah, disebabkan persediaan exam yg x seberapa. Adalah lebih baik bagiku untuk mempersiapkan diri menghadapai exam esok. Begitu juga dgn rakan2ku yg lain. Shuib, yang bakal menduduki Exam Accounting esok dan Muiz yg akan menghadapi Chem turut tidak beriadhah dan masing2 mengadap buku. Ni adalah simptom2 Exam Fever.


Dan yang paling best, disebabkan agak tensyen belajar terperap di dalam bilik, mereka berusaha mencari atmosphere baru untuk study. Maybe keadaan bilik agak terperap dan bersepah disebabkan pengurusan masa yg kurang baik, jadi mood nak study di bilik merudum. Jadi, puak2 ni pun membuat 'port' di luar chalet. Masing2 memegang buku untuk dibaca, dan ternyata, amat menyeronokkan dan menyegarkan apabila study di luar nih.


Bersungguh-sungguh. Itulah yg dapat aku lihat daripada raut wajah setiap rakan-rakanku menjelang exam ni. Seronok tgk diorg camni. Setiap masa akan diorg gunakan untuk membaca buku. Sungguh bersungguh-sungguh mereka berusaha bagi mengecapi gred terbaik.

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-Ankaabut: 69)

Moga kami tergolong dalam golongan ini.

Esok paper 4 Biology dan Paper 5 Chemistry. Honestly, aku lebih risaukan Paper 4 Bio, sebab membawa proportion markah yg lebih besar. Namun, paper 5 Chem tidak boleh dipandang enteng. Dapatkah aku menghadapinya? Harap2 begitulah..

"Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yg aku lupa, ajarkanlah apa-apa yang aku jahil, fahamkanlah apa-apa yang aku keliru, permudahkanlah pembacaanku, kuatkanlah ingatanku, permudahkanlah urusanku, tajamkan fikiranku, Engkaulah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu."

Photobucket

No comments: