>

Monday, April 14, 2008

Sakit Perut

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.do2learn.com/picturecards/images/imageschedule/stomachache_l.gif

Niat di hati ingin berpuasa sunat. Namun, selepas subuh, apakan daya, kesakitan perut yg teramat sangat melanda. Ini bukan sakit perut biaser, tapi sakit yg pedih, mencucuk-cucuk perutku. Mungkin keasidan jus perutku agaknya. Aku bayangkan, andai aku dapat mencelup tanganku ke dalam jus perut, nescaya akan terhakis perutku disebabkan keasidannya. Jadi, aku berkeputusan untuk berbuka awal, iaitu pada jam 9 pagi, hehehe...

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka

Aku berbuka dengan sekeping roti dan sekotak susu coklat. Selepas makan, rasa lega sikit perutku. Terasa keasidan perut telah dineutralkan. Barulah aku dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Walaupun masih terasa skit sakit, tapi lama-kelamaan hilanglah kut.

Seawal pagi tadi, rakan-rakanku yg takde exam harini bermain bola sepak jalanan. Riuh rendah dibuatnya dengan hilai tawa dan jeritan mereka. Aku x dapat join mereka disebabkan kesakitan perut yang melanda.

Disebabkan xde kelas, x patut I take it for granted. Aku sepatutnya menggunakan masa sebaik-baiknya. Antara salah satu nikmat yang manusia sering lupa ialah kelapangan waktu. Adakah aku tergolong dalam manusia tersebut?

Moga aku diberi kekuatan...

Photobucket

No comments: