>

Monday, April 21, 2008

Kata Ibarat Pedang

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeayy.... Free Block 2 dan block 4. Yerla, saper yg x suke free block kan? Aku pasti, hampir semua pelajar kolej ni memburu free block sehari-hari, termasuklah diriku. Maka, sesambil menunggu pukul 10.40, aku berada di depan komputer chalet, mengupdate blog tersayang.

Tetiba, terdengar suara,

Bodooooh...

dan disertai gelak tawa riang. Ni bebudak yang lalu depan chalet la ni. Ni baru skit, aku slalu gak terdengar perkataan yang lebih teruk daripada tu, korg paham kan? X payahla nak mencemarkan blog aku ni dengan perkataan2 sebegitu.

Hidup di kolej, bersama-sama dalam satu komuniti, memang seronok. Sama2 makan, sama2 main, dan sama2 blajar, best kan? Maybe bcoz aku ni dulu dok asrama, mungkin dah baser, namun aku pasti, bagi saper2 yg x duduk asrama dulu pun akan rasa bez kan?

Tapi, ape yg aku dapat lihat, x kesahla di KYUEM ni, ataupun di skola aku dulu, dalam kehidupan seharian, xtaulah camne nak describe, tapi pelajar lelaki terutamanya suka melemparkan kata-kata yang x elok sesama mereka. Kiter panggil benda ni mencarut. Aku sebnarnya x paham, knapekah boleh terkeluar perkataan2 tersebut? Adakah akan lebih lega kalau berkata begitu?

Apela salahnya andai tukarla perkataan tu kepada perkataan yg lebih sesuai. Lagi baik andai lidah tu digunakan utk memuji Allah. Daripada cakap benda2 x elok, dahla gune tenaga, dapat dosa plak tu.

Pernah ketika di sekolah dulu, aku pernah sound rakanku kerana suke bercakap kasar dan mencarut. Die pun dengan selamber menjawab,

Kalau cakap baik2, bukan lelaki la namanya??

Betapa jumudnya pemikiran...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim: 67)

http://www.sonoma.edu/users/b/bittner/Images/Tisho.jpg

Marilah kiter sesame muhasabah diri, terutama sekali diriku ni. Betapa banyak perkataan aku yg dah menyakiti orang. Berapa dalamkah luka2 di hati kawan2 aku yg pernah aku lakukan. Isk, lebih baik diam....

Allah lebih mengetahui...
Photobucket

No comments: