>

Thursday, April 17, 2008

MOC dan Trials

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni merupakan hari pendaftaran MOC. Seawal pagi, aku bergerak ke Acad Block dan mendapati dah ader ditampal registration form utk MOC di Papan Kenyataan Servis Pelajar (Notice Board Student Services). Awal sungguh secretary tampal, sungguh efektif (kredit to Kerul n Sal). Dan kelihatan beberapa nama jer selain committee yang dah ditulis. Aku bergerak ke depan RC dan duduk di bangku sambil melihat tepat ke arah noticeboard tersebut.

Current endeavour..

Risau. Itulah perasaanku ketika tu. Mane x nya, jika sedikit org daftar, ni menunjukkan ketakberkesanan pihak promotion. Amat rasa bersalah. Namun, menjelang jam 8.15 pagi, mujurlah, semakin ramai orang yg berkerumun di depan Notice Board tu, dan beberapa students gak tanya aku, samada pendaftaran dah bermula atau belum? Sedikit lega, namun masih risau, andai x mencapai target minimum.

Kemudian, bermulalah siri kesedihan untuk harini. Kelas bio, kami mendapat keputusan trial yang baru jer berlalu. Overall, menyedihkan. At least bagi aku. Result yang AMAT teruk. Mujur masih lulus. X perlulah aku nak bgtau ape result aku, cukuplah sekadar di sini. Sakit jantungku melihat keputusan yg teruk ni. Namun, Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(As-Syarh: 5)

http://www.aminol-uk.com/C%20Angiogram.jpg

Kelas Physics dan Chem, mujurlah cgu x siap mark lagi. Kalau x, mesti aku diserang sakit jantung bertubi-tubi. Namun, gaya percakapan seperti:

Did you do your revisions? oleh Mr Idrus dan

My heart broken when I mark ur papers oleh Miss Shree

jelas menggambarkan prestasi kami. Jiwa semakin serabut. Hati semakin gelisah. Rama-rama seperti memenuhi perutku yg slim ni. Jantung berdebar-debar.

Kemudian Mathematics. Berada di kelas baru, iaitu di kelas 2.13, atmosphere baru, namun tetap x dapat menenangkan hatiku yang semakin bercelaru. Guru Madhadzir masuk bersama-sama kertas trials p3 kami. Alamak. Apabila kertasku diserahkan kepadaku, segera mataku meluru ke arah markah. Alhamdulillah. Tidaklah elok maner, namun, aku still lega.

Sekitar Registration MOC

Disebabkan berpuasa, terus je aku balik ke chalet lpas kelas. X lame kemudian, ketua chalet, Shuib pulang dan bgtau aku yg dah 113 peserta dah mendaftar utk MOC. Alhamdulillah. Bertambah lega hatiku. Telah lepas juger target minimum kami.

Lega dan sedih. Namun, perlu ku usaha lebih gigih...
Photobucket

No comments: