>

Sunday, April 6, 2008

Study...Study...Study...

بسم الله الرحمن الرحيم


Keadaan di luar nampaknya agak mendung. Kedengaran bunyi guruh. Awan hitam berarak memenuhi langit petang ini. Dan aku, hanya duduk di dalam bilikku, bertemankan buku CIE Chemistry, memandang terus ke padang dan melihat kawanan awan bergumpal-gumpal. Allah berfirman:

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَاباً ثِقَالاً سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْموْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
(Al-Aáraf: 57)

Pada esok hari, bermulalah suatu peperangan, bersenjatakan kertas dan alatan tulis, aku akan turun ke medan perang yg penuh dgn halangan ini. Adakah aku sudah bersedia mengasah senjata ILMUKU? Atau adakah aku sudah bersedia memakai perisai KEFAHAMAN? Berdepan dengan sesuatu yg bukan calang-calang, iaitu Chemistry, adakah aku mampu menghadapinya? Telah beberapa kali aku ditewaskan olehmu, dan kini kiter bertemu lagi di dalam medan pertempuran yang sama, yang diberi nama DEWAN PEPERIKSAAN. Aku berjanji, aku tidak akan memandang rendah keupayaanmu, dan akan aku gunakan segala senjata untuk menundukkanmu, Chemistry.


Namun, aku sedar, doa dan usaha adalah tangga kejayaan. Ape yg aku akan dapat nanti, adalah setimpal dgn hasil usaha aku. Terlalu banyak opponents yg perlu aku tewaskan. Selain Chemistry, aku juger perlu menundukkan Biology, Physics dan Mathematics. Adakah aku sudah cukup persediaan menghadapi gelombang serangan ini?

Moga aku tidak akan tersungkur di dalam peperangan ini. Moga setiap musuh akan dapat ditundukkan. Moga kecederaan yg aku alami hanyalah calar-balar dan dapat mematangkan aku di masa hadapan.

Photobucket

No comments: