>

Sunday, April 27, 2008

MUSCOM Dinner 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam merupakan dinner MUSCOM. Dinner ini dijalankan di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa. Para MUSCOMers lelaki dikehendaki memakai baju batik dan berkasut kulit (apakah?). Nampak elegan lah katakan. Credits to Pidah sebab pinjamkan baju batik berjenama Nor Arfah Batik kebanggaan rakyat Terengganu. MUSCOMah 0708 plak sedondon memakai pakaian berwarna maroon. Aku dan Afiq berkata,

Macam Kumpulan Marhaban plak

YB2 bersidang

Kami dikehendaki berkumpul di Pondok Pak Guard pada jam 5.15 minit. Wah, sungguh elegan rakan2ku nih. Memasing bergaya ngan baju batik memasing. Namun, antara sebab aku x suke pakai baju batik adalah kepanasan yang melampau. Belum pun naik bas, abis berpeluh aku. Kami bertolak dari kolej pada jam 5.45 petang, 15 minit lewat dari jadual kerana saudara AIDID yang mempunyai masalah teknikal.

Setelah sampai ke Kuala Lumpur, mujur xdela sesak sangat jalan. Perjalanan agak perlahan, namun, kecekapan pakcik pemandu bas ni xleh dipertikaikan. Sepanjang perjalanan, aku x tido, sebab memang kegemaranku melihat ke luar tingkap. Sepanjang perjalanan, aku ditemani dengan musik nasyid darpada telefon bimbitku.

MC yang bertanggungjawab memajak namaku

Akhirnya, sampai juger ke destinasi. Kami turun daripada bas membawa semua barang2 kami. Cube bayangkan, di tengah bandar, apabila anda nampak sekumpulan orang berpakaian batik, apakah yang anda akan buat? Yess, itulah yg terjadik kat kami. Kami menjadi perhatian apabila sumer org memandang kami dengan muke pelik.

Kami menunggu waktu Maghrib di sebuah surau yang agak tradisi dan klasik. Afiq melaungkan azan dan Muadz menjadi imam. Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab terbesar. Kemudian, kami kembali ke meja makan dan bergerak mencari bahan2 mentah untuk steamboat. Aku mengambil kulit tauhu, fishball, ketam dan udang. Namun, kami diberitahu yang setiap 100 g yang dibazirkan, kami perlu membayar RM 15. Maka, terpaksalah kami menghabiskan makanan ini. Namun, kami x makan lagi, kerana tetamu kehormat, yakni Ustaz dan Ustazah blum tibe.

Steamboat

Aku bergerak plak mengambil nasi, kerana hidupku tanpa nasi, ibarat tempang jadiknya. Aku ni bukanlah seperti Muadz yg 'allergic' terhadap nasi, hehehe. Aku mengambil nasi berlaukkan kari kambing dan sambal peparu. Sesambil menunggu ketibaan ustaz dan ustazah, sedikit demi sedikit lauk ku makan. Hahaha. Laparlah katakan.


Akhirnya, sekitar jam 8 malam, kelihatan Ustaz sekeluarga tiba. Semua menarik lafaz lega. Majlis dimulakan dengan Saudara Aidid menjadi MC. Namun, disebabkan kami makan di tempat terbuka, hingar bingar tempat tu sedikit sebanyak menyukarkan kami mendengar MC berkata-kata. Namun, Aidid sungguh hebat mengenakan orang apabila beliau berkata

Kelihatan sungguh ceria harini, tengok sajalah kepada jpah yang berseri-seri sehingga kelihatan gigi taringnya, dan Mursyid, apatah lagi.

Cess. Sungguh sedap memajak namaku. Tapi xpelah, bukannye ape pun kan? Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Malikie, ex-president, Afiq dan president, Sayed. Kemudian, kemuncak majlis tiba, iaitu upacara makan sepuas-puasnya. Namun, cepat jer aku telah tewas, telah kenyang dan x mampu memasukkan ape2 ke dalam perutku yang mampat ini. Ku lihat sebelahku, Saudara Syahir Sabri. Aku begiotu kagum dgnnya. Dari awal smpi akhir, beliau still x abes2 mengunyah. Mataku terbeliak melihatkan segunung kulit udang di hadapannya. AKu sedari suatu fakta,

Saiz badan x melambangkan saiz perut

Juara pertandingan makan

Thanks Syumuls

Kemudian, setelah habis kenyang sume org, majlis diteruskan plak dengan penyerahan hadiah daripda MUSCOM lama kepada MUSCOM baru. Dan Syumuls bersaudara menghadiahkan aku sebuah kotak berisikan tali leher. Agak mahal di pandangan mata. Terima kasih aku ucapkan. Tapi, maybe korg akan jarang melihat aku memakainya, sebab aku ni amat jarang memakai tie (klu PNB datang je aku pakai). Selesai penyerahan hadiah, majlis diteruskan dengan tayangan video MUSCOM 0708. Teringat zaman2 kami dulu. Isk, sedeyh.

'The Group'. Hisham sebagai president. xyah control macho la oitt!!

Menjelang pukul 10, majlis hampir tamat. Kami bergerak ke luar restoran untuk majlis penggambaran. Sungguh kecoh keadaan. Dan menjelang jam 10.20 malam, kami menaiki bas dan bas bertolak, meluncur laju menelusuri kegelapan malam. Aku gagal untuk tidur sehinggalah melewati kawasan rehat Rawang.

Kami sampai ke kolej lebeyh kurang jam 11.30 malam. Letih. Namun, lepas mandi, aku masih sempat untuk baca application Chemistry dan tidur dalam jam 1.30 pagi.....

Photobucket

No comments: