>

Friday, April 25, 2008

Photography Rehearsal

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang ni, dalam pukul 5, kami, batch 9 dan 9.5 dikehendaki berkumpul di Dewan Besar untuk mengadakan latihan bergambar. Hari bergambar sebenar adalah pada:

Selasa 29 April 2008

Ramai gak datang, namun ade gak yg x datang, baserla, lumrah kut? Namun, masa yang diambil agak lama, dengan penyusunan, sehinggalah nak mengatur setiap pelajar untuk mendapatkan gambar yang lawa dan mantap. Aku tahu, memang susah nak kawal jumlah seramai tu, amat kesian kepada para penganjur.

Hampir pukul 6, ramai yang dah merungut. Aku x terkecuali, mane x nya, berdiri dengan lama, sakit giler kaki nih. Wan yang berada di sebelah aku turut mengeluh, katenya nak beriadhah lagi, takut x sempat jer. Keadaan bertambah tegang apabila kebanyakan pelajar muler hilang sabar dan x bekerjasama ngan baik.

http://www.the-digital-picture.com/Images/Other/Canon-EOS-1D-Mark-III-Digital-SLR-Camera-on-Black.jpg

Kemudian, setelah susunan pelajar telah difinalisekan, maka, kami memasing diberikan nombor giliran. Nombor ni menunjukkan susunan kami di waktu penggambaran sebenar nanti. Menurut penganjur,

sesape yg kehilangan nombor ni xleh amik gambar

Wut the? Aku berfikir. Aku tatapi nombor tu, ia hanyalah sekeping kertas baser mainly cellulose, dan diconteng nombor 76, iaitu nombor aku, dan aku pikir, kalau hilang pun kertas ni, boleh je aku tulis balik, ngehehehe...

Gambar agak blurr

Dan kami diberitahu yg sekali lagi akan ade latihan bergambar sebegini pada hari Isnin. Adeyh, apekah? Sesape yg x dtg second rehearsal ni pun akan dibanned daripada bergambar. Dalam pada leka mendengar pesanan penaja, aku tetibe teringat, hari Selasa? Itukan hari kelas tambahan Miss Shree after class? Adakah akan clash dengan tempoh bergambar?

Selepas pihak penganjur membenarkan kami pulang, memasing berpusu-pusu turun daripada stage dan mencari2 selipar memasing. Aku segera mendapatkan classmate Chem, Awang Najib, seorang pelajar Sarawak tajaan KPM dan bertanya pasal kelas Chem. Die menjawab,

Kite kena bincang balik dgn Miss Shree la kut

Ok, so itulah keputusan yg diambil. Kami akan berbincang esok, dan semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik. Personally, aku ni xdela kesah sgt gambar xde dlm yearbook. Kecik je pun muke aku nanti, maybe x nampak. So, kalau Miss Shree tetap nak buat kelas gak, bagi aku, priority adalah kepada kelas Chem. Macam Mr Azman cakap, result A-level kiter gak yg akan dikira kelak.

Photobucket

No comments: