بسم الله الرحمن الرحيم
Susunan bloCK untuk harini adalah 123456. Amat mudah nak mengingatinya. Dan harini hari Sabtu, maka, perlulah memakai pakaian uniform kolej, berbelang biru, berseluat kelabu dan sebagainya.
Dan awal pagi lagi, aku ade kelas ChemiShree. Dan kami dikehendaki menyambung eksperimen kami yg tertangguh. Kopi kami dah beberapa kali dipanaskan dan disejukkan semula. Dan akhirnya, hari ini, proses membancuh kopi diteruskan. Mule2, panaskan kopi itu sehingga mendidih. Selepas itu, tambah 120 ml lead ethanoate yg toxic (takut..), maka, kelihatan kopi susu terbentuk. Kemudian filter menggunakan kain muslin (bukan muslih tau...).
Kami menggunakan vacuum filtration, di mana air paip dibiarkan mengalir dengan laju, sehingga merendahkan pressure di dalam kelalang kon, dan memaksa filtrate untuk turun. Walaupun agak membazir, namun, ini jelah caranya. Maaf Dr Horsfall, susahla kolej nak berjimat camnih. Kami melakukan kerja ngan mantap. Cume, ketika hendak mencabut getah paip daripada kelalang kon, disebabkan tenaga yang lebih, maka, terperciklah sedikit kopi itu ke atas fail Syafiq Diamond. Maaf. Syafiq berseloroh
Nanti aku curah hydrochloric acid atas fail ko
Aku hanya tersenyum. Orang bersalah katakan...
Dan, setelah berbincang ngan Miss Shree berkenaan kelas tambahan hari Selasa, beliau mengubah waktu kelas kepada malam hari, pukul lapan, tapi pada hari yg sama.
Selepas tamat kelas Chemistry, disebabkan free block, aku berkeputusan untuk bertandang sebentar ke RC. Kelihatan Firdaus YT melambai kepada aku dan mengisyaratkan sumting dan supaya aku mengikutnya ke dalam bilik kecik yg menempatkan komputer baru. Dan komputer tu telah siap dipasang, cume kami x reti on. Advance sgt teknologinya. Namun, setelah menggunakan kaedah cuba jaya, akhirnya, kami berjaya membuka komputer tersebut.
Sungguh maju. Namun, malangnya, masih belum dipasang internet. Namun, kami masih sempat explore ke beberapa bahagian komputer tanpa merosakkannya. Amat mantap sekali invention diorg ni, tapi aku berfikir
Hebat sungguh invention manusia ni, tapi lebih hebat lagi Yang Mencipta manusia tu.
No comments:
Post a Comment