>

Sunday, April 6, 2008

Subuh di KYUEM

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika azan Subuh dilaungkan, aku dibangunkan oleh Allah dari lenaku, dan Alhamdulillah, diberikan kekuatan untuk bangkit, dan menyiapkan diri untuk bertemu dengan yang Maha Esa. Sejuk amat pagi ni, lagi2 apabila setitik demi setitik air membasahi tubuhku.

http://survivalofthesickestthebook.com/blog/wp-content/uploads/2007/04/sleep.jpg

Namun, aku sedikit sedih apabila kakiku menjejakkan kaki ke dalam surau. Sedikit. Sepi. Sayu. Itulah keadaan di dalam surau. Begitu suram dan sunyi daripada kehadiran warga KYUEM ni.

Jika Bilal bin Rabah, apabila diletakkan batu di atas badannya, beliau mengucapkan Ahad, Ahad, Ahad, tetapi kiter hari ni, apabila diuji dengan selimut, turut berkata Ahad, Ahad, Ahad, hari ni hari Ahad.

Rasa-rasanya, sume org da tahu kelebihan solat berjemaah ni. Tapi mengapa kiter ni susah nak laksanakan? Ini termasuk diri aku sendiri la. Kalau dulu, time puasa, mampu jer untuk bangun kol 5, semata-mata nak ke DH untuk bersahur, tapi kini? Pukul 6 pagi pun susah nak bangun. Dah ler bilal iqamat kol 6.15 pagi. Banyak giler masa untuk bersiap, tapi kiter je yg mensia-siakannya.

http://klikharry.files.wordpress.com/2007/01/09_sunrise_rays.jpg

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda.
(Muslim: 1034)

Dalam hadis lain plak,

Hadis Abu Musa r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.
(Muslim: 1005)

Dalam hadis lain pulak,

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika mendirikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke Masjid. Seseorang yang menunggu untuk mendirikan sembahyang sehinggalah dia mendirikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang mendirikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
(Muslim: 1064)

Subhanallah. Rakan-rakan, syurga!! Itulah ganjaran yang dijanjikan. Apakah perkara yang lebih berharga daripada syurga Allah? Aku x dapat pikir pun ade benda yg lebih berharga dari itu. Namun, sesuatu yg berharga memang x mudah nak didapati, tapi kalau kiter muhasabah diri, kiter selalu mendabik dada dan berkata

Aku ingin masuk ke syurga

Tapi, sejauh mana amalan kiter? Sejauh mana pengorbanan kiter untuk agama tercinta ni? Adakah cukup segala amalan kiter ni untuk menempah tiket untuk ke syurga?

MasyaAllah, amat jauh sekali diriku ini. Tapi, ni sepatutnya menjadi motivasi buat diriku untuk memperbaiki diri.

Photobucket

No comments: