بسم الله الرحمن الرحيم
Pepagi ni, lpas Subuh, aku melekat di depan komputer, kerana kelajuan internet yang amat mengagumkan. Ku segera bukak ape2 yg patut, seperta email-emailku (banyak sgt email), ku rayau2 skit ke blog rakan2, dan sebagainya. Aku membaca komik Garfield, seekor kucing nakal yang comel yang dihantar melalui email kepadaku setiap hari. Cartoon strip untuk semalam:
Garfield edisi semalam menyentuh perihal kawan. Aku terfikir, bagaimana plak ngan diriku? Adakah aku ade kawan? Urmm... Kawan memang mudah dicari, tapi seorang kawan yang sanggup bersama-sama kiter di kala kesusahan amat sukar dicari. Kawan yang baik xkan mengumpat di belakang kawannya. Kawan yang baik x akan memecahkan keaiban kawannya. Namun, aku teringat kata2,
Kalau kiter nak punyai kawan yang baik, kiter sendiri perlu menjadi seorang kawan yang baik
Terkesima sebentar diriku. Adakah aku ni dah menjadi kawan yang baik? Atau aku ni still mengumpat kawan sendiri, still buat perkara2 yang x disukai kawan? Hurmm... berfikir sejenak.
Dan adakah aku berkawan dengan orang2 yang sepatutnya? Adakah aku berani menegur sahabatku andai mereka melakukan kesalahan, dan adakah mereka akan menegurku andai aku tersalah?
Kawan yang baik bukanlah kawan yang sentiasa menyokong perbuatan kawannya, tetapi kawan yang baik akan menegur kesalahan kawannya
Hadis Abu Musa r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.
Adakah aku ni wangi (memang betul), atau adakah aku berbau api dan debu besi? Atau, adakah rakan di sekelilingku berbau wangi atau berbau besi? Adakah aku ni yang membawa minyak wangi atau yang meniup dapur tukang besi? Isk, amat jauh diriku daripada taraf seorang sahabat sejati. Masih ramai kawan2ku yang aku sakiti saban hari.
Oleh itu, aku berazam, mulai hari ni, akan aku berusaha memperbaiki diri, akan ku cube menjadi sahabat sejati, akan aku cube mempermudahkan urusan orang lain. Moga aku akan diredhai Allah.
Petang ni InsyaAllah, akan menumpang Adif pulang ke Ampang. Doakan aku selamat...

(Muslim: 4762)

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Petang ni InsyaAllah, akan menumpang Adif pulang ke Ampang. Doakan aku selamat...
No comments:
Post a Comment