Wednesday, April 30, 2008

Cuti Bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

Yahooo!!! Bermulalah cuti 4 hari dan kesempatan untuk aku pulang ke rumah. Lpas hampir sebulan berkampung di KYUEM, x balik2, maka, b4 ambik exam A-level x lame lagi (waaa), aku pun berkeputusan pulang ke rumah bagi mendapatkan restu ayah bonda.

http://aminus3.s3.amazonaws.com/image/g0002/u00001625/i00100912/09e9cbd0baf99851a374addd91e27ad3_large.jpg

Menurut Adif, ibunya akan sampai pada jam 5.00 petang. Jadi, sewaktu azan Asar dilaungkan, aku, Shuib (Ketua Chalet), dan Fitri (ahli ke-5 chalet) beriringan bersama menuju ke surau As-Saad untuk menjalankan tanggungjawab bersolat Asar secara berjemaah. Alhamdulillah, selesai bersolat, segera aku pulang ke chalet kerana janji dengan Adif untuk bertemunya pada pkol 5 petang.

Dalam perjalanan pulang ke chalet, aku beriringan bersama Arif (Yorke), seorang pelajar tajaan PNB (course ape erk?) yang juga merupakan president Badan Pelajar KYUEM 0809. Beliau bertanya kepadaku,

J-pah, balik x?

Aku menjawab dengan slow, balik. Pastu, beliau berkata kepadaku walaupun tidak ditanya,

Klu ikut listname kat DH tu, almost 250 orang balik

Owh, aku berkata dalam hatiku. Ramai gak balik. Mesti majoriti yg balik junior kan? Maklumlah, senior sume dah nak exam, 4 hari ni amat bernilai untuk menjalankan ulangkaji secara intensif. At least, itulah yg dikatakan oleh Shuib. Wahai Shuib, andai ko membaca post ni, ingat, jangan buat aktiviti kiter di masa lapang, iaitu melelapkan mata...hehehe, study la oit!!!

Jadi, dalam jam 5.10 petang, Adif memanggilku. Nampaknya, ibunya sudah sampai. Maka, aku mengangkut barang2 aku yang berupa 3 beg jer ke kereta Honda milik Adif sekeluarga. Namun, seorang lagi penumpang, iaitu saudara Muzzein tak kelihatan. Namun, setelah Adif call Muzzein, berlari2 anak Muzzein daripada kafe.

Kami meninggalkan kolej sekitar jam 5.30 petang. Perjalanan agak lancar, walaupun sesekali hujan renyai membasahi kereta. Kami menurunkan Muzzein di stesen Monorel Titiwangsa dan kemudian, perjalanan diteruskan ke kota Ampang. Aku hampir tertidur ketika kami hampir sampai. Setelah menunjukkan kedudukan rumahku, maka, aku dihantar betul2 depan rumahku. Alhamdulillah. Aku turun dan segera bersalam dengan emak.

http://img.timeinc.net/time/2007/eating/makes_eat/makes_eat_time.jpg

Lamanya x jumpe famili, seronok. Moga kepulanganku ke rumah ni bermanfaat. Kepada rakan2ku di kolej, efektifkan masa anda. Janganlah abiskan masa dengan tengok movie dan tidur (khas untuk Shuib), tapi buatlah sesuatu yg lebih bermanfaat.....
Photobucket

Kawan

بسم الله الرحمن الرحيم

Pepagi ni, lpas Subuh, aku melekat di depan komputer, kerana kelajuan internet yang amat mengagumkan. Ku segera bukak ape2 yg patut, seperta email-emailku (banyak sgt email), ku rayau2 skit ke blog rakan2, dan sebagainya. Aku membaca komik Garfield, seekor kucing nakal yang comel yang dihantar melalui email kepadaku setiap hari. Cartoon strip untuk semalam:


Garfield edisi semalam menyentuh perihal kawan. Aku terfikir, bagaimana plak ngan diriku? Adakah aku ade kawan? Urmm... Kawan memang mudah dicari, tapi seorang kawan yang sanggup bersama-sama kiter di kala kesusahan amat sukar dicari. Kawan yang baik xkan mengumpat di belakang kawannya. Kawan yang baik x akan memecahkan keaiban kawannya. Namun, aku teringat kata2,

Kalau kiter nak punyai kawan yang baik, kiter sendiri perlu menjadi seorang kawan yang baik

Terkesima sebentar diriku. Adakah aku ni dah menjadi kawan yang baik? Atau aku ni still mengumpat kawan sendiri, still buat perkara2 yang x disukai kawan? Hurmm... berfikir sejenak.
Dan adakah aku berkawan dengan orang2 yang sepatutnya? Adakah aku berani menegur sahabatku andai mereka melakukan kesalahan, dan adakah mereka akan menegurku andai aku tersalah?

Kawan yang baik bukanlah kawan yang sentiasa menyokong perbuatan kawannya, tetapi kawan yang baik akan menegur kesalahan kawannya

Hadis Abu Musa r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.
(Muslim: 4762)

Adakah aku ni wangi (memang betul), atau adakah aku berbau api dan debu besi? Atau, adakah rakan di sekelilingku berbau wangi atau berbau besi? Adakah aku ni yang membawa minyak wangi atau yang meniup dapur tukang besi? Isk, amat jauh diriku daripada taraf seorang sahabat sejati. Masih ramai kawan2ku yang aku sakiti saban hari.

Oleh itu, aku berazam, mulai hari ni, akan aku berusaha memperbaiki diri, akan ku cube menjadi sahabat sejati, akan aku cube mempermudahkan urusan orang lain. Moga aku akan diredhai Allah.

The image “http://www.darussyifa.org/images/hadiskelebihansedekah02.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Petang ni InsyaAllah, akan menumpang Adif pulang ke Ampang. Doakan aku selamat...

Photobucket

Tuesday, April 29, 2008

Hadiah Buatmu Teman

بسم الله الرحمن الرحيم

Xde banyak free block arini, cume nak berkongsi lagu yg aku layaan...Ingatkan nak buat video untuk MUSCOMin guner lagu ni, tapi da x sempat....

Nak study...

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan

Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di dalam perantauan

Gunung didaki lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Chorus

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

Munsyid : Amar, Saujana & Saff-one

Photobucket

Monday, April 28, 2008

Panas Fizikal dan Mental

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas. Aku baru balik dari surau, bersolat Zuhur. Kerana tiada kelas petang ni, maka, aku hanya duduk di chalet. Aku pulang ke chalet dan memeriksa seluar yg dibasuh pagi tadi. Wah, dah kering. Alhamdulillah. Sungguh panas harini. Pening kepala aku dibuatnya.

Panas

وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
(Ibrahim: 33)

Imbas kembali....

Seawal pagi tadi, kol 5.15 pagi, aku bersahur dengan sebungkus roti coklat. 3 ban aku abiskan, ni merupakan pencapaian pemakanan sahur yang terbanyak pernah aku selesaikan! Dan hampir sebotol air aku abiskan sahur tadi. Agak lama aku makan, hampir 3o minit. Mana xnya, pepagi macam ni bkan ade selera sgt pun. Aku juz mengunyah sedikit demi sedikit cebisan roti tu, ada kalanya sesambil mengunyah aku terlelap. Hehehe.

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
(Muslim: 1835)

Kelas Biology

Hidup harini diteruskan seperti baser. Pergi antar dobi awal2 pagi, kemudian pergi ke kelas. Belajar2 dan terus belajar. Sewaktu kelas Physics, Afiq tidak kelihatan di mejanya. Muadz memberitahu yg Afiq ke klinik kerana patelanya telah dislocated. Aku teringat tragedi yang menimpa diri Afiq sewaktu dinner MUSCOM kelmarin. Lepas je solat Isyak, lututnya dislocated, mungkin salah pergerakan. Mujur Muadz, seorang bakal doktor, bingkas menekan lutut Afiq dan mengembalikannya ke tempat asal. AKu tanya Muadz

Ko memang reti ke?

Die menjawab dengan selamber, aku cube2 jer...

Namun, Alhamdulillah, Afiq kembali berjalan. Cume harini die pergi ke klinik, maybe untuk memastikan kondisi kakinya.

Hampir satu period kelas Physics berlalu, kemudian, kedengaran pintu diketuk. Kelihatan wajah Afiq muncul di sebalik daun pintu. Pintu dibuka, dan Afiq segera mendapatkan tempatnya. Kamudian, kerja yg diberi disambung. Sesambil buat latihan, Afiq berkata

Kelas aku dah dapat result Chemistry

Gulp, aku menelan air liurku (x batal puasa), aku cemas. Lepas ni kelas Chem, adakah aku akan dapat result jugak?

http://www.juliantrubin.com/imagesc/periodic2.gif

12.10 pm. Aku keluar daripada makmal Physics. Sungguh terik harini. Panas sungguh, begitu bahang. Aku segera menuju CL 4 yang hanya beberapa jengkal je dari makmal Physics. Penantian bermula. Kemudian, pintu makmal dibuka perlahan2. Aku mendapatkan tempatku. Kami sumer memakai Lab Coat, dengan tujuan menyabung eksperimen kopi. Namun Miss Shree mengumumkan yg kertas trial haritu akan diberi. Aku terduduk. Miss Shree mendekati mejaku. Kertas dihulurkan kepadaku. Aku mengira markah dan sum up semuanya.

Arghhh... Amat teruk.... Bye2 Imperial....

Itulah yg bermain di fikiranku. Result yg amat teruk, amat malu dengan diriku. Aku pasti, Miss Shree adalah orang yg paling kecewa, namun, hati seorang guru, xde pelajar yang memahami (termasuk bebudak KPM). Tinggal beberapa minggu sebelum exam, dan inikah yang bakal kami terima? Miss Shree akhirnya membatalkan eksperimen dan mengkehendaki kami membasuh semua kelengkapan esok hari. Miss Shree juge mengeluarkan ayat yang tidak ku sangka akan keluar dari mulutnya. Jelas kekecewaannya. Maaf Miss Shree...

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

Adakah setelah dapat A untuk AS haritu, aku telah terlupa bahawa nikmat A tu hakikatnya, adalah hasil pertolongan Allah? Mungkin Allah memberikan keputusan yg teruk ni bagi aku sedar, bahawa hanya kepada Allah tempat aku bergantung. Sedih. Namun, aku sedar, ini adalah cubaan daripada Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya yang mungkin aku x dapat lihat lagi.

Allah berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Al-Anbiyaa': 35)

Hari ni sungguh panas. Physically dan mentally panas. Mungkinkah hujan akan turun bagi mengurangkan kepanasan ini?

Photobucket

Sunday, April 27, 2008

MUSCOM Dinner 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam merupakan dinner MUSCOM. Dinner ini dijalankan di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa. Para MUSCOMers lelaki dikehendaki memakai baju batik dan berkasut kulit (apakah?). Nampak elegan lah katakan. Credits to Pidah sebab pinjamkan baju batik berjenama Nor Arfah Batik kebanggaan rakyat Terengganu. MUSCOMah 0708 plak sedondon memakai pakaian berwarna maroon. Aku dan Afiq berkata,

Macam Kumpulan Marhaban plak

YB2 bersidang

Kami dikehendaki berkumpul di Pondok Pak Guard pada jam 5.15 minit. Wah, sungguh elegan rakan2ku nih. Memasing bergaya ngan baju batik memasing. Namun, antara sebab aku x suke pakai baju batik adalah kepanasan yang melampau. Belum pun naik bas, abis berpeluh aku. Kami bertolak dari kolej pada jam 5.45 petang, 15 minit lewat dari jadual kerana saudara AIDID yang mempunyai masalah teknikal.

Setelah sampai ke Kuala Lumpur, mujur xdela sesak sangat jalan. Perjalanan agak perlahan, namun, kecekapan pakcik pemandu bas ni xleh dipertikaikan. Sepanjang perjalanan, aku x tido, sebab memang kegemaranku melihat ke luar tingkap. Sepanjang perjalanan, aku ditemani dengan musik nasyid darpada telefon bimbitku.

MC yang bertanggungjawab memajak namaku

Akhirnya, sampai juger ke destinasi. Kami turun daripada bas membawa semua barang2 kami. Cube bayangkan, di tengah bandar, apabila anda nampak sekumpulan orang berpakaian batik, apakah yang anda akan buat? Yess, itulah yg terjadik kat kami. Kami menjadi perhatian apabila sumer org memandang kami dengan muke pelik.

Kami menunggu waktu Maghrib di sebuah surau yang agak tradisi dan klasik. Afiq melaungkan azan dan Muadz menjadi imam. Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab terbesar. Kemudian, kami kembali ke meja makan dan bergerak mencari bahan2 mentah untuk steamboat. Aku mengambil kulit tauhu, fishball, ketam dan udang. Namun, kami diberitahu yang setiap 100 g yang dibazirkan, kami perlu membayar RM 15. Maka, terpaksalah kami menghabiskan makanan ini. Namun, kami x makan lagi, kerana tetamu kehormat, yakni Ustaz dan Ustazah blum tibe.

Steamboat

Aku bergerak plak mengambil nasi, kerana hidupku tanpa nasi, ibarat tempang jadiknya. Aku ni bukanlah seperti Muadz yg 'allergic' terhadap nasi, hehehe. Aku mengambil nasi berlaukkan kari kambing dan sambal peparu. Sesambil menunggu ketibaan ustaz dan ustazah, sedikit demi sedikit lauk ku makan. Hahaha. Laparlah katakan.


Akhirnya, sekitar jam 8 malam, kelihatan Ustaz sekeluarga tiba. Semua menarik lafaz lega. Majlis dimulakan dengan Saudara Aidid menjadi MC. Namun, disebabkan kami makan di tempat terbuka, hingar bingar tempat tu sedikit sebanyak menyukarkan kami mendengar MC berkata-kata. Namun, Aidid sungguh hebat mengenakan orang apabila beliau berkata

Kelihatan sungguh ceria harini, tengok sajalah kepada jpah yang berseri-seri sehingga kelihatan gigi taringnya, dan Mursyid, apatah lagi.

Cess. Sungguh sedap memajak namaku. Tapi xpelah, bukannye ape pun kan? Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Malikie, ex-president, Afiq dan president, Sayed. Kemudian, kemuncak majlis tiba, iaitu upacara makan sepuas-puasnya. Namun, cepat jer aku telah tewas, telah kenyang dan x mampu memasukkan ape2 ke dalam perutku yang mampat ini. Ku lihat sebelahku, Saudara Syahir Sabri. Aku begiotu kagum dgnnya. Dari awal smpi akhir, beliau still x abes2 mengunyah. Mataku terbeliak melihatkan segunung kulit udang di hadapannya. AKu sedari suatu fakta,

Saiz badan x melambangkan saiz perut

Juara pertandingan makan

Thanks Syumuls

Kemudian, setelah habis kenyang sume org, majlis diteruskan plak dengan penyerahan hadiah daripda MUSCOM lama kepada MUSCOM baru. Dan Syumuls bersaudara menghadiahkan aku sebuah kotak berisikan tali leher. Agak mahal di pandangan mata. Terima kasih aku ucapkan. Tapi, maybe korg akan jarang melihat aku memakainya, sebab aku ni amat jarang memakai tie (klu PNB datang je aku pakai). Selesai penyerahan hadiah, majlis diteruskan dengan tayangan video MUSCOM 0708. Teringat zaman2 kami dulu. Isk, sedeyh.

'The Group'. Hisham sebagai president. xyah control macho la oitt!!

Menjelang pukul 10, majlis hampir tamat. Kami bergerak ke luar restoran untuk majlis penggambaran. Sungguh kecoh keadaan. Dan menjelang jam 10.20 malam, kami menaiki bas dan bas bertolak, meluncur laju menelusuri kegelapan malam. Aku gagal untuk tidur sehinggalah melewati kawasan rehat Rawang.

Kami sampai ke kolej lebeyh kurang jam 11.30 malam. Letih. Namun, lepas mandi, aku masih sempat untuk baca application Chemistry dan tidur dalam jam 1.30 pagi.....

Photobucket

Saturday, April 26, 2008

Coffe dan Technology

بسم الله الرحمن الرحيم

Susunan bloCK untuk harini adalah 123456. Amat mudah nak mengingatinya. Dan harini hari Sabtu, maka, perlulah memakai pakaian uniform kolej, berbelang biru, berseluat kelabu dan sebagainya.

Dan awal pagi lagi, aku ade kelas ChemiShree. Dan kami dikehendaki menyambung eksperimen kami yg tertangguh. Kopi kami dah beberapa kali dipanaskan dan disejukkan semula. Dan akhirnya, hari ini, proses membancuh kopi diteruskan. Mule2, panaskan kopi itu sehingga mendidih. Selepas itu, tambah 120 ml lead ethanoate yg toxic (takut..), maka, kelihatan kopi susu terbentuk. Kemudian filter menggunakan kain muslin (bukan muslih tau...).


Pembaziran air

Kopi susu yang beracun

Kami menggunakan vacuum filtration, di mana air paip dibiarkan mengalir dengan laju, sehingga merendahkan pressure di dalam kelalang kon, dan memaksa filtrate untuk turun. Walaupun agak membazir, namun, ini jelah caranya. Maaf Dr Horsfall, susahla kolej nak berjimat camnih. Kami melakukan kerja ngan mantap. Cume, ketika hendak mencabut getah paip daripada kelalang kon, disebabkan tenaga yang lebih, maka, terperciklah sedikit kopi itu ke atas fail Syafiq Diamond. Maaf. Syafiq berseloroh

Nanti aku curah hydrochloric acid atas fail ko

Aku hanya tersenyum. Orang bersalah katakan...

Dan, setelah berbincang ngan Miss Shree berkenaan kelas tambahan hari Selasa, beliau mengubah waktu kelas kepada malam hari, pukul lapan, tapi pada hari yg sama.

Selepas tamat kelas Chemistry, disebabkan free block, aku berkeputusan untuk bertandang sebentar ke RC. Kelihatan Firdaus YT melambai kepada aku dan mengisyaratkan sumting dan supaya aku mengikutnya ke dalam bilik kecik yg menempatkan komputer baru. Dan komputer tu telah siap dipasang, cume kami x reti on. Advance sgt teknologinya. Namun, setelah menggunakan kaedah cuba jaya, akhirnya, kami berjaya membuka komputer tersebut.

Bangga first time mencube

Komputer Apple yg mantap

Sungguh maju. Namun, malangnya, masih belum dipasang internet. Namun, kami masih sempat explore ke beberapa bahagian komputer tanpa merosakkannya. Amat mantap sekali invention diorg ni, tapi aku berfikir

Hebat sungguh invention manusia ni, tapi lebih hebat lagi Yang Mencipta manusia tu.

Dan sekarang free block 2,3 dan 4. Aku di chalet, nak study nih, huhuhu. Moga hari ni aku bersemangat untuk study sebanyak2banyaknya dan seefektif-efektifnya. InsyaAllah.

Photobucket

Sakit Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Sakit hati. Bukannye hepatitis tau, tapi ni sakit hati yeng membawa makna sedih, kecewa dan sebagainya.Itulah perasaanku ketika ini. Mesti korg jugak pernah rasa perasaan ni kan? Ditambah plak ngan batuk, selsema dan demam aku ni, bertambah-tambah sakit aku.

Mulut manusia ni memang hebat. Kalau ikut lirik nasyid,

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan

Memang aku amat bersetuju ngan lirik di atas. Malah, dalam konteks hidup masa kini, kata-kata tu ibarat bom nuklear, yang mampu meranapkan segalanya. Disebabkan kata2, sahabat kiter menjadi musuh, dan disebabkan kata2 gak lah, hubungan adik beradik boleh terputus. Begitu tajam dan membunuhnya kata-kata itu.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim: 67)

Yer, aku telah disakiti hati. Namun, di kala aku menulis ni, aku melihat ke luar tingkap chalet. Kelihatan langit biru dengan segumpal awan disinari cahaya matahari yang baru nak terbit. Lawanya. Terdetik plak dalam hati aku

Berapa banyak telah aku sakiti hati orang lain?

Yes. Biler difikir-fikirkan, memang amat banyak. Aku teringat kata2

Life is like a boomerang
http://www.kaleidoscopeiow.co.uk/Boomerangs/boomerang1.jpg

Tau x boomerang tu ape? Itulah permainan yang famous di Aussie. Kalau x tahu, boleh tny Afiq dan Zaim dan boleh gak mintak diorg belikan boomerang sebagai cenderahati, hehehe. Prinsip boomerang ni, apa yang dibaling, itulah yang akan kiter dapat balik. Aku terfikir, jika hari ini aku disakitkan hati ni, adakah itu bermakna aku pernah menyakiti hati orang lain sebelum ni, walaupun tanpa aku sedari? MasyaAllah.

Jadi, tidaklah layak bagi aku untuk membenci orang yang menyakiti hati aku, kerana ternyata, itu sumer reflek diri aku yg sebenarnya. Jika ramai yang menyakiti hati aku, itu hanya bermakna yang aku jugak banyak sakiti hati orang lain. Jadi, aku perlu mengubah diri sendiri terlebih dulu.

Firman Allah
إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
(Al-Lail: 20)

Maafkan aku, wahai kawan2 andai aku pernah sakiti hati korg.....
Photobucket

Friday, April 25, 2008

Photography Rehearsal

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang ni, dalam pukul 5, kami, batch 9 dan 9.5 dikehendaki berkumpul di Dewan Besar untuk mengadakan latihan bergambar. Hari bergambar sebenar adalah pada:

Selasa 29 April 2008

Ramai gak datang, namun ade gak yg x datang, baserla, lumrah kut? Namun, masa yang diambil agak lama, dengan penyusunan, sehinggalah nak mengatur setiap pelajar untuk mendapatkan gambar yang lawa dan mantap. Aku tahu, memang susah nak kawal jumlah seramai tu, amat kesian kepada para penganjur.

Hampir pukul 6, ramai yang dah merungut. Aku x terkecuali, mane x nya, berdiri dengan lama, sakit giler kaki nih. Wan yang berada di sebelah aku turut mengeluh, katenya nak beriadhah lagi, takut x sempat jer. Keadaan bertambah tegang apabila kebanyakan pelajar muler hilang sabar dan x bekerjasama ngan baik.

http://www.the-digital-picture.com/Images/Other/Canon-EOS-1D-Mark-III-Digital-SLR-Camera-on-Black.jpg

Kemudian, setelah susunan pelajar telah difinalisekan, maka, kami memasing diberikan nombor giliran. Nombor ni menunjukkan susunan kami di waktu penggambaran sebenar nanti. Menurut penganjur,

sesape yg kehilangan nombor ni xleh amik gambar

Wut the? Aku berfikir. Aku tatapi nombor tu, ia hanyalah sekeping kertas baser mainly cellulose, dan diconteng nombor 76, iaitu nombor aku, dan aku pikir, kalau hilang pun kertas ni, boleh je aku tulis balik, ngehehehe...

Gambar agak blurr

Dan kami diberitahu yg sekali lagi akan ade latihan bergambar sebegini pada hari Isnin. Adeyh, apekah? Sesape yg x dtg second rehearsal ni pun akan dibanned daripada bergambar. Dalam pada leka mendengar pesanan penaja, aku tetibe teringat, hari Selasa? Itukan hari kelas tambahan Miss Shree after class? Adakah akan clash dengan tempoh bergambar?

Selepas pihak penganjur membenarkan kami pulang, memasing berpusu-pusu turun daripada stage dan mencari2 selipar memasing. Aku segera mendapatkan classmate Chem, Awang Najib, seorang pelajar Sarawak tajaan KPM dan bertanya pasal kelas Chem. Die menjawab,

Kite kena bincang balik dgn Miss Shree la kut

Ok, so itulah keputusan yg diambil. Kami akan berbincang esok, dan semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik. Personally, aku ni xdela kesah sgt gambar xde dlm yearbook. Kecik je pun muke aku nanti, maybe x nampak. So, kalau Miss Shree tetap nak buat kelas gak, bagi aku, priority adalah kepada kelas Chem. Macam Mr Azman cakap, result A-level kiter gak yg akan dikira kelak.

Photobucket

Lariii... Kebakaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Block 1 di cancelkan oleh Miss Shree atas sebab2 yg x aku persoalkan. Maklumlah, free block. Aku memang suke free block (jujur), walaupun bagi sesetengah pihak ade yg merungut, namun aku n Syarif berkata,

Yahooo, free block....

Of course, aku hanya berkata dalam hati jer....

Ingatkan nak mengabiskan masa ngan bermanfaat di RC, namun, beberapa kali, malah mungkin banyak giler kedengaran bunyi loceng kecemasan. Aku paham, diorg nak check loceng tu berfungsi ke x, so aku x salahkan mereka yg terlibat. Cumer aku rasa terganggu dan xleh fokus study, maka, aku pun beransur pulang ke chalet.

Sunyi...amat kondusif untuk study (dan tido)....

Aku segera log in ke dalam hotmailku dan mendapati ade 16 new mail. Salah satunya adalah daripada Sis Zabrina. Yang menarik perhatianku adalah serangkap sajak untuk sahabat, amat menyentuh hatiku yg sensitif ni (ahaks):

Muddy waters, sunny days
Countless smiles, endless ways
Shared our secrets and our fears
Shared our joys and many tears
Times we thought our life would end
It meant so much to have you, friend
Never judging, always knowing
How I felt as we were growing
Many years have come and past
Friends like us were made to last
Between us may lie many miles
But they can’t take away our smiles

(Sajak ni telah dipotong rangkap berkaitan birthday, sebab aku cam rase xde kaitan jer)

Sumber: LoveThePoem.com

Pening, nak rehat jap. Moga demamku reda... Amin...

Photobucket

Thursday, April 24, 2008

Selsema + Demam

بسم الله الرحمن الرحيم

Srooot... Srooot....

Cube teka, bunyi apakah itu rasa2 nya? Hehehe... itulah bunyi hidungku aki

bat selsema yang melanda diri ini. Asyik mengesat hidung je kerja aku, sampai pedih dan merah idung nih, ibarat idung Ronald McDonald plak.

http://www.rmhokc.com/Portals/0/Ronald%20McDonald%20Images%20029.jpg

Dah beberapa hari selsema aku ni x elok2. Inilah ujian Allah kepadaku, kata hatiku kepada diri sendiri, memotivasikan diri yg lemah ini. Hadis Nabi menjadi motivasi:

Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut.
(Muslim: 4664)

Namun, ujian pada hari ini agak bertambah. Selain selsema, idung gatal dan berair, aku turut mengalami pening2 kepala. Jalan pun rasa dah x stabil sgt. Mataku pedih, ni nampaknya tanda2 demam panas. Ujian pada hari ini ditambah plak dengan test Mechanics yg amat susah, aku nak menangis mase menjawab.

Disebabkan kepala pening, aku x dapat berfikir dgn baik, maka, ingin ku rehatkan otak ini.

Kepada rakan2 yg dgn izin Allah membaca blog ini, doakan aku cepat sembuh...

Photobucket

Wednesday, April 23, 2008

Mimpi jadik kenyataan

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.dar-us-salam.com/images/tbn/G41-Alhamdulillah.jpg

Alhamdulillah, syukur

post ni pendek jer, tetapi amat bermakna (at least buat diriku)

Allah lebih Mengetahui...

Photobucket

Coffee Business

بسم الله الرحمن الرحيم

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah: 22)

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d8/Caffeine.svg/175px-Caffeine.svg.png” cannot be displayed, because it contains errors.
Caffein

Pepagi lagi, aku telah berada di depan lab Chemistry. Begitu bersemangat meluap-luap untuk study Chem nih. Dan ikutkan pesanan Miss Shree, kami perlu bawak Lab Coat, menurut jadual, kami akan buat experiment Caffein Extraction menggunakan Partition Coefficient. Kalau ikutkan arahan yg diberikan, memang agak mudah experiment ni. Ok, meh kiter blaja skit cara2 nak buat kopi.

Mule, kami diberikan instant coffee. Namun, apekan daya, grup Syafiq, Najib, Syarif dan OB telah mengambil bekalan kopi instant, sehingga meninggalkan 8 gram sahaja untuk kami, isk! Jadi, terpaksalah kami menumbuk bijian tu sehingga lumat. Maz dan Syauqi ditugaskan untuk menumbuk keranan mungkin mereka da baser membuat kopi di rumah.

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/A_small_cup_of_coffee.JPG/300px-A_small_cup_of_coffee.JPG” cannot be displayed, because it contains errors.

Jadi, langkah seterusnya ialah memasak bijian kopi tersebut. Masak punye masak, aroma kopi memenuhi ruang makmal tu. Memang pekat bauan kopi ni, sehingga aku terbersin2 bau ni. Maka, sesambil menunggu air kopi kami masak, kami menyemak kertas jawapan time trial yang dibuat ari Isnin aritu. Memang banyak kesalahan. Wahahaha. Dan amat sedih kerana x dapat abiskan experiment disebabkan kejealousan masa. Maka, terpaksa kami menyimpan kopi2 kami di dalam Kebuk Wasap.

Kelas Physics, kami menyangkakan akan dapat Paper 5, tapi malangnya, Guru Idrus belum berjaya menyemak keseluruhan kertas kami. Apen, as always, disebabkan beberapa masalah teknikal, terlewat 'sedikit' masuk ke kelas. Keadaan agak kecoh apabila Mr Idrus bertanya sebab Apen lambat. Namun, pelajar tajaan PNB ini bijak menjawab, jadi, ketegangan itu dengan mudah diredakan. Jadi, pembelajaran diteruskan dengan membuat planning experiment yang melibatkan LDR. Kami sumer berusaha bersungguh sungguh mereka experiment yang paling mantap.

sewaktu Physics class

Dan lpas ni kelas Math. Semalam, aku telah bermimpi aku dapat 100 dalam test Mechanics smalam. Mungkinkah hanya permainan syaitan? Waaa...nak dapat full marks....

Nak study...

Photobucket

Tuesday, April 22, 2008

Pening

بسم الله الرحمن الرحيم

Pepagi lagi, ade kelas. Ku jenguk dan kaji susunan bloCK hari ini, waaa... hanya 2 period jer yg free. It's going to be a tough day. Terngiang2 di fikiran. Namun, ku teruskan perjalanan menuju ke kelas, dengan harapan semoga segala-galanya akan berjalan dengan baik.

Kelas Chem. Aku dgn bersemangat melangkah masuk ke Chem Lab 4, namun, amatlah kecewa, remuk, punah, parah dan rapuh hati ini apabila melihat notis di papan putih di dalam makmal tersebut. Oleh sebab ingatan aku bukan ibarat mesin photostat, ape yg aku dapat ingat juz:

Block 1, I have an emergency. Please discuss about your presentation

Lebih kurang camtu ar, mungkin kurang dan mungkin lebeyh2. Adeyh, silibus x abes lg, tapi klas plak xde. Cuak la wei!! Dah la time trial smalam pun ntah aper2 aku jawab. Pening!

Dan kepeningan aku bertambah sewaktu Physics, iaitu di dalam blok 6. Dan lebih saspen apabila Guru Idrus xnak bg paper trial kitorg, sehinggalah abis kelas. Jadi, kelas diteruskan dengan pengajaran untuk mengabiskan silibus. X lame lpas tu, Guru Idrus dipanggil mengadap 'raja' Horsfall yang mempunyai sepasang kuku besi, ntah naper. Jadi, beliau memberikan kami result trial kami aritu. Menyedihkan. Rasa cam nak hantuk kepala atas meja jer. Muadz di sebelah aku hanya senyum2. Cess!!!

Masa berlalu...........

Petang aku juz ade block 5, iaitu Mathematics. Dan arini ade plak test Mechanics. Alhamdulillah, dapat la nak jawab, tapi ntah btul ke x, x dapat la nak guarantee smpi dpt result, dok? Moga dapatla aku markah sebanyak2nya....

Sebnarnya, xde idea sgt nak cakap, pasal tu ar merepek pasal aktiviti aku hari ni yang xdela signifikan maner. Kepaler pun pening memikirkan results yg ibarat kaca terhempas ke batu, dan malam ni plak ade usrah. Maka, amatlah suker bagi aku untuk mendiamkan diri dan membiarkan org lain berkata-kata.......

Tu je ar... Maafkan aku wahai blogku!!!

Photobucket

Garfield Untok Ari ni

بسم الله الرحمن الرحيم

Cool!!!

The image “http://www.arcamax.com/newspics/5/517/51743.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Photobucket

Monday, April 21, 2008

BloG atau BloCK???

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin kedengaran seperti sama pronounciationnye. BloG dan bloCK, sehingga mewujudkan salah paham dalam berkomunikasi.

Ceritanya begini....

Di suatu petang yg hening, di kala matahari nak melabuhkan tirainya, waktu inilah yang kami panggil waktu Maghrib. Di kala azan Maghrib baru sajer berkumandang, kelihatan beberapa pelajar di Dewan Makan, berbuka puasa. Lauk arini agak mantap, kari ayam yang memang bez, dengan air sarsi yang menyegarkan. Maklumlah, dah sehari suntuk berpuasa, memang menyegarkan.

http://www.smh.com.au/ffximage/2007/02/27/300sentosa27207_070227022418708_wideweb__300x450.jpg

Seorang pelajar bertanya kepada Hafizuddin yang terkenal dengan blog morindanye,

Esok camner bloCK?

Dengan muke innocent dan selamber serta agak cutenya, beliau (hafizuddin) menjawab:

Aku x update bloG lagi arini... esok x tahula...

Pelajar yg bertanya tadi membuat muke seposen. Die pun menerangkan kembali kepada saudara Hafiz

Aku tny susunan bloCK la, bukannye bloG...

Seluruh meja tertawa. Hafiz malu2 kucing. Adakah kepala Hafiz sudah penuh dengan idea2 berblog, sehingga larut di dalam dunia blognya? Pikir aku... Jika yer, memang serius dan tenatlah sudah penyakitnya, sehingga tersebut2 perihal blog. Ape2la Hafiz, semoga ko cepat sembuh...

Dan petang tadi telah bermeeting pasal penentuan Firm dan Insurance Universitas kami. Kami diberi 2 borang untuk diisi dan dihantar kepada sponsor. Mungkinkah sponsorku, yakni PNB akan bersetuju dgn pilihanku?

http://www.master-optics.eu/biblio/london.jpg

1) Biotechnology - Imperial College London
2) Biological Science - University of Warwick

Dan antara tarikh penting bagiku:

23 April 2008 - penyerahan borang Uni choices kepada kaunseling b4 5 pm

Moga pilihanku ini tepat dan berpatutan.



Photobucket

Kata Ibarat Pedang

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeayy.... Free Block 2 dan block 4. Yerla, saper yg x suke free block kan? Aku pasti, hampir semua pelajar kolej ni memburu free block sehari-hari, termasuklah diriku. Maka, sesambil menunggu pukul 10.40, aku berada di depan komputer chalet, mengupdate blog tersayang.

Tetiba, terdengar suara,

Bodooooh...

dan disertai gelak tawa riang. Ni bebudak yang lalu depan chalet la ni. Ni baru skit, aku slalu gak terdengar perkataan yang lebih teruk daripada tu, korg paham kan? X payahla nak mencemarkan blog aku ni dengan perkataan2 sebegitu.

Hidup di kolej, bersama-sama dalam satu komuniti, memang seronok. Sama2 makan, sama2 main, dan sama2 blajar, best kan? Maybe bcoz aku ni dulu dok asrama, mungkin dah baser, namun aku pasti, bagi saper2 yg x duduk asrama dulu pun akan rasa bez kan?

Tapi, ape yg aku dapat lihat, x kesahla di KYUEM ni, ataupun di skola aku dulu, dalam kehidupan seharian, xtaulah camne nak describe, tapi pelajar lelaki terutamanya suka melemparkan kata-kata yang x elok sesama mereka. Kiter panggil benda ni mencarut. Aku sebnarnya x paham, knapekah boleh terkeluar perkataan2 tersebut? Adakah akan lebih lega kalau berkata begitu?

Apela salahnya andai tukarla perkataan tu kepada perkataan yg lebih sesuai. Lagi baik andai lidah tu digunakan utk memuji Allah. Daripada cakap benda2 x elok, dahla gune tenaga, dapat dosa plak tu.

Pernah ketika di sekolah dulu, aku pernah sound rakanku kerana suke bercakap kasar dan mencarut. Die pun dengan selamber menjawab,

Kalau cakap baik2, bukan lelaki la namanya??

Betapa jumudnya pemikiran...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim: 67)

http://www.sonoma.edu/users/b/bittner/Images/Tisho.jpg

Marilah kiter sesame muhasabah diri, terutama sekali diriku ni. Betapa banyak perkataan aku yg dah menyakiti orang. Berapa dalamkah luka2 di hati kawan2 aku yg pernah aku lakukan. Isk, lebih baik diam....

Allah lebih mengetahui...
Photobucket