>

Saturday, March 22, 2008

Sunny Day

Abah dan Emak mengikuti kursus Haji di Masjid Bukit Indah. Jadi, yg tinggal di rumah hanya aku dan along. Disebabkan along nak bawak bekalan makanan ke tempat kerjanya petang ni, maka, kami keluar menaiki kereta kancil ke Bukit Indah untuk membeli makanan. Mak pun dah bagi duit.

http://www.azharahmad.com/blog/blogpic/Makanan/nasiberianikroni.jpg

Kami nak beli Beriani Super di selekoh Medan Bukit Indah. Pernah gak beberapa kali mak beli dari sini, dan ternyata sedap. Orang Johor yg jual nasi beriani ni. Yang paling best, banyak giler nasi dier. Harga pun mantap la gak, RM 6 utk satu nasi beriani.

http://www.arinpinto.com/blog/wp-content/uploads/2007/07/sunny-day.JPG

Disebabkan banyak btul kereta kat situ, parking semua penuh. Aku yg memandu kereta Kancil tu terpaksa memberhentikan kereta agak jauh dari Gerai Nasi Beriani tersebut. Aku kluar dari kereta dan berjalan ke arah gerai tersebut. Keluar sahaja dari kereta, photon2 yang dipancarkan melalui cahaya matahari menusuk ke atas kulitku. Energy dari photon2 terbabit dipindahkan ke atas kulitku dalam bentuk heat. Pedih. Panasnya!!!

Namun, aku tersedar, ni adalah nikmat Allah dan aku sepatutnya bersyukur. Allah berfirman:

وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

(Ibr.ahim: 33)

Ya Allah, aku ni tidak bersyukur kepadaMu. Ampunkan aku.....

Aku pun segera order 2 set nasi beriani berlaukkan daging daripada makcik tu. Nasib baik x ramai orang, maka, cepat je da siap.

OK, nak makan lunch nasi beriani ni. Ilalliqa'.

Photobucket

No comments: