>

Wednesday, March 5, 2008

Empty Spaces

Bertambah sudah free blockku apabila kelas Malaysia Studies aku telah tamat petang tadi. Terasa lega sebab ade gak skit lagi mase utk aku belajar lebih dan masa utk berehat skit. Jika sebelum ni, kehidupan agak sibuk dgn kekurangan free block. Tambahan pulak, lepas da lepas jawatan ni, memang ak xde keje sgt ler. Masa-masa yg dulu aku allocate utk kerja2 MUSCOM kini kekosongan.

Aku risau. Risau sebab bertambah lagi waktu terluang. Mempunyai waktu terluang adalah kelalaian bagi seorang pendakwah. Dan dengan banyak masa terluang gak, lebih banyak benda lagho yg aku mampu buat. Tidor, x payah nak tanya. Even ade satu free block jer pun, kugunakan utk tidur ngan puas di chalet (tanya Shuib), dan kini, dgn 2 free block, adakah aku akan doublekan amount tidurku?

Biler aku refleksi diriku ni, aku terfikir-fikir. Dulu, masa still jadik SyuMul, aku selalu berfikir yg masa x cukup. Walaupun x pernah aku suarakan. Aku letih. Banyak sgt kerja. Tapi biler aku pikir2 balik, sebenarnya, masa yg aku buang utk aktiviti yg x berfaedah pun still berlambak. Ambik contoh berborak kosong pun dah cukup. Keje asyik nak borak jer. Kat kafe, surau, chalet dan RC. Mane2 pun nak borak jer. X campur lg bukak internet, main game, berangan dan sebagainya.

Seorang tokoh akademik pernah berkata,

Kalau manusia ni diberi masa 27 jam sehari sekalipun, nescaya manusia akan still cakap masa x cukup

Allah dan mengurniakan 24 jam sehari ni sebenarnya dah chantek jer utk kiter ni. Masalah bukan pada masa, tapi pada diri kiter mengurus masa tu sendiri. Dan, aku telah pun berazam utk mengisi masa2 terluangku yg aku utk uruskan blog dakwahku

http://serambidakwah.blogspot.com/

InsyaAllah, aku akan menjadikkan blog ni untuk mengisi masa2 yg sebelum ni aku gunekan utk uruskan blog MUSCOM. Doakan aku istiqamah.

Photobucket

No comments: