>

Monday, March 3, 2008

Gosip, Umpat dan Fitnah

Sedih, terkejut dan terkilan. Itulah perasaan yg bermain-main di hati. Pada malam ni, aku diberitahu dgn berita yg menggemparkan. Anam memberitahuku bahwa gempar di kampung wanita yg aku menyimpan gambar seseorang perempuan di dalam laptopku. Mendengar pernyataan ni, aku bingung:

a) Camne bebudak perempuan tgk laptop aku
b) Aku x pernah simpan gambar perempuan (kecuali mak dan kakakku), gambar yg ade dlm laptop hanya gambar aktiviti2 je...

Ku SMS sesorang utk mengetahui kesahihan cerita ni. Ternyata benar. Bukan setakat satu gosip, tapi banyak lagi gosip berkenaan aku yg tersebar di kalangan perempuan. Aku termenung sekejap. Apakah salahku sehingga jadik bahan gosip. Aku ni bukanlah famous mane. Kalau nak ikutkan nak cakap ngan perempuan, jauh sekali. Tapi org cakap, kalau xde angin, masakan pokok bergoyang. Yang jadik tanda tanya, dari manakah datangnya angin tu.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ



Dan ape yg diorg cakap tu salah sama sekali. Ni menjadikkan perbuatan tu fitnah terhadap diriku. Sedih. Umpatan dan Fitnah sesama Muslim, tu yg memecahkan umat kite satu ketika dulu dan berterusan sampai kini.

Hadis Huzaifah r.a katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah.

(Muslim : 151)
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering.
(Muslim : 439)

Dah terang lagi bersuluh. Banyak benar dalil yg melarang sangkaan buruk, umpat dan fitnah. Tapi knape still berleluasa lagi perkara ni. Maybe ni kekurangan berada di dalam suatu komuniti yg tertutup seperti di KYUEM ni. Baru ada gesekan api, terus merebak api tu.

Kalau aku sengaja meletakkan diri ku dalam keadaan fitnah, maka aku x layak menuduh org memfitnah aku. Adakah aku tergolong dalam golongan tu? Nauzubillah.

Moga orang yang start cerita ni dapat tampil dgn berani dan ceritakan kepadaku, maybe aku bleyh bagi penjelasan. Tapi kalau anda masih BACUL dan X BRANI TAMPIL, ku doakan supaya Allah membalas segala-galanya ngan adil di akhirat kelak.

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

Salam...sabarla saudara huzaifah... org tu nak gossip mesti sebab die pon ske kt ko..
heh...takdela, kuharap penyebar cerita tu datang jelaskan balik...mungkin die nk main2 je kot...heh

Anonymous said...

mungkin kne tgk jugak balik diri sndiri.. mcm mane boleh jadi bahan umpatan.. harap bersabar ye..