>

Saturday, March 29, 2008

Beauty Within Simplicity

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeah...Simple. Itulah prinsip hidupku. Muahahahaha. Memang amat ku suka tema ICAN yg lepas iaitu Beauty Witihin Simplicity. Sungguh sebati dengan jiwaku ini. Hahaha...

Disebabkan mak dan abah tiada di rumah kerana pergi ke Batu Pahat, jadi, kehidupanku pada hujung minggu ni ibarat seorang bujang. Xpela, latihan untuk aku hidup di oversea nanti, hehehe. Bangun pagi, aku membasuh baju, tapi nasib baik menggunakan machine. Pada pukul 10.30 pagi, aku memandu kereta Kancil ke kedai gunting rambut berdekatan. Setelah rambut dipotong pendek dan kemas, kau kembali ke rumah.

Sesampai jer di rumah, perut lapar. Namun, lunch x tersedia lagi. Aku pun mengambil inisiatif untuk menyediakan lunch sendiri. Mula-mula, masak nasi. Satu cawan beras campur ngan satu setengah cawan air. Jangan luper basuh beras dulu. Kemudian, masukkan ke dalam periuk, kemudian on je la suis. Hahaha....


Lauk plak, aku juz menyediakan satu lauk jer. Lauk yg dimaksudkan, gulai daging. Pada jam 12.30, hampir siap persediaan lunch ku. Nasi pun dah masak, ku buka periuk nasi, haruman wap nasi menyerbu mukaku. Makin lapar jadiknya. Ku cedok lauk yang panas itu berhati-hati ke dalam mangkuk lalu ku bawa ke meja makan. Dan aku memulakan langkahku untuk mengisi perut yg kosong ini. Dan laukku hanya gulai daging dan sebekas serunding didatangkan khas dari Kelantan.

Simple, tapi sedap. Aku ni bukannya memilih sgt makan. Boleh jer kalau nak makan nasi, kicap dan telur goreng. Ataupun masak sardin jer. Aku makan jer, asal halal dan mengenyangkan serta berkhasiat. (senang jadik bini aku)
Photobucket

No comments: