Cuti tinggal lagi seminggu je. Dan homework still x siap, study x abis. Naik cuti ni dah trial. Baiklah, minggu terakhir ni aku berazam untuk struggle habis-habisan. Penggunaan internet akan dikurangkan, maybe malam jer after 10 pm. Waktu lainakan digunakan untuk homework dan study.
Hari ni hari Ahad. Pagi2 lagi, aku bersarapan Mi Goreng yang mak goreng. Sungguh sedap, sebab mak letak banyak rencah, daging, udang dan macam2 lagi. Aku makan dengan berselera. Kemudian, aku membuka laptop dan seperti hari2 baser, akan ku check email, frenster dan sebagainya.
Lepas tu, mak menyuruh aku memetik pucuk paku. Mak nak masak pucuk paku utk lunch la ni. Aku menuruti tanpa banyak tanya. Allah berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيما
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa': 23)
Ibu bapa merupakan insan yang pertama-tama sekali perlu kiter cintai selepas Allah dan Rasulullah S.A.W. Mana tak nyer, diorg yg dah jaga kiter sejak kiter kecik, ibu dah mengandungkan kiter 9 bulan penuh penyeksaan, x kira lagi time nak lahirkan kiter. Ibarat antara hidup dan mati. Malah, ada jugak ibu yg mati lahirkan anak. Betapa besar pengorbanan ibu.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

(Muslim: 4621)
Dan sejak kiter dalam kandungan dan selepas kiter dilahirkan, believe it or not, seorang ibu sentiasa memikirkan tentang anaknya, x kira di mana die berada. Di kala kiter lupekan ibu kiter, tapi percayalah, ibu sentiasa ingat dan doakan kesejahteraan anaknya. Sophia Loren pernah berkata:
A mother always has to think twice, once for herself and once for her child
Orang selalu berkata
Kita selalu tak menghargai apa yang kita miliki, sehingga kita kehilangannya
Jadi, bagi sesaper yg still mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka, sayangilah mereka. Jangan menderhaka, jangan melawan cakap, jangan berkasar. Walaupun kengkadang kiter x bersetuju ngan mereka, tapi berkatalah dengan lembut dan baik2. Jika dengan cikgu di kolej kiter boleh berlemah lembut, naper x dengan ibu bapa yg menjaga kiter sejak kecil? Selagi diorg masih hidup, berbaktilah!
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.

(Muslim: 127)
Dan bagi yg dah tiada ibu atau bapa, doakanlah kesejahteraan ibu bapa di akhirat dan moga mereka dijaui daripada azab di kubur.
Dan bagi yg dah tiada ibu atau bapa, doakanlah kesejahteraan ibu bapa di akhirat dan moga mereka dijaui daripada azab di kubur.
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa': 24)
Banyak plak dalil2 yg aku letak harini. Maklumlah, banyak btul dalil2 pasal ibu bapa ni. Dan walaupun kiter tahu dan pernah dengar tentang dalil2 ni, tapi sejauh mana kiter beramal dengannya? Sama2 kiter fikir dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Moga kita tergolong dalam golongan yang diberikan ganjaran syurga Allah
Moga kita tergolong dalam golongan yang diberikan ganjaran syurga Allah
No comments:
Post a Comment