Ni mesej yg aku tulis untuk bebudak MUSCOM jr, saje ltak sini, moga bermanfaat.
Assalamualaikum semua. Apa khabar kepada 'adik-adik' MUSCOM, okla, x sesuai nak panggil adik-adik, sebab saya pun lahir 1989, jadi saya panggil sahabat.
Setelah beberapa minggu menjadi MUSCOM, apakah perasaan anda? Mungkin x ramai yang rasa lagi kut, sebab baru seminggu di kolej menjadi MUSCOM, x banyak yang anda hadapi (kecuali SyuMul). Mungkin ramai juga yang rasa terbeban dan takut menghadapi cabaran dalam kerja MUSCOM ni. Biasala, mesti ade cabarannya dalam usaha dakwah ni.
Allah berfirman:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Sedikit analogi berkenaan jalan dakwah yg bakal anda semua alami. Dakwah ni ibarat sebatang jalan yang panjang. Jalan yang anda lalui sangaaaaat panjang. Sepanjang perjalanan, anda mungkin menghadapi beberapa masalah. Mungkin panas terik sampai anda nak pitam. Mungkin juga hujan lebat yang membuatkan anda menggigil. Mungkin juga anda akan terjatuh dan luka berarah. Mungkin juga ada binatang liar yang akan menyerang anda. Begitu susah, dan begitu banyak cabaran.
Namun, sepanjang perjalanan yang panjang tu, anda akan bertemu ramai rakan-rakan yang sama2 berjalan di atas laluan yang sama. Apabila panas ataupun hujan, mereka akan memayungi anda. Apabila terjatuh dan luka, mereka akan memapah anda. Apabila diserang haiwan liar, mereka akan melindungi anda. Dan apabila anda sudah sampai di penghujung jalan, anda akan mempunyai ramai kawan, banyak pengalaman dan banyak ilmu ditimba.
Jadi adik2 (oppss...sahabat2), jika anda terjatuh dan luka, bangunlah dan jangan mengalah untuk meneruskan perjalanan tu. Martin Luther King Jr pernah berkata:
If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl, but, by all means, keep moving.
Dan jangan takut untuk terjatuh dan luka, kerana setiap luka dan calar-balar itu adalah tanda kejayaan anda. Teruskan perjuangan, x kira apa jugak cabaran dan halangan yang menimpa. Percayalah, di sebalik kesusahan, ada kesenangan. Allah berfirman:
Akhirul kalam, bersemangatlah, tautkan ukhuwah, bina kekuatan jemaah, bersatu padu dan bekerjasama, apabila ada sahabat anda yang terjatuh, papahlah dia, jangan tinggalkan begitu saja. Apabila ditimpa cabaran, jangan putus asa, tapi jadilah lebih gigih. Kemanisan akan anda rasai di hujung perjalanan bergelar seorang AJK MUSCOM.
Wallahu'alam
(penulisan saya ni banyak dipengaruhi oleh buku Life is An Open Secret)
TAUTLAH UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH
Assalamualaikum semua. Apa khabar kepada 'adik-adik' MUSCOM, okla, x sesuai nak panggil adik-adik, sebab saya pun lahir 1989, jadi saya panggil sahabat.
Setelah beberapa minggu menjadi MUSCOM, apakah perasaan anda? Mungkin x ramai yang rasa lagi kut, sebab baru seminggu di kolej menjadi MUSCOM, x banyak yang anda hadapi (kecuali SyuMul). Mungkin ramai juga yang rasa terbeban dan takut menghadapi cabaran dalam kerja MUSCOM ni. Biasala, mesti ade cabarannya dalam usaha dakwah ni.
Allah berfirman:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabut: 2)
Namun, sepanjang perjalanan yang panjang tu, anda akan bertemu ramai rakan-rakan yang sama2 berjalan di atas laluan yang sama. Apabila panas ataupun hujan, mereka akan memayungi anda. Apabila terjatuh dan luka, mereka akan memapah anda. Apabila diserang haiwan liar, mereka akan melindungi anda. Dan apabila anda sudah sampai di penghujung jalan, anda akan mempunyai ramai kawan, banyak pengalaman dan banyak ilmu ditimba.
Jadi adik2 (oppss...sahabat2), jika anda terjatuh dan luka, bangunlah dan jangan mengalah untuk meneruskan perjalanan tu. Martin Luther King Jr pernah berkata:
If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl, but, by all means, keep moving.
Dan jangan takut untuk terjatuh dan luka, kerana setiap luka dan calar-balar itu adalah tanda kejayaan anda. Teruskan perjuangan, x kira apa jugak cabaran dan halangan yang menimpa. Percayalah, di sebalik kesusahan, ada kesenangan. Allah berfirman:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan(As-Syarh: 5&6)
Akhirul kalam, bersemangatlah, tautkan ukhuwah, bina kekuatan jemaah, bersatu padu dan bekerjasama, apabila ada sahabat anda yang terjatuh, papahlah dia, jangan tinggalkan begitu saja. Apabila ditimpa cabaran, jangan putus asa, tapi jadilah lebih gigih. Kemanisan akan anda rasai di hujung perjalanan bergelar seorang AJK MUSCOM.
Wallahu'alam
(penulisan saya ni banyak dipengaruhi oleh buku Life is An Open Secret)
TAUTLAH UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH
No comments:
Post a Comment