Apabila bangun, baserla aku, lapar giler perut ni. Dan abah pun dah bersiap sedia memakai pakaian untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga. Dan Adam, anak jiranku yg dijaga oleh mak pun datang membuat bising, sampai aku pun terbangun dari tidor.
Abah mengajak aku untuk bersarapan di kedai mamak yg x asing lagi di bumi Ampang ni, iaitu Hidayah Indah. Dan emak x mengikut, sebab nak basuh baju dan mengemas rumah, jadik, aku dipertanggungjawabkan menjaga Adam, si budak bulat ni untuk makan di Hidayah. Seperti dijangka, aku memandu kereta ke Bukit Indah.
Sesampainya ke Hidayah, aku memesan roti telur dan teh ais. Adam baserla, pow aku nye roti. Banyak gak die makan, dan yg paling menarik, die membuat bising yg tidak terhingga, bercakap x henti2. Namun, aku dah baser, x leh nak buat ape, memang budak ni peramah orangnye.
Pesanan aku sampai x berapa lamer kemudian. Sungguh menyelerakan nampak roti telur ni. Asap panas berkepul2 naik dan haruman sedap dan menyelerakan roti tu menusuk hidungku dan merangsang deria-deria bauku. Teringat firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah: 168)
Alhamdulillah, amat mengenyangkan. Rezeki Allah untuk aku harini.
1 comment:
salam...
an tertarik dgn kisah hidup seseorg even simple tp tetap terselit ayat Al-Quran....
bertepatanlah dgn ciri-ciri Kalamullah sesuai untuk semua manusia,untuk semua tempat,semua kaum dan generasi,lengkap dan terpelihara hingga hari kiamat...
teruskan usaha...(ayat skema skit)
wallahualam
Post a Comment