>

Tuesday, March 18, 2008

Ceramah Maulidur Rasul


Walaupun harini 1o Rabiulawal malam 11 Rabiulawl, iaitu, masih ade 2 hari lg b4 tarikh kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal. Namun, surau Al-Huda, iaitu surau dekat ngan rumah aku sudah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul malam ni lpas Maghrib. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nazree b Mustafa, bertajuk Maulidur Rasul of course.

Sebelum ceramah disampaikan, jemaah berselawat ke atas Nabi diketuai oleh Haji Misnan. Hampir lima minit berselawat, kemudian, mikrofon diserahkan kepada ustaz untuk memulakan ceramah.

Otak aku ni bukanla jenis photostat. Dan aku ni masih blum mencontohi imam Syafi'e yg sentiasa mencatat nota. Jadi, aku hanya ingat2 skit je isi2 yg disampaikan. Rasa rugi plak.

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ

Apa jua kebaikan yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An-Nisa' : 79)

Jadi, maafkan aku andai segala kekurangan dlm penyampaian isi malam ni. Aku ni sesungguhnya manusia yang pelupa dan lemah serta banyak kekurangan. (tu la, sape suruh x catat, dah tau ingatan tu x kuat)


Ok. Maulidur Rasul, atau kelahiran Rasulullah S.A.W. Dah berapa kali kiter menyambutnya sepanjang hidup kiter. Apekah yg kiter dah lakukan? Adakah kiter berterima kasih kepada Rasulullah S.A.W kerana tanpa Baginda, kiter ni x jadik cam skarang, dikurniakan nikmat terbesar iaitu iman dan Islam, dan kiter di Malaysia dikurniakan keamanan dan kekayaan.

Allah berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(Al-Anbiyaa' : 107)

Yer, dah terbukti, kelahiran Rasulullah membawa rahmat, bukan sahaja kpd manusia, malah seluruh alam secara umumnya. Berterima kasihlah kiter kepada Rasulullah S.A.W. Tapi, adakah cukup sekadar mengucapkan terima kasih?

Dalam khutbah terakhir Baginda, baginda menyebut,

SESUNGGUHNYA AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA, YANG SEKIRANYA KAMU BERPEGANG TEGUH DAN MENGIKUTI KEDUA-DUANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN TERSESAT SELAMA-LAMANYA IAITULAH AL-QURAN DAN SUNNAHKU.

Jadi, antara cara kiter berterima kasih kepada Baginda adalah dgn mengamalkan sunnah Baginda. Tapi hakikat Malaysia harini, anak-anak muda kiter teruk. Rogol, zina, buang anak, rempit dan sebagainya. Janganlah tema Maulidur Rasul tahun ni, Menjana Ummah Gemilang hanya menjadi omongan kosong tanpa sebarang perlaksanaan.

Sama-sama kiter muhasabah diri kiter, sejauh mane kite dah berubah dan adakah kiter sudah cukup sedia untuk bertemu dgn Allah dan Rasulullah S.A.W?

Photobucket

No comments: